Wednesday, September 28, 2016

Dinner Di Medan Ikan Bakar Alai, Melaka

Hi Korang,

Kitaorang ni kalau teragak nak makan apa-apa je terus pi cari.

Camnelah nak kurus sek hauhauahuahau nangis tepi bucu katil

Dah terlanjur cuti ari isnin tuh sebab nak bawak ayah aku pi hospital untuk MRI test, kitaorang ke Melaka ahad tuh. Alah pi berdua je sebab parents aku belum balik dari Terengganu lagi mengikut rombongan orang pi bertunang. 


Jawabnye terus jelah kitorang jejalan ke Melaka dulu.

Bila dah lama baru terfikir nak makan, zass je Mr Big cakap jom pi makan ikan bakar jelah kat Alai. Senang kat situ semua ada, ikan, kupang, udang, ketam kan.


Sesampai je ermm tak ramai orang pun petang ahad tuh. Meja pun boleh pilih-pilih tak yah nak chop-chop bagai. Ktorang memang pilih kedai ni je, sebab dah biasa sejak dari dulu lagi. 

Ada memacam pilihan seafood yang aku rasa mata boleh buntang menengoknya hahahaha

Muka serius je pilih udang ek

Ok kitorang nak makan ni je

Ok dah timbang bagai, terus kitaorang duduk kat meja sambil borak-borak. Majoriti yang makan kat sini malam tuh local people je kot. Tak de muka tourist pun, so semua chill chill je 

Tak lama pun tunggu, tup-tup semua siap masak

Antara yang kitaorang order:

Butter Prawn

Sotong Goreng Tepung

Kupang Sambal

Siakap Bakar

dah macam #DakUban nak attack makanan ek huahauhaua

Hah amik ko, makan sampai tersandar-sandar ek. Rasanya cam order sket je tadi. Ishkk nafsu serakah sungguh huahauhauahuahuahau


nasi lemak dah abis sebungkus, lauk still banyak lagi

Masa nak pi bayar tuh, siap cakap dengan Mr Big sediakan duit dalam RM250 kot sebab ambik udang besar-besar dengan siakap besar kan. 

Sesampai je kat cashier, kak tuh cakap RM130 je.


Gila ko murah, macam standard kitaorang makan selalu je huahauhauhaua. Seriously murah ya ampun. Selalu orang belanja ni bayar sendiri kan erm tak delah mahal mana pun. 

Ok next time kena kena datang Medan Ikan Bakar Alai ni time-time cam nilah, rilek-rilek je makan tanpa gangguan ek.

Ye lain kali memang aku nak bawak parents aku makan kat sini lagi, lama benau tak keluar makan dengan diaorang. Yelah kalau mak aku masak sedap, buat apa nak makan kat luar kan hehehehe lagipun mak suka bukan suka benau makan kat luar ni, dia cakap mak yang malas je ajak anak-anak makan kat luar... 

ermmm ciss terkena mak nokss

4 comments :

notie said...

Lily ikan bakar ni kat mana di alai tu..... wah kena terjah ni

www.duniafarisya.com said...

hehe.murah benor tu kak lily

Ros Ibrahim said...

OMG!! Butter prawn tu!! Leleh air liur akak ni hehe

Suria Amanda said...

Boleh la bawak family makan kat sini...murah nampaknya tu..tp kalau family SA yang ramai rasanya x dapek rega cenggitu...kan?