Wednesday, May 1, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'CITARASA 6 SEKAWAN' di Concorde Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Melting Pot bersedia untuk memukau selera anda dengan hidangan bufet yang menarik pada bulan Ramadan nanti, bertemakan 'Citarasa 6 Sekawan'. Menyaj ikan lebih daripada 160 jenis juadah, merangkumi hidangan tradisional seperti ikan bakar percik dan rendang daging sehingga kepada masakan India, Cina dan Jepun, ia pasti akan membuatkan anda rambang mata. 


Bulan Ramadan adalah bulan dimana kita dituntut untuk beramal dengan menahan lapar dan dahaga, semua dugaan ini akan diakhiri dengan keindahan Iftar - di mana semua orang tersayang akan berkumpul untuk berbuka puasa. Oleh itu, semasa berbuka, semarakkan Iftar dengan berkumpul bersama keluarga dan rakan serta anekajuadah lazat.


Rempah ratus 6 sekawan yang utama adalah Jada hitam, buah keras, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang. Kesemua rempah-ratus ini digunakan sama ada secara bersama atau berasingan dalarn semua jenis masakan.




Berbukalah dengan tamar, aprikot kering atau bubur lambuk. Kemudian, nikmati pilihan makanan laut yang segar seperti tiram, udang, kepah hitam, sushi dan sashimi. Terdapat Japan stesen 'live cooking' termasuk teppanyaki, roti john, tosai dan pemanis mulut seperti onde-onde dan apam balik yang dibuat secara 'a la minute'.











Di antara masakan Melayu yang dihidangkan adalah siput sedut masak lemak daun kunyit, ikan bawal masak kicap berempah, asam pedas ikan tenggiri, ikan patin tempoyak, samba\ ikan bilis petai dan ikan bakar percik. Hidangan lain yang mesti dicuba termasuk rojak buah, kek ikan Thai, kari merah daging dengan buah, ikan kukus ala Thai, kambing varuval, ayam mentega, nasi tomato, siew mai ayam, cendawan tumis dengan tauhu lembut, udang harimau dengan telur masin dan oat serta lala kam heong.




Selain daripada itu, terdapat juga masakan Padang seperti gulai ikan masak lemak, gulai sayur kapau, ayam pop, daging dendeng kering balado merah, sambal kentang ikan bilis tempe dan sotong kalio. Andai ada satu hidangan yang mesti dicuba, sudah pasti ia adalah sup gearbox, sup tulang rawan, tom yam makanan laut, kari kepala ikan, ayam panggang Thai serta kambing panggang. Korang pasti akan makan berulang-ulang kali.


Untuk buffet 'CITARASA 6 SEKAWAN' ni, ianya bermula dari 6hb Mei 2019 – 4hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

EARLY BIRD : RM118nett dewasa untuk tempahan sehingga 6hb Mei  2019 

Harga Walk In : RM138nett (dewasa) dan RM69nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

*Tiga menu berlainan yang bertukar setiap hari 

Bagi tempahan berkumpulan atau korporat, tarikh yang boleh ditempah untuk Ballroom adalah di antara 20 - 24 Mei dan 27 - 31 Mei. Harga untuk Bufet adalah RM98.00 bersih seorang. 

Untuk tempahan, sila hubungi Melting Pot di talian 2717 2233 (talian terus). Sebarang pertanyaan untuk majlis persendirian, sila emel kepada fbkl@concorde.net

Jom kita ke: 

Concorde Hotel Kuala Lumpur 
2 Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur, Malaysia 

Tel: +603 2144 2200 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook Page :

Instagram : 





Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

1 comment :

Amie said...

Nyumm..nyuummmm! Tersangatlah sedapnya!