Wednesday, May 4, 2016

Jaga Kuku Jadi Cantik Dengan SCHOLL Velvet Smooth Nail Care

Hi Korang,


Citer pasal kuku plak


Memang ye aku tak de masa nak belek-belek menda yang cenonit ni ek. Asal bersihkan dan kemas udah ler, kalau nak pi pedicure manicure spa tu memang tak lah kan. Sangat tak de masa wei, sebab masa itu emas bagi aku. So tak perlu di bazirkan ek!

Tapi nak jugak feeling feeling kuku bersih, cantik, kemas, berkilat macam spa kan, so tak de lah Mr Big duk bising-bising cakap kuku panjang time dia mintak garu belakang badan dia kann. Eh dia tu memang, kalau garu sakit je dia taulah kuku aku panjang kan huahauhauaha

Memperkenalkan SCHOLL Velvet Smooth Nail Care System ni


Lama nampak kat Guardian dengan Watsons tapi cam curiga gak sebab takut complicated sangat teknik nak buat kuku jadi cantik ni. Tup-tup rezeki datang bergolek dapat gak cuba sendiri produk special dari Scholl ni.


Baca instruction cam ne nak buat kan, ermm blur lagi. So terus aku google je cam ne nak operate menda alah ni ek



Hah baru paham cam ne nak buat ek



Guna sebijik bateri saiz AA rupanya, kemudian ada 3 jenis kepala yang berlainan fungsi untuk proses cantikkan kuku ni.

Ok aku terangkan satu persatu. 


Langkah 1: MENGASAH

Asah dan bentuk hujung kuku mengikut bentuk yang dikehendaki. Mengasah membantu mencegah kerosakan kuku seperti yang disyorkan oleh pakar-pakar kuku. Ini terutamanya penting untuk kuku kaki, yang lebih tebal dan lebih keras, menjadikan kuku lebih sukar untuk dipotong dengan betul.

Tip Scholl: Asah kuku kaki dalam bentuk lurus untuk mencegah kuku tumbuh ke dalam. 



Langkah 2: MENGGOSOK

Gosok perlahan-lahan permukaan kuku untuk melicinkannya. Gunakan hujung yang tirus untuk mencapai sudut sepajang bahagian tapak kuku. Pastikan anda tidak menggosok setiap kuku lebih daripada 15 saat setiap dua minggu untuk mengelakkan kuku menjadi terlalu nipis. Jika kuku anda secara semula jadi nipis, menggunakan tetapan atau kelajuan yang paling rendah.



Langkah 3: MENGGILAP

Gilap permukaan kuku sehingga kesan berkilat yang dikehendaki dicapai. Ulangi langkah ini seperti yang diperlukan untuk mengekalkan kesan berkilat, walaupun tanpa penggunaan pengilat kuku yang jernih. Untuk lebih bersinar secara sekata, guna kelajuan yang lebih cepat dan bermula dari setiap sisi kuku, bergerak ke arah pusat. Bahagian kepala yang tirus membolehkan anda dengan mudah pergi ke tempat-tempat yang sukar dicapai seperti sudut dalaman kuku.

Mudahkan!!

Tapi tengoklah cara aku buat, memang tak senonoh langsung. Yelah first time cubaso cam tu lah jadinye.


Sesuai untuk kegunaan di rumah dan di mana-mana saje, Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System memberikan korang hasil yang profesional dalam keselesaan di rumah sendiri, mengikut keselesaan korang.

Hasilnya: kuku yang secara semula jadi berkilat dan sihat dalam beberapa minit tau

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System (RM135.20), Isian Semula Kepala Penjagaan Kuku (RM29.90) dan Minyak Penjagaan Kuku (RM34.90) ada dijual di farmasi dan pasar raya termasuk Caring, Guardian, Watsons, Giant dan Tesco. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Scholl Malaysia di http://www.scholl.com.my/

2 comments :

Nadia Johari said...

pergh betul-betul licin tu..tengok dekat iklan..terasa nak beli juga

Farah Waheda Wahid said...

Sebenarnya macam agak terpengaruh juga dengan benda alah ni...