Sunday, October 13, 2013

Travel Survival Kit From The Butterfly Project

Hi Korang,


Meh sambung lagi citer masa pi Tambun tu ek.

Banyak sungguh bebarang yang di bekalkan oleh The Butterfly Project team masa trip ke Lost World of Tambun ni. Ye, kalau tak caya meh tengok ni


Cantikkan  beauty bag yang di sponsor oleh 1 Utama ni. Terasa diriku seksi plak dibuatnya hahahahhaha. Jangan nak mengarut ye Lily. Meh tengok apa ada kat dalam.


Lifebuoy Hand Sanitizer
Membunuh 99.99% kuman tanpa air dengan pelembab dan Vitamin E


Kinohimitsu J'pan UV Bright Drink
Sesuai untuk penjagaan kulit. Kan ktorang duk berjemur satu hari kat Lost World of Tambun tu kan. Elok sangatlah tuh.


Maybelline New York Baby Lips Pink Glow
Sangat bagus untuk bibir yang kering sebab ianya melembut lagi menyegarkan. Rasa cam nak makan je.


Mozzie-A-Gogo Repellent Stick
Aku first time dengar menda alah ni. Ianya dari bisourose.blogspot.com. Bagus kan, handmade dan semulajadi bahan yang digunakan. Dalam hutan, takut kena gigit nyamuk, sapu je stick ni.


Esmeria Organic Skincare Set
Lengkap satu set, ada pencuci muka, toner dan krim pelembap. Khas untuk orang-orang yang mempunyai masalah kulit berminyak dan jerawat macam aku.


LUX Soft Touch Body Wash
Ermm wangi, sedap je mandi. Rasa sangat lembut, licin dan lembap je lepas guna.


Timeless Truth (TT) Mask
Sebelum tidur, pakai dulu TT Mask ni. Boleh kembalikan kelembapan muka ye. Rileks je


Johnson's Body Care Oxygen Fresh Gel Lotion
Masa aku bukak je bag ni, aku terus pakai losyen ni. Boleh terlupa nak bawak kan, dahlah kulit kering bila kena aircon. Tepek bebanyak kat siku dan lutut.


Sunplay Super Block SPF 130 PA ++
Aku jarang guna sunblock ni coz aku dah ada krim muka yang SPF tu kan tapi bila dah ada ni haruslah pakai sebelum bermandi manda di water theme park hari tuh. Konon takut kulit hitam.


Loreal Professionnel Mythic Oil
Aku memang tak gunakan syampoo sebarangnya, kang takut gugur plak rambut kan. Bila dah guna Mythic Oil ni memang terbaik lah. Rambut yang masa duk keras tadi akibat berendam dalam air panas banyak sangat menjadi lembut dan mudah diurus. Senang je sikat lepas tuh. Kira macam ada MAGIC plak kan.


Mak oi 10 jenis produk kecantikan tuh. Kalau tak cantik, tak tau nak cakap cam ne lagi ek. hehehehe

Anyway terima kasih pada The Butterfly Project, Mamasan Tammy dan kuncu-kuncunya Illy, MizzAyna, Caroline, Laura dan Farisha..

Korang memang awesome sungguh tau!

4 comments :

hazman aka species1980 said...

owhhh... baru tahu kinohimitsu ada minuman kesihatan yea

Amanda Suria said...

Best betul cik lily..sure kat rumah penuh dgn barang2 sponsored. ...

Effy said...

bagus nya
jom follow my blog

Kidbux said...

Good sharing, today, there is a wide range of personal care products under Esmeria Organics, it’s consisting of hair and scalp care, skincare and body care for different skin types. For detail review visit:
http://kidbuxblog.com/esmeria-organic-a-homegrown-organic-skincare/