Friday, May 13, 2016

Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru


Hi Korang,

Minggu ni mesti anak-anak sibuk mengajak parents mencari hadiah untuk Hari Guru yang akan datang pada 16hb Mei ni nanti. Aku ni dapat tau pun sebab group whatsapp sekolah aku ni ada cikgu sorang so yang mak-mak sibuk je tanya hal ni.


Even anak sedara aku si Aakif ni pun, mamanya sibuk jugak mencari hadiah nak bagi teacher kat sekolah, padahal nursery je tuh tau. Ermm untungnya jadi cikgu zaman sekarang ni ek. 

Lepas tu plak ada plak mak-mak dalam group aku tuh duk share satu website ni. 



Nah korang baca ni:-

Sudah semestinya pada saat-saat ini ramai guru-guru yang mencari idea untuk membeli hadiah sama ada dari pihak sekolah, atau untuk anak-anak murid kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi para guru yang menguruskan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Jadi berikut di senarai pendek beberapa cadangan hadiah sebagai panduan mudah kepada semua guru.

a) Hadiah dari Pihak Sekolah atau Kelab Guru kepada semua guru. ( Khas untuk AJK KELAB GURU dan disarankan dicop dahulu dengan logo sekolah)

- Pen Hitam
- Beg sandang
- Selimut
- Tuala
- Topi
- Vast
- Set Marker
- Botol air
- Tupperware
- Set alat tulis ( kertas laminate, dll)
- Cawan / Mug

b) Hadiah dari Murid & Kelas untuk semua guru.
( Khas untuk Guru Kelas atau AJK Kelab Guru untuk jualan semasa hari guru) *boleh ikat reben, wrap plastik, dll

- Buah Epal
- Penanda Buku
- Bunga Plastik
- Pen hitam/ pen merah
- Marker

c) Hadiah untuk aktiviti Pertukaran Hadiah semasa guru.
(Khas untuk aktiviti hari guru sahaja. Tidak semua sekolah buat)

- Pakaian solat
- Sejadah
- Jam dinding
- Bekas makanan
- Periuk
- Buku

Sebenarnya, banyak lagi hadiah-hadiah yang boleh diberikan sempena Hari Guru ini dan yang kami senaraikan ini hanyalah sekadar panduan sahaja.

Akhir kata, semoga sambutan Hari Guru kali ini lebih meriah di sambut oleh para guru.

Nampak tak ?

Siap ada panduan lagi nak bagi cikgu-cikgu ni ape hadiah yang bersesuaian. So aku rasa tak delah korang pening kepala memikirkan apa yang patut ek. Kata kawan aku tuh, selalunya setiap tahun dia akan dapat mug melambak yang siap printed gambar tuh. Wah kemain bertuah ek

So bertabahlah wahai ibu bapa zaman sekarang ni ek hehehhehee

Jangan gelak-gelak mana tau, turn aku plak kena kan tahun-tahun depan…

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru sekolah aku dimana mereka jua berada..

2 comments :

el said...

bgslah
ok dh dpt idea hihi

Mama Kembar 3 said...

Tak pernah terfikir nak bg buah eoal ja kat cikgu. Tahun depan boleh buat lah