Friday, September 23, 2016

MANIS App | Simpan Resit Untuk Redeem Voucher Best-Best Tau

Hi Korang,


Kita orang pompuan ni dalam handbang apa yang melambak-lambak ek selain daripada duit bersepah-sepah dan makeup, ada satu lagi iaitu resit-resit kan.



Betul kan!


Tulah tengok aku je dah cukup.

Bila beli barang beria-ria mintak resit kekonon takut kena tipu ermm sudahlah di campak je resit tuh dalam beg di biarkan peram cam tuh je. Katakan kalau sehari aku belanja 5-6 tempat dah 6 resit, cuba bayangkan dalam seminggu ermm tak ke handbag tu dah macam tong sampah huahauhauhua.

Itu belum masuk resit minyak kereta, resit toll, resit parking, resit beli air kat petrol pump yang aku selit dalam dashboard kereta huahaua rasanya. 


Kesudahannya hujung minggu, time kemas-kemas beg tuh segala mak neka resit dibuang gituh sajorrr.

Membazir je mintak resit bagai ek, bukannya disimpan pun. 

Eleh korang pun sama cam aku gak kan? Ishkk tak nak mengaku konon pirahhhh..

Meh sini aku nak kongsikan gossip hangat ni tau.

Tau tak sebenarnya kita boleh buat duit dengan resit-resit ni semua? 

Eh bukan kumpul-kumpul hantar kat tempat recycle tuh, itu kena tunggu lama sangat buang masa dan korang nak kena cari tempat nak simpan semua resit ni bagaikan. 

Sini sini aku perkenalkan


Ye comel kan nama aplikasi ni, secomel dan semudah cara menggunakannya yang pasti korang suka. 

Aku discover aplikasi ni dah lama tapi tak de berkesempatan nak cuba until satu hari ada orang duk bercerita dengan aku menda ni. 

A unique loyalty app that gives you more rewards than ever before. Discover & earn while you shop, eat, & play!

Aplikasi MANIS ni merupakan satu program kesetiaan yang memberikan tawaran bagi mereka yang berbelanja untuk mendapatkan penjimatan yang hebat.

Dia macam ni caranya,

Setiap resit yang korang belanja tuh tak kira apa jua resit, barang dapur ke, minyak, touch n go, makan kat Old Town ke kan, korang just scan je resit tuh kedalam aplikasi MANIS dan bila cukup time korang boleh redeem dengan points korang tuh atau pun dapatkan free vouchers on the spot di merchant yang berdaftar dengan MANIS. 

Ermm senang kan!

Bukan nak kena keluar duit pun, malah korang dapat untung lagi adelah. 

Ok dah excited nampaknya memasing ek, jap aku tunjukkan secara ringkas untuk bagi korang paham ek

1. Download aplikasi MANIS ni dulu di smartphone korang

Just klik link ni https://bnc.lt/ciklilyputih



2. Haruslah register samada melalui facebook account ataupun no telefon korang. Tengok aku register je dah dapat 500 points.


3. Ok dah boleh start scan resit korang yang korang belanja pada hari tuh. Resit yang lepas-lepas tak boleh la ek

Ni ade info sedikit yang korang kena tahu ek sebelum korang scan resit korang:-

1. Resit toll dan parking receipts tidak diterima

2. Untuk top up Touch N Go hanya boleh diterima jika servis di lakukan di petrol station.

3. Segala resit harus di scan dan di upload sama hari dengan hari pembelian.

4. Maklumat lain boleh refer ke Terms of Use on the app.

5. Maksimum RM500 setiap resit yang akan ditukar kepada points manis. Kalau resit korang RM1000 still korang akan dapat 500 point ok. Info lain korang boleh rujuk T&C diorang or tanya dlm Facebook Manis.

Senangkan straight forward je arahannya



4. Bila dah cukup points ni kat account korang so bolehlah korang redeem voucher yang korang nak tuh ek. Tengok gambar kat atas, ada voucher makanan, top up telefon dan banyak lagi.

Apmacam?

Jelas gituh ek.

Nanti bila aku dah mula scan resit-resit ni semua, aku akan tunjukkan lagi pada korang di entry lain ek. 

Sekarang ni kena korek balik segala resit yang aku belanje hari ni untuk scan ek.


So korang boleh download dulu dan cuba sendiri betapa bestnya MANIS app ni hehehhe

Untuk info lanjut mengenai MANIS app ni korang boleh check it out di :

FB Manis :


Pinterest Manis :


Instagram Manis :


Twitter Manis :


Youtube Manis :


Website Manis :


Selamat Mencuba

Dengan pesanan, lebih banyak korang shopping dan scan maka lagi cepat korang boleh redeem voucher-voucher ni semua ek hhehehehehhe

Chayiok chayiok!!






1 comment :

mama tisya said...

Oh kena scan resit ari yg sama.. Resit byk yg dh lps2 haha