MY HISTORIC MOMENTS

Thursday, May 19, 2016

Nestlé Aiskrim TRADISI Potong Sirap Bandung & Coconut Gula Melaka

Hi Korang,

Bagi peminat aiskrim perisa tempatan yang awesome

Ni aku nak citer pasal ais krim Nestle potong sirap bandung dan coconut gula melaka.


Apakah maksud Tradisi bagi anda? 

Cuba imbau kembali kenangan masa kanak-kanak anda, memori apakah yang tidak mungkin anda lupakan. Selepas penat bermain seharian, sirap bandung menjadi pilihan untuk menghilangkan kehausan – ingat lagi? Ataupun anda paling merindui zaman meja penuh dengan kuih raya mak?


Pengalaman menikmati keenakan makanan tempatan adalah antara kenangan manis yang ada dalam hati kita. Selaras dengan itu, Nestlé Aiskrim TRADISI dengan slogan ‘Ukir Senyuman dengan Sepotong Kenangan’ ingin mengembalikan semula tradisi yang memberikan detik manis bersama keluarga.

Kenangan yang dikongsi bersama mampu mengeratkan hubungan dengan orang yang tersayang kerana ia mengingatkan kita kepada rasa, pengalaman dan tradisi yang pernah dialami bersama. Kini anda boleh menikmati Nestlé Aiskrim TRADISI Potong Sirap Bandung & Coconut Gula Melaka bersama keluarga tersayang.


“Sebagai rakyat Malaysia, kita amat menggemari minuman dan makanan tempatan. Minuman seperti Sirap Bandung dan makanan seperti Kuih Santan Gula Melaka sememangnya sentiasa dekat di hati kita. Inilah sumber ilham kepada aiskrim ini, dan kini kami memperkenalkan dua perisa unik kegemaran rakyat Malaysia ke dalam rangkaian aiskrim potong kami, yang pastinya akan mengimbas semula kenangan manis zaman dahulu.” kata Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Yit Woon Lai.


Nestlé Aiskrim TRADISI kini boleh didapati di pasaraya di seluruh negara dan setiap pek mengandungi 8 stik pada harga berpatutan RM7.90. Ia boleh didapati dalam 3 perisa iaitu Sirap Bandung, Gula Melaka atau Kacang Merah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nestlé TRADISI Potong, sila layari laman web www.nestle.com.my/brands/ice_cream/nestle_tradisi

2 comments :

mama tisya said...

mmg fav aiskrim potong ni

el said...

iols mmg hantu eskim potong kcg meroh CLP hehehe
baru smlm bedal 3btg..kuikuikui