Monday, May 27, 2019

Ceria Raya Feast Bersama Pacific West

Hi Korang, 

Last week kak lily berkesempatan ke Ceria Raya Feast anjuran Pacific West di Menara KL. 

Ya ampun sesangat lah cantik tempat ni ye, memang kak lily ada naik ke puncak ni 3-4 kali tapi semuanya sebab event so memanglah tak sempat nak explore keseluruhan tempat ni. 

dengan Neeza, lama nau tak jumpe budak ni ek

Kami makan di Restoran Atmosphere 360 ermm kemain tinggi nau kan hehehehe tapi sebelum naik tuh sempatkan kak lily ke Observation Deck ni. Memang cantik betul view kat sini, sangguplah kak lily berpusing-pusing nak tengok view-view ni kan 


Hari tu kami dihidangkan dengan pelbagai jenis menu yang di sediakan Dato Ringo dan Chef Halim. 

Di antaranya 

Toast Salmon Nigiri and Salt and Pepper Squid with Mentai Aioli 

Popcorn Fish Satay with Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll with Breaded Torpedo Prawn dan Nouc Cham 

Dusted Baby Squid with Creamy Prawns Bisque 

Cod Fish Fingers with Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns and Tempura Natural Calamari Rings yang dihidangkan dengan Vegetable Bouquet dan Parslied Crushed Potato 

Serawa Durian with Glutinous Rice 


Memang portionnya sket tapi rasanya sangat-sangat sedap dan mengenyangkan. Nak tambah kenyang lagi dengan gelak ketawa kengkawan semeja kak lily ni hah. Rasanya satu hall ni dengar kitaorang punye gelak  


Oh ya, Pacific West telah melancarkan kempen 'Ceria Raya, Tampil Bergaya' yang telah bermula 15 April hingga 15 Julai 2019. 


Dalam tempoh kempen ini, korang yang membeli mana-mana produk makanan laut Pasifik West dalam satu resit di mana-mana kedai runcit juga berpeluang memenangi motosikal baru. Terdapat juga 10 unit Tefal Air Fryer untuk dimenangi dimana semua hadiah bernilai RM40,000. Korang boleh beli produk keluaran mereka di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi. 

Rangkaian produk Pacific West dengan teliti dikembangkan oleh pasukan Chef Kuliner dan Teknologik Makanan untuk menambah nilai dan memperkayakan gaya hidup pengguna dengan mudah masak dalam beberapa minit terus dari peti sejuk. Kualiti yang tiada tandingan dengan piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa iaitu BRC, IFS, HACCP dan YUM! akreditasi. Produk mereka juga disahkan HALAL. 

Terima kasih Pacific West, suker kitorang balik terus goreng untuk sahur


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com




1 comment :

Sis Lin said...

Ooo kalau makan dinner di situ memang dia hidangkan macam tu la ye CL?
Ke ada ala carte juga or buffet?