MY HISTORIC MOMENTS

Monday, May 9, 2016

Hujung Minggu di CONCORDE Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Sebab malas nak balik masa SBB2016 harituh, kitaorang check in di Concorde Hotel Kuala Lumpur.

Boleh gituh?

Hahahahahahahaha

bagus Dr Martin ni, jalan sana sini langsung tak gigit kaki

Tak plan pun nak check in di Concorde Hotel ni, tapi mengenangkan pagi ahadnya ada Superheroes Run di MATIC itu yang aku book bilik tuh, tup-tup larian tu cancel plak ntah apa sebab pun tak tau kan. Bilik dah booking dan dah bayar pun so duduk sajorlah. Lagipun sekarang kan musim panas, sekali sekala tidur beraircond 24 jam alangkah nikmatnye…

nampak kaunter check in dia, comel je kan

Oleh kerana semua dah bayo so cepat jelah proses check in nya, nowdays aku peratikan hotel-hotel moden semua registration kaunternya simple-simple dan minimalist, sampai aku ingat counter pertanyaan nyelah

Bilik tingkat 14, no bilik 1410.

panoromic view, alah guna iphone je senang

Deluxe room and come with breakfast for 2 person, total harga dalam RM300.50nett sebab aku booking online under booking.com tu yang dapat harga tuh. Cuma kalau book direct, aku tengok hari tu dalam RM420++ sebab weekend. Jimat sket duit mak nokss..

Ok ambik-ambik gambo bilik dulu ek.

study table, aku layan citer korea kat sini lah hah



toilet pun nak selfie ke? ishkk





Apmacam? Selesa kan

Sangat!!!



Malam tu ktorang tak keluar kemana-mana pun sebab malas. So just had buffet dinner kat Melting Pot Café lobby ni je. Nak makan kat HardRock Café cam ramai orang plak kan.













Dah nama pun buffet dinner so makan semuanya yang hado. Ktorang duduk makan dari tak de orang sampai penuh café tu kan, mostly ramai yang celebrate birthday makan kat sini. Sepanjang aku duduk makan tuh, lebih kurang 5 kali orang nyanyi lagu birthday. 










Orang datang hotel kemain cantik meletops bagai kan, aku pakai siper jepun je dengan suar pendek. Maklumlah bilik kat atas je kan, ktorang as hotel guest dapat 20% diskaun makan kat café ni. Jimat lagi duit, daripada RM200++ jadi RM176nett oklah tu sama je harga kalau makan kat HardRock jugak ek.

Naik bilik layan drama Che Ta kat Astro Ria tuh, alah citer anak tiri dia asyik manjang speaking bagai kan. Che Ta biasalah dengan loghat Kedahnya yang pekat tuh kan, tergelak-gelak nasib baik tak kene ketuk pintu dengan guest sebelah.

Descendants of The Sun - oh Soong Jong Ki i lap u..

Layan drama Korea plak Descendants of The Sun plak, sampai kul berape ntah sudah memasing tertido sebab penat seharian kat luar kan.


Bebangun je dah pagi, cuci muka gosok gigi terus turun pi breakfast.




Arghhh seronok wei breakfast buffetnya, memacam hado yang jarang ktorang makan time breakfast kan. So makan makan dan terus makan. Nampak orang pakai t-shirt Superheroes Run tuh, sian ek. Ramai gaklah ada 2-3 group kan, mesti semua dah book hotel kat sini sama cam aku sebab nak pi berlari kan.

Redho jelah ye bang, nanti ada lah run tuh.

Abis breakfast, terus ke swimming pool.


Ingatkan nak mandi tapi tengok cuaca cam lain macam je so just lepak-lepak kat tepi pool je. Ada 2-3 orang swimming je pun.

Naik bilik Mr Big sambung tido lagi, aku plak sambung layan citer Korea tu hauhauahua. Apa nak buat lagi kan, nama pun rileks so rilekslah sepuasnya..


Ktorang check out lambat dalam kul 2pm cam tu sebab tak de apa nak buat pun kan, tak kene charge pun sebab dah request awal-awal so senanglah sket tak delah tergesa-gesa nak pack barang pun kan.

Ermm sekali sekala lepak-lepak tido hotel apa salahnya, rasanya cam nak buat sebulan sekali jelah.

Feeling-feeling orang kaya lah sket kan hahaahhahaa

Itulah kisahnya…

5 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

makanan semua best2 belaka..tak payah keluar..makan kat situ je..nyummy seyyy hehe

wahida said...

bestnyaaaaa...sonok kalau dpt sesekali mcm ni...
pilihan makanan sedap2 nya lah yang time dinner tu...jeles tgk...

alia farhan Said said...

Best..
Kdg2 trun kl request kt husbnd duk concorde sbb bfast buffet dia besttt

AkuSeorangTraveler said...

cantik kasut hihi

pengedar shaklee ampang said...

sedap nya menu dia tu.