Tuesday, October 8, 2013

Lost World Of Tambun Theme Park Sangat Awesome

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer pasal trip dengan The Butterfly Project hari tuh ke Tambun. Selagi citer ni tak abis selagi tu lah aku menulis kan.

Now kita nak citer pasal Theme Park.


Theme park dalam Lost World of Tambun ni memang awesome lah. Aku sendiri tak menyangka yang memacam menda ada dalam taman tema di negeri Perak ni.




Ada 5 park iaitu Water Park, Amusement Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Tin Valley. Untuk Hot Springs & Spa tu kita citer lain entry ek.



Water Park
Masa ktorang memula sampai tu, masuk-masuk je dah water park. Mak oi bukan main ramai orang mandi manda, alah cuti hari minggu kan haruslah ramai. Ada Jungle Wave Pool, Sandy Bay (tempat yang berpasir pantai), Adventure River, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay. Sewa je pelampung RM15 sehari dan main sepuasnya. Walaupun dah petang time tuh, sempat celup badan berendam kejap dalam air.




Amusement Park
Park ni kanak-kanak suker lah coz especially untuk diorang. Tapi ktorang yang tak berapa bebudak ni pun boleh main jugak. Ada Adventure Express, Giddy Galleon, Dragon Flight, Perak Parade, Storm Rider dan Lupe's Adventure.
Petang tu ktorang main Dragon Flight, terbang sungguh tapi rileks lah. Kemudian main Storm Rider, nasib baik tak terkeluar muntah kan coz kapal tu berpusing 180 darjah. Yang best sekali main roller coaster, sampai 3 kali main. Langsung tak takutlah. hehehehe




Tiger Valley
Walaupun termiss Tiger show kat sini tapi masa tresure hunt tu sempat gak aku snap beebrapa gambo harimau-harimau ni. Ada Putra dan Azian. Memang sangat dekat, kalah Zoo Negara tau.
Tiger Feeding Show
Daily : 3.00pm dan 4.00pm











Petting Zoo
Park yang paling menyeronokkan coz tempat ni paling interaktif sekali. Kita boleh pegang haiwan-haiwan yang comel ni. Ada Rakun nama Acucu, comey benau. Hulur makan je sapu. Ktorang dapat main dengan species burung yang warna-warni kat sini. Ishk geram. Ada gak ular tapi aku tak pegang pun coz aku kan penggeli orangnya. Boleh tangkap ikan, bagi monyet makan. Syiok!
DAILY PETTING ZOO ACTIVITIES AND SHOWS
Raccoon Feeding Show : 12.00 noon
Tortoise Feeding Show  : 2.00 pm
Wild Feeding Show       : 3.30 pm





Tin Valley
Ini merupakan sesuatu yang unik di dalam theme park dalam Malaysia ni. Tin Valley kira macam educational place untuk kita mengetahui cara mendulang bijih timah. Maklumlah Perak kan terkenal dengan bijih timah dan kapal koreknya. Kemudian, ada pakcik kat sini yang akan mengajar kita cara-cara mendulang. Best wei, sempat gak aku tengok demo ni.


Abis je mendulang, ktorang pi minum kat Dulang Tea House.






Lepak-lepak bawah gua lagi. Kalau minum petang kat sini memang terbaik. Diorang hidangkan kopi Ipoh yang special bersama telur 1/2 masak, biskut bantal dan roti bakar. Ya ampun, sangat-sangat melazatkan. Sambil mencuci mata menikmati keindahan alam sambil chil-chil minum kopi kan.





Lepas tu, dalam Lost World Of Tambun ni ada Ipoh Street uols. Kat sini ada pelbagai jenis gerai yang menjual makanan/buahan tempatan Ipoh macam tau foo fa, limau bali, apa lagi ek lupa plak. Sangat rileks


Pendek kata, satu theme park yang unik sekali. Selain dapat enjoy dapat gak ilmu pengetahuan mengenai sejarah Perak.


Ok nak ke sini, meh check it out sket

Lost World Of Tambun Theme Park
No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1,, Sunway City Ipoh,, 31150 Ipoh, Perak
Phone: 05-542 8888

Hours:
Monday               11:00 am – 11:00 pm
Tuesday               Closed
Wednesday        11:00 am – 11:00 pm
Thursday             11:00 am – 11:00 pm
Friday    11:00 am – 11:00 pm
Saturday              11:00 am – 11:00 pm
Sunday 11:00 am – 11:00 pm

Ticket Entrance Fee

RM48.00 per adult (all park)
RM41.00 per kids (all park)
FREE for kids below 90cm height


Ermm rasa-rasanya memang nak pi lagi ke sini coz tak puas mandi manda hari tuh. Nak tengok tiger lagi, nak naik swan lagi. Semualah nak main.

Terima kasih kepada

Picture credit to Henry Lee and The Lost World of Tambun  

7 comments :

Liza Yati said...

Bestnya cik liky. Liza pernah p lama dulu. Lamaa sgt dan tak p pun belah zoo sana. Main air kat water park jer. Teringin nak p sekali lg.

Mama Zharfan said...

memang besh LWOT ni :) ari tu weolls tak sempat minum2 kat coffee shop kat gua tu ie dekat2 dgn gajah tu

Qashmere said...

Laa turun Ipoh ke. Dekat sangat dengan rumah Mummy. Heheheh

hazman aka species1980 said...

Memang classic la minum kat dulang tea house tue...layan roti bakar sedap tu

Choi Yen said...

Wah, macam bestnya....can bring my kid here!

GREENJADE said...

pegi sana last march...mmg ohsem.

hot spring dia pun best. i loikeee

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily. jum repeat lagi? hehe