Thursday, May 30, 2019

Koleksi THRILL by Sarimah Ibrahim Kini Di SHOPEE

Hi Korang,

Selepas menanti selama beberapa bulan, akhirnya jantina bayi diraja Che Puan Sarimah Ibrahim diumumkan kepada rakyat Malaysia. Pengumuman itu dibuat setelah ramai yang meneka jantina bayi selepas pengacara dan personaliti televisyen kacukan Malaysia-Ireland itu mengumumkan kehamilannya di laman Instagram pada Februari lalu. 

Dengan wajah yang berseri-seri, beliau meletupkan belon gergasi di hadapan tetamu, teman-teman rapat, peminat dan media dalam satu majlis yang dianjurkan di Damansara Perdana. Che Puan Sarimah Ibrahim bersama suaminya Yang Mulia Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bakal menjadi ibu bapa baru kepada seorang anak perempuan. 

Majlis pada petang itu ternyata mencerminkan kegembiraan berganda kerana sebelum pengumuman jantina bayi diraja, Che Puan Sarimah Ibrahim melancarkan kedai rasminya di Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Kedai ini akan memasarkan koleksi mekapnya “Thrill by Sarimah Ibrahim” yang hanya boleh didapati secara dalam talian eksklusif di Shopee. 


Koleksi mekap yang diperkenalkan pada 2018 ini termasuk bedak asas Thrill Superstar Treatment Cushion Foundation dan bedak kompak Thrill Perfecting Finish Compact Powder yang dikagumi kerana ciri-ciri yang memberi manfaat kepada kulit. Peminat atau dikenali sebagai Thrillists, akan juga dapat membeli bedak asas kegemaran mereka pada harga RM75 dan bedak kompak pada harga hanya RM70, daripada harga biasa RM95 dan RM90. Tetamu-tetamu di majlis pelancaran yang meneka jantina bayi dengan betul sebelum pengumuman dibuat juga menerima produk Thrill. 

Dengan pelancaran kedai rasmi Thrill by Sarimah Ibrahim, Che Puan Sarimah Ibrahim menyertai ramai selebriti lain dalam Skuad Selebriti Shopee. Platform ini dilancarkan pada Mei 2018 sebagai saluran untuk selebriti mengetengahkan dan menjual produk keluaran mereka kepada peminat dan pengguna Shopee. Setakat ini, ia telah menarik lebih 30 selebriti termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Datin Hajah Fouziah Gous, Dato’ Seri Vida, Dynas Mokhtar, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Shalma Ainaa, Tyra Kamaruzzaman, Zoey Rahman, Hanis Zalikha dan Sophia Liana. 


Pengumuman jantina bayi diraja dan pelancaran kedai rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim di Shopee boleh disifatkan sebagai satu detik peribadi tetapi ia tidak dirahsiakan daripada rakyat Malaysia di seluruh negara yang dapat menyaksikan detik istimewa itu walau di mana mereka berada. Peminat-peminat mengikuti seluruh acara itu secara langsung menerusi aplikasi siaran secara langsung Shopee. Mereka seronok mendapat peluang meneka jantina bayi, berinteraksi dengan selebriti itu sendiri apabila beliau menjawab komen peminat secara langsung, membeli produknya semasa siaran langsung dan memenangi hadiah menarik dan baucar apabila mereka menyaksikan Shopee Live di laman Instagram mereka. 

Che Puan Sarimah Ibrahim, Pengasas, Thrill by Sarimah Ibrahim berkata, “Membeli-belah dalam talian makin menjadi popular pada masa kini disebabkan kemudahan yang ditawarkan kepada para pengguna. Dengan kira-kira 20 juta pengguna Shopee, jenama kosmetik saya kini boleh ditawarkan kepada lebih ramai wanita yang memiliki gaya hidup yang sibuk seperti saya. Saya amat teruja dengan kerjasama ini bersama platform e-dagang yang terulung di Malaysia.” 


Marianne Chuo, Ketua Pemasaran, Shopee Malaysia berkata, “Kami gembira mendapat penghormatan dan peluang untuk bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti Che Puan Sarimah Ibrahim untuk memasarkan produknya di platform kami. Koleksinya akan membawa tambahan yang lebih menarik kepada kategori Kesihatan dan Kecantikan, salah satu kategori utama kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mencuba Shopee Live kami. Ciri baru ini dalam Shopee adalah siaran langsung yang memberi pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan antara Che Puan Sarimah Ibrahim dan para peminatnya. Siaran langsung “live stream” adalah trend membeli-belah pada masa hadapan di Asia Tenggara yang akan menghidupkan semula trend beli-belah-hiburan untuk generasi muda. Ini merupakan satu anjakan daripada generasi lebih tua yang membeli vakum atau mop menerusi panggilan semasa menonton promosi di kaca TV. Trend ini makin meluas dengan pantas. Ianya merupakan satu cara untuk jenama menarik pelanggan mereka dengan berkesan.” 

Sempena pelancaran “Thrill by Sarimah Ibrahim” di Shopee, Thrillist mendapat potongan harga 30% bagi semua produknya dari 30 Mei hingga 5 Jun 2019. Bedak asas berharga RM52.50 manakala bedak kompak berharga RM45. Untuk menjadi Thrillist, sila ke laman https://shopee.com.my/sarimahibrahim.os atau laman Instagram dan Facebook Thrill by Sarimah Ibrahim. 

Mereka yang ingin menonton acara ini sekali lagi boleh ke Shopee Live untuk menyaksikan siaran ulangan di https://shopee.com.my/shopeelv

Shopee Live ialah aplikasi siaran langsung “live stream” untuk pemilik kedai dan jenama menerbitkan siaran mereka sendiri dan berkongsi kandungan seperti pelancaran produk baharu atau petua dan idea tentang cara menggunakan produk mereka, atau sekadar berinteraksi dengan penonton mereka. Interaksi secara langsung ini memberikan testimonial dan ulasan tentang produk yang boleh disifatkan sebagai iklan yang berpengaruh dan membawa pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk semua pengguna Shopee.




1 comment :

Farah Waheda Wahid said...

macam menarik jer ni...nanti nak cuba tengok laaa....