MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, September 27, 2016

Nasi Campur Di Restoran Mai Singgah Selalu

Hi Korang,

Kat tempat aku ni agak payah sket nak makan nasi campur

Bukan dekat area office tuh tak de tapi kalau lambat sket semua lauk habis. Bayangkan kalau aku turun pukul 1 tengahari cam tu, majoriti lauk dah nak abis.

Sebab apa?

Ramai nau student kolej kat sini. Diaorang ni pulak makan tak tentu masa, ada break je makan so mana tak cepat benau lauk habis kan.

Jadi aku kalau ada kerja luar, haruslah mencuci tekak dengan mencuba kedai makan kat luar sana ek. Tukar angin tengok sedap ke tak


So hari tuh aku ke restoran Mai Singgah Selalu

Kedai makan ni seberang jalan besar office aku ni je

Dekat kawasan South City Plaza tapi belakang-belakang sket, itu pun berpusing-pusing nak cari kedai makan kat sini hehehehe

Masa aku sampai tuh dah pukul 1.30 petang so of courselah lauk pauk kebanyakan dah abis so ambil je apa yang ada



Ermm simple je kan

Dah itu je yang hado, lauk kari daging dan aku ambil bendi dari kari ikan sebab semua sayur dah habis 

Harga dalam RM4.00 okla kan, tak delah mahal sangat. 

Nasinya kemain banyak budak tuh letak sampai aku tak perasan, sampai office makan sket je sebab dah kenyang, agaknya penangan #leptops ek hehehhehe

Itu je korang

Esok-esok citer bab makan lagi ek 


5 comments :

Kakzakie Purvit said...

Kat JB sini ada restoran Singgah Selalu dik
Di sana Mai Singgah Selalu ye:)

Hasliynda Lynn said...

kena singgah selalu ni...hihi

luqman zakaria said...

Nampak macam sodap jer..RM4 tuh kire oklah..

hainom OKje said...

Kadang kadang mmg elok lauk dah habis CL....tak payah rambang mata nak pilih lauk haha.....Hish...simple gitulah kekadang sedap tau!

Ros Ibrahim said...

RM4 tu murah beb. Rata2 restoran area sini lauk simple pun RM7++.