MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, May 17, 2016

Shell Electric Run 2016 Tetap Meriah Walaupun Hujan Lebat Tau...

Hi Korang,


Ini kira first time aku join event berlari-lari ni, selalunya jadi media je untuk cover event kan.



Apa mende alah lah Electric Run ni ek?

Ianya merupakan larian di waktu malam sepanjang 5km di kawasan yang di sinari lampu-lampu neon yang di reka khas bagi mencantikkan dan menjamu mata korang bila berlari, actually tak berlari pun sebab rugi berlari tak dapat nak selfie dengan lampu yang berwarna-warni ni. Kali ini Shell Electric Run 2016 ni di adakan di Selangor Turf Club.






Sekarang ni kan musim hujan petang so on that day, sebaik je aku sampai ke tempat tuh untuk register hujan plak selebat-lebat alam turun sampai ada setengah naik air tau. Tapi sebab semangat gak, bila time hujan dah reda sket ktorang pun turun lah.


Bayangkan dengan hujan lebat dengan orang ramai, memang kuyup baju semua kan, register pun dalam hujan lebat, sempat jugak ambil gambar time hujan-hujan tuh sebab rasa teruja wei. Once dah siap ambil gambar duduklah tepi kejap sementara menanti masa untuk flag off.

kosong je sebab belum bukak lagi kan

nampak sape yang excited lebih kan!

Lebih kurang dekat pukul 9.00pm kot baru dapat pelepasan untuk flag-off, yelah ko kira-kira 15,000 orang yang sertai larian ni tau. Sampai tempat makan yang ada food truck tuh kemain sesak lagi wei dengan ramai orang tambahan pulak ada voucher dari Shell iaitu deli2go lagi lah penuh kan.

Yeah berlepassss



Masuk-masuk je adalah pelbagai jenis laluan yang memang merentap jiwa aku, sebab apa? Lawo bebenau sungguh. Ada courseland 'Water Station', Neffmau5, 'weathered the storm', Rainbow Road, Under The Sea dan Candy Lane dan kesemua ini dibawakan oleh Shell dan juga official university partner iaitu Limkokwing University of Creative Technology.

Tengok ni,








Cantik-cantik belaka kan, kalau tak hujan lagi cantik oooo..

Participants pledge to a cause by placing glowsticks into coll

Yang ni memang aku nak share sangat dengan korang tau..

Final courseland iaitu The Powerhouse, ktorang dapat explore Shell FuelSave Do More LED Maze.


Do More LED Maze ini di reka untuk membantu dan menyebarkan lagi mengenai kecekapan bahan api iaitu minyak secara seronok supaya korang boleh praktikkan di dalam kehidupan seharian kita semua.


LED Maze ini diperbuat daripada gabungan bahan-bahan termasuklah plywood, metal poles, tarpauline visual wrap, emulsion finish, LED rope lights, LED strips dan LED rainbow lights.

Ada 7 seksyen di dalam LED Maze iaitu


1. Shell Station Zone
Visit a Shell Station unlike any you've ever seen

2. Shopping Zone
Strut alongside a display of the latest high fashion

3. Movie Zone
Pretend to be director on a movie set

Shell FuelSave Do More LED Maze - Sports Zone

4. Sports Zone
Get physical with a basketball hoop and football set

Shell FuelSave Do More LED Maze - Road Trip Zone



5. Roadtrip Zone
Take break at some of Malaysia's best tourist destinations



6. Food Hunter Zone
Have a drink at a hawker stall

Shell FuelSave Do More LED Maze - Party Zone

7. Party Zone
Party with dancing robots or spin tunes at the DJ Booth

Memang sangat seronok bila berada kat setiap zone ni dan lagi syiok ktorang boleh selfie sebanyak mungkin di setiap zone untuk redeem goodies bag tau, oh goodies siapa yang tak suka kan tapi Sebab lepas hujan dan jalan berlumpur sket aku malas nak keluarkan camera untuk snap, so ada beberapa keping gambar untuk tatapan korang ek


Best jugak goodiesnya tau, ada voucher Lazada, voucher Bfab, gym pass Celebrity Fitness, touch n go, Walls Ice cream dan memacam lagi lah


Abis daripada LED Maze tuh of courselah ada party kan, siap ada persembahan artis lagi tau. So lets party all night long.... Uahuauaha


Selain daripada dapat medal sebab berjaya lengkapkan larian, ktorang jugak dapat goodies yang best-best belaka daripada sponsor yang awesome belaka.


Terima kasih kepada Shell yang menganjurkan event yang awesome lagi berpengetahuan, selain daripada bersuka ria, dapat jugak ilmu mengenai penjimatan minyak serta dapat bersenam jugak ek

Untuk info lanjut korang boleh check it out di 


Twitter :

Instragram :

dan untuk mengetahui tentang cara-cara kita boleh jimatkan minyak kereta, korang boleh layari www.shell.com.my

Hopefully tahun depan ada lagi Shell Electric Run ni ek


3 comments :

Farah Waheda Wahid said...

Wahhh gigih betul! Thumbs up!

el said...

meriahnyaaaaa
sore ciklily comel hihi

ietams said...

bestnya lari dlm hujan..
main hujannnn yeyy