Monday, April 23, 2018

Buffet Ramadhan 2018 | Kuala Lumpur Convention Centre

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer pasal buffet ramadhan 2018 dan kali ini kak lily sharekan dengan korang buffet buka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre.


Aneka hidangan berbuka puasa Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) untuk syarikat korporat dan orang ramai kembali lagi tahun ini, menjanjikan pengalaman menikmati makanan kegemaran dari seluruh Malaysia! Menu Ramadan tahun ini membawakan aneka sajian tradisional kegemaran ramai dari pelbagai negeri, antaranya termasuk masakan terkenal seperti sup urat kaki dan tetel (Perlis), nasi dagang tulang rusuk kerutup bakar (Terengganu), udang goreng keriuk-keriuk minyak (Kelantan) dan ayam olek-olek bumbu cekur (Sabah). 

Menurut Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, “Untuk benar-benar mencerminkan perjalanan nostalgia ke seluruh Malaysia dalam tawaran berbuka puasa Ramadan tahun ini, pasukan kulinari kami yang kreatif telah merantau ke semua pelusuk negara untuk mencari 11 masakan asli kampung yang betul-betul dapat mewakili negeri-negeri Malaysia.” 

Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang kenyataan Chef Hisham, Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, berkata, “Dengan matlamat untuk memberikan kesenangan, keselesaan dan kelazatan, bufet Ramadan kami yang pasti membuka selera telah disesuaikan oleh pasukan kulinari kami seramai 52 orang yang memenangi banyak anugerah, bagi membolehkan pelanggan merantau dari Timur ke Barat, Utara ke Selatan, untuk menikmati sajian berbuka puasa tradisional berbilang budaya yang dihidangkan di tengah-tengah Kuala Lumpur City Centre (KLCC).” 




Pusat Konvensyen juga menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat berwuduk dan seorang Imam untuk mengetuai umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, membolehkan mereka menunaikan kewajipan mereka sebelum atau selepas berbuka puasa. 

Oleh sebab kesemua dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam boleh menikmati makanan mereka tanpa waswas dengan tenang. 

Pryor menjelaskan selanjutnya, “Semua kemudahan untuk orang ramai ini bermakna kami boleh memberikan pengalaman berbuka puasa yang unik dan serba lengkap pada bulan Ramadan di salah satu lokasi ikon paling menarik di Kuala Lumpur.” 



Dengan jaminan kualiti dan keaslian sajian makanan, pelanggan akan mendapat layanan bertaraf dunia dan makanan bertaraf 5 bintang apabila berbuka puasa di Pusat Konvensyen, yang mengenakan harga berpatutan RM145 bersih seorang dan boleh didapati untuk tempahan antara 23 Mei dan 5 Jun 2018. 

“Terdapat juga tawaran nilai hebat promosi majlis berbuka puasa korporat untuk 100 orang atau lebih, yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan, daripada harga RM125 bersih seorang. Dengan dua pilihan menu khas – Ramadan Al-Mubarak dan Ramadan Al-Kareem – pelanggan mendapat pilihan untuk menyesuaikan menu dengan pelbagai makanan tambahan dari ‘Chef Action Station’,” kata Pryor.



Selain pelbagai sajian kegemaran dan tradisional, menu berbuka puasa korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mencari kelainan. Sajian istimewa untuk mereka termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun, ikan panggag Tikka, makanan laut BBQ gaya Thai dan kambing panggang Harissa Pusat Konvensyen yang terkenal dihidangkan dengan sos dan rempah perasa.

sudut goreng-gorengan, sedap wei kak lily dah rasa

“Berbuka puasa di bulan Ramadan tidak lengkap tanpa stesen ‘Goreng-gorengan’, yang menyediakan pisang, cempedak, keladi dan sukun goreng, keropok lekor dan kudapan goreng yang lain. Mereka yang gemarkan manisan boleh menikmati Ais Batu Campur (ABC) dihidangkan dengan pelbagai tambahan dan aiskrim, bandung crèmeux, agar-agar cendol, bubur jagung manis, tapai pulut, kuih-muih tempatan, buah-buahan segar dan banyak lagi,” jelas Chef Hisham.

Ada 4 menu yang kak lily sempat cuba hari tuh kan, di antaranya adalah :-

Ayam olek-olek bumbu cekur

Ayam panggang sambal limau kasturi

Fish fillet “Nyonya” style with kangkung and tamarind sauce

Nasi dagang tulang rusuk kerutup bakar with condiments

Rasa??
Memang awesome, lain daripada yang lain ek

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre boleh hubungi di talian +03 2333 2888 atau email ke info@klccconventioncentre.com.

Jom kita ke 

Kuala Lumpur Convention Centre,
Jalan Pinang, 
Kuala Lumpur City Centre, 
50088 Kuala Lumpur.



Laman Web: 

Facebook : 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.




1 comment :

Azian Elias said...

sedap2nya you.. tapi akak dah lama sungguh dah tak pegi any buffet waktu ramadan ni. makin susah je now.