Wednesday, May 15, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 di Halaman Shah Alam

Hi Korang,

Kebetulan ahad lepas tak de kemana pun berbuka puasa, kawan lama kak lily ajak berbuka puasa di Shah Alam. Ermm nasib hari minggu tak jem petang, kalau hari kerja malas gak nak pi hhehehehe 


Dahulunya dikenali sebagai Intekma Resort dan Convention Centre. Di bawah Pengurusan baru, Syarikat Sikulipat Sdn. Bhd merupakan pengendali dua lokasi majlis untuk sebarang acara. 

Marquee Tent terbesar di Lembah Klang yang dikenali sebagai HALAMAN SARI yang boleh memuatkan 1000 orang tetamu atau HALAMAN BESTARI iaitu sebuah dewan banquet kami yang bertaraf hotel memuatkan 500-800 orang tetamu. 

Disebabkan ktorang park di bahagian bawah so kenalah berjalan kaki naik ke atas bahagian marque tent ni. Cantik tersergam indah bila tengok dari jauh. 










Terbahagi kepada 2 bahagian, di sebelah dalam tuh pelbagai menu utama lauk pauk kampung yang ‘tempting’ dibuatnya, ermm sabar pleaseee. 





Pilihan appetizer dan dessert pun awesome jugak tau. Banyak yang boleh dipilih hehehhe 

Di sebelah hadapannya pula terdapat gerai-gerai yang menghidangkan masakan panas seperti kambing bakar, ikan bakar, kuay teow, mee goreng, roti john dan banyak lagi. 








Untuk buffet Ramadan ni, ianya bermula dari 10hb Mei 2019 – 2hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 9.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

Harga Walk In : RM60nett (dewasa) dan RM30nett termasuk 6% SST (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Pakej Keluarga : RM160nett (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :- 

Tel :
1)011 - 3215 5555 (Sales Office)
2) 019 - 930 9606 (Ismail)
3) 019 - 393 3160 (Nora)

Email: sales@halaman.com.my


Jom kita ke: 

Halaman Shah Alam
Ground Floor, Block 1,
Intekma Resort & Convention Centre, 
Persiaran Raja Muda,
Section 7, Shah Alam Selangor


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook Page :
www.facebook.com/halaman

Instagram : 
www.instagram.com/halaman.shahalam



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


1 comment :

Siti Awadah said...

mariah menu tu semua... sedap sedap nampak