Tuesday, May 24, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR

Hi Korang,


Wow murah rezeki lagi di beri peluang untuk menghadiri jemputan ramadhan review ek. Kali ni aku nak citer kat korang buffet ramdhan 2016 di Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur


First time aku kemari ermm nasib baik ada LRT sebelah hotel ni so takdelah payah–payah nak fikir kat mana nak park kereta kan.









Tema untuk sambutan Ramadan tahun ini di Ancasa Hotel adalah menggamit kenangan indah ‘Nostalgia 60an’ yang mana pasti menjadi pilihan yang tepat buat korang seisi keluarga.












Disajikan dengan kepelbagaian dan keenakan rasa daripada ‘Saffron Brasserie’ yang membangkitkan selera antaranya ialah Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Rendang Itik, Burung Puyuh Goreng Lengkuas, Sambal Udang Petai, Lemak Ketam Nenas, Kacang Sepat Bercendawan, Daging Opor, Ayam Tandori bersama Sos Pudina, Ikan Jenahak dan banyak lagi pilihan

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada seseorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari iaitu gabungan hebat di antara Chef Yohanis dan Chef Mariam.












Tahun ini pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sempena memperingati pemergian seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973. Beliau merupakan seniman serba boleh kerana bakat beliau sebagai seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip dan sebagainya. Kegemilangan seorang seniman yang tiada gantinya hingga kini walaupun telah lama meninggalkan kita, namanya masih disebut-sebut dan hasil karya seninya tetap mengambil tempat di persada seni tanah air. Minat P. Ramlee dalam bidang seni suara dan seni muzik mendorong beliau untuk bergiat dalam pancaragam `Sinaran Bintang Sore’. Nama P. Ramlee mula digunakan apabila beliau menyertai satu pertandingan nyanyian pada tahun 1947. `P’ pada nama seniman berkenaan merujuk pada `Puteh’, iaitu kependekan nama bapanya iaitu Teuku Nyah Puteh. 








Seusai menjamu hidangan utama yang tersedia, puluhan manisan pencuci mulut disajikan seperti Kuih Melayu, Rempeyek, Tapai , Dodol, Wajik, Kerepek, Sago Gula Melaka, Puding Gula Hangus, Puding Roti bersama Sos Vanila dan Jeli Puding Krim.


Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut tidak ketinggalan mengetengahkan elemen 60an dengan alunan muzik dari era 60an sepanjang bulan Ramadan.


Harga yang ditawarkan adalah :

RM68nett untuk dewasa
RM40nett untuk kanak-kanak dan;
RM58nett untuk baucer bagi mereka yang membuat tempahan awal dari 11 Mac sehingga 31 Mei 2016.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :

03-20206060 ext 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032.


AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada rangkaian hotel AnCasa Hotels & Resorts yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. 

Jom kite ke:-

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock. 
50050 Kuala Lumpur

Telephone:

Reservation:

Social Media:

Selamat menjamu selera uolls!

mereka yang semeja dengan aku hari tuh

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

4 comments :

Suria Amanda said...

Bestnyaaaaa....

Nadia Johari said...

sedapnyaa lahaii

Unknown said...

atas bawah, atas bawah scroll...sampai kat jeruk kelubi je terus menjejeh air liur..hahhaha...kalau saya pi sana mungkin nasi kerabu dengan ayam berempah yang saya tuju dulu..

el said...

semuanya menarik
semuanya sedap
happy tummy hehe