Tuesday, October 8, 2013

Nuffnang FOOD FEST 2013, Makan Makan Dan Makan

Hi Korang,

Last saturday memang sangat hectic hidup aku.

kengkawan kite..

Bayangkan dari kul 8 pagi dah terpacak kat area Sunway Piramid ni sampai ke 10 malam. Dah macam aku keje kat shopping kat situ plak ek.

badge kita tak tau dah kat mane la

Yelah ko pagi tu ade event KISS ME kat Sunway Lagoon, lepas tu bersambung plak dengan Nuffnang Food Fest 2013. Mana tak sampai ke malam kan.



Nuffnang FoodFest ni adalah pesta makanan yang korang tak payah keluar duit 1 sen pun untuk makan. Cuma korang just tweet ke, instagram ke, like facebook ke then terus dapat makan. Aku sendiri pun cam tak caya gak but try 1 booth tu terus rasa seronok plak.

ini baru sket orang

scan je barcode then terus je boleh makan

model maggie betul Hafiz ni tau


Lagi plak ada apps untuk iOS user, lagilah senang. Aku cuma scan je barcode yang duk tergantung pada setiap booth dan secara automatiknya terus di share to Social Media. Tunjuk kat tukang jaga gerai then terus dapat makanan.

kita dalam frame Chatime

Disebabkan aku dah banyak makan sebelum tuh, so rasa 4-5 jenis menu je. Yang lelain tuh aku abiskan masa untuk chit-chit dengan bebudak blogger yang datang ni.

Selain daripada makan-makan, ada gak program macam workshop food photography, food blogger sharing, Maggi cooking competition dan memacam lah. Memang sangat seronok ooo. Aku sampai penat2 di buatnya.

yeah kite menang la

Masa pertandingan Maggi Bloggers Cook-Off tu la yang aku menang. Memang tak sangka betul coz menu aku simple sangat daripada orang lain. Orang lain beria-ria betul masak. hehehehe apa pun I suker ok.

Mintak maaf pada blogger-blogger yang aku sempat jumpa hari tuh adalah 5-6 orang coz aku tak berapa nak cam muka dan nama. Maklumlah time tuh dengan tengah panas lagi, badan rasa lemah longlai akibat memanjat bukit dalam Sunway Lagoon tu lagi kan. Hopefully korang boleh tinggalkan URL link dalam komen ni nanti ek. Boleh aku duk singgah kat blog korang tau.

Anyway terima kasih pada Nuffnang yang event makan-makan #NNFoodFest2013 yang terbesar ni. Semuanya sangat awesome dari segi makanan, programme dan memacam lagi.

8 comments :

mama tisya said...

meriah...syg tk dpt pegi...tahniah mng contest maggie tu

Sabrina Tajudin said...

seronoknya! rugi sab xdtg.. tahniah lily!

YaNa Yassin said...

Kan, memang meriah seharian. Penat tapi seronok. Tahniah menang pertandingan, tak dapat join melihat kehebatan memasak akak .

Macikz Konah said...

tuah tertidur dalam wayang
tuah dibawa sampai Menang!

ha..jemput datang singgah ke adik punya blog :http://www.macikzkonah.blogspot.com , nak sikit aura kak lily tu. taniah kak!

penaberkala said...

sebelum start dah tau sebenarnya sape juara.. hehe

next time, nk masak dah boleh rujuk kak lily mintak resepi
boleh jadi sifu saya lepas ni :)

apepun,once again, tahniah!

Salma Tayo said...

memang best event ni.punyala ramai orang kan.

A Girl Like You said...

congratz kak menang pertandingan memasak! :D one word, u r cool! :D

Amanda Suria said...

Best betul...SA x sht..sbb tu x dpt pi...