Saturday, May 25, 2019

Lebih Ganjaran Ramadhan Ini Dengan WECHAT PAY MY

Hi Korang,


WeChat Pay MY, menyemarakkan keceriaan sambutan Hari Raya dengan pelbagai hadiah untuk pengguna. Sebagai ganjaran untuk pengguna sepanjang bulan Ramadhan ini, WeChat Pay MY menawarkan dua tawaran hebat daripada Starbucks dan Hari-Hari kepada pengguna. Promosi perayaan khas yang sedang berlangsung akan menyaksikan pengguna WeChat Pay MY yang bernasib baik menikmati kupon serta paket wang melalui ciri 'Shake Bonus'. 


Menurut Jason Siew, Ketua Pegawai Eksekutif WeChat Pay Malaysia, "Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai perayaan berlainan dan WeChat Pay MY sangat gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada budaya itu. Kami berharap agar dapat meningkatkan pengalaman mereka dengan memberikan mereka pelbagai faedah yang menepati gaya hidup mereka serta selaras dengan perayaan Hari Raya yang akan datang." 

Kupon Khas di Starbucks dan Hari-Hari 

Nikmati secawan kopi yang enak di Starbucks selepas Buka Puasa atau cari baju Raya baharu di Hari-Hari dengan WeChat Pay MY. Pengguna akan menerima ganjaran sebaik sahaja mereka log masuk ke laman Facebook rasmi WeChat Pay MY di www.facebook.com/WeChatPayMY.official/. Berikut adalah cara mudah pengguna boleh menerima kupon dalam dompet WeChat Pay MY mereka: 


· Pertama, log masuk ke laman FB rasmi MY WeChat Pay. Scroll ke bawah di mana anda akan menemui kod bar Hari-Hari untuk diimbas. 

· Imbas kod QR untuk menerima kupon tunai RM5 yang anda boleh gunakan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM10. 

· Bagi promo Starbucks, pengguna dapat menikmati potongan sebanyak RM5 daripada harga minuman mereka pada bila-bila masa apabila mereka membelanjakan RM8. Cuma kunjungi Starbucks terdekat dan tebus hadiah anda. 

Cara Menebus Baucar Starbucks dan Hari-Hari Anda 

Starbucks 


Hari-Hari 



Goncang dan Menangi Lebih Banyak Kupon 

Bersempena dengan promosi yang dijalankan dengan Starbucks dan Hari-Hari, pengguna boleh mendapatkan lebih banyak nilai setiap kali mereka berbelanja di kedua-dua cawangan ini. Untuk peluang mendapatkan kupon tambahan bernilai sehingga RM9.90, anda perlu membelanja minimum RM8 di Starbucks atau RM10 di Hari-Hari dan pengguna boleh menantikan Shake Bonus daripada WeChat Pay. 



Setiap kupon adalah sah selama 14 hari dari hari ia diterima dan hanya satu kupon boleh digunakan untuk satu transaksi. Sekiranya seorang pengguna mengumpul lebih daripada satu kupon dalam dompet WeChat Pay MY, kupon yang mempunyai nilai tertinggi akan digunakan terlebih dahulu secara automatik manakala kupon yang akan tamat tempoh dahulu akan digunakan terlebih dahulu jika pengguna mempunyai lebih daripada satu kupon dengan nilai yang sama. 

Bagi mereka yang memenangi kupon, nilai kupon akan ditambah kepada kredit sedia ada mereka dalam dompet WeChat Pay MY. Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah bahawa kupon akan tamat tempoh jika pengguna tidak 'membuka' kupon tersebut. 

Bagaimana Cara Untuk Menikmati Shake Bonus 



Hantarkan ‘Duit Raya’ Kepada Insan Tersayang Anda Melalui WeChat Pay MY 

Sama ada pengguna berada di sini atau di luar negara, mereka masih boleh mengekalkan tradisi memberikan 'Duit Raya' dengan ciri dalam-aplikasi WeChat Pay MY. Tiada lagi kerumitan dan tiada lagi kekecohan. Pengguna tidak lagi perlu bimbang mengenai paket Raya apabila segala-galanya kini berada di hujung jari mereka. Ia begitu mudah dan senang sekali: 


Langkah 1: Pilih siapa yang akan menerima Duit Raya daripada anda dan pilih ciri Paket Wang pada aplikasi WeChat anda 

Langkah 2: Masukkan jumlah yang ingin anda hantar dan sertakan mesej khas buat insan tersayang anda 

Langkah 3: Pilih sampul Paket Wang anda 


Langkah 4: Hantarkan Duit Raya anda 

Langkah 5: Penerima kini boleh membuka paket wang mereka dan amaun itu akan ditambah kepada kredit sedia ada mereka 


Mudah sahaja! 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti Akaun Rasmi WeChat (WeChat Pay MY) atau laman Facebook Rasmi WeChat Pay MY https://www.facebook.com/WeChatPayMY.official









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com




No comments :