Tuesday, May 28, 2019

Hanya Semalam Di Lost World Of Tambun, Ipoh.

Hi Korang, 

Sebenarnya trip ni memang tak plan pun lah, tup-tup bila ada orang ajak dan kebetulan plak Mr Big cuti panjang minggu tuh dan kak lily pun tak berapa busy so apa lagi mohlah kite ke Tambun ek. 


Apa di buatnya di Lost World of Tambun bulan-bulan puasa ni kan? 

Tak de faedah sungguhlah.. 

Itu yang orang-orang cakap bile ktorang bagitau nak pi Tambun time puasa, so apa masalahnya. Tak de masalah pun boleh je buat memacam kecuali makan dan minum je hehehhehehe 

Sebab ianya media trip dan ada event launching so haruslah ikut protokol kan, 

Naik bas tidur jelah sepanjang jalan tuh, memang tak terasa pun. Celik mata dah sampai Tambun hah, so apa yang penatnya kan. 

Sesampainye check in dulu lah. 

Ktorang di bilik 351, mengadap pintu masuk Lost World Of Tambun ni. 

cantik bilik, connecting jugak bilik nie


selfie wajib kalau bermalam di hotel kan


white coffee LWOT memang sedap lah

Sangat selesa, sempat tertidurlah kejap. Padahal dalam bas dah tidur kan hehehhee 

muke baru bangun tido semua nie

nampak sangat kan, kengantukannya

So petang tuh, ktorang ada LWOT Tour, alah pusing-pusing dalam themepark tuh, of courselah naik buggy tak kuase ahkak ko nak berjalan tawaf kan. 


sebab nak hujan tuh yang diaorang tutup tuh


tak dapat nak minum kopi kat sini sebab pose kan


glamping, harus kena cuba satu hari nanti

Sempat kitorang singgah di Underwater View area. La ada Juita rupanya. Juita ni merupakan badak air yang kak lily rasa most of the time dia duduk je dalam air dan sekejap-sekejap timbul di permukaan untuk bernafas hehehe 



Harus bergambar dengan Juita ni ek hehehe 


comey kat Hyena ni ek, yang ni betina lupe plak namo ek

sempat bagi zharif zirafah makan ek hehehhee

Selain daripada tuh dapat jugaklah tengok binatang-binatang lain, yelah bila duduk kat KL ni mane ada masa nak tengok binatang cam ni kan so bila ada kesempatan so haruslah jangan lepaskan peluang huahauahua 

seronok makan dengan diorang ni, berebut-rebut hah nak amik lauk hahha

Selepas je perasmian program pemuliharaan burung ‘Kuang Raya’ ni kami berbuka puasa di The Swan Lake area. Haruslah seronok makan di tepi tasik yang tenang dan damai tuh kan, bertambah-tambah diaorang ni makan. 

Lepas makan terus ktorang ke Luminous Forest



baru perasan kasut kak lily glow in the dark ek hehehehe

cantikkan, kak lily suka yang ini. its real

Ini merupakan salah satu tarikan baru di LWOT ni, yelah dulu kak lily pi banyak belum ada lagi, sekarang ni memacam dah ada, rumah hantu pun dah hado hehhehe. Not bad jugak, macam masuk kea lam avatar, penuh dengan lampu warna warni dan bunyi bunyian yang menakjubkan. Sambil jalan sambil bergambar jelah. 

Habis tuh, haruslah lepak di kolam air panas. 

happy semuanya dapat berendam memalam kan

Semua kolam diterjahnya kan sebab nak rasa suhu fit ke tak fit dengan badan. Ada pool infinity lagi, lama gak lepak kat situ dengan adik-adik kuntum ni heheheh 

Most of them melepak jelah kejenya sebab tak de apa nak buat pun kan hehehhe 

By the way, sahur di Lost World hotel sangat awesome. 


nampak menunya, awesome kan

Kitaorang di hidangkan dengan menu kampung di dalam mangkuk tingkat gituh. Ya ampun kalau korang tengok lauk-pauknya ermm awesome, berselera ktorang bersahur. 

cantikkan view..


Kak lily memang lepas sahur tak boleh nak tidur, dalam kul 7pagi tuh. Bangun dan terus kuar pi slow walk area Tambun city ni. Giler ek rumah-rumah kat sini macam istana Takeshi besau-besau belaka dan diroang very friendly ye nyonya kat sini. Selisih jalan semua senyum-senyum siap cakap good morning lagi. 


Balik bilik, hah amik ko tidur sampai check out hahaha nasib dah siap-siap pack semua barang-barang 

dengan adik-adik kuntum, kakak sinar harian, PR LWOT

Thank you for Lost World of Tambun team yang sudi mengajak ktorang berehat semalam di sini ek, hopefully ada lagi jemputan ye hehehhehe


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


1 comment :

sudipVSsenduk said...

bestnya menu sahur.. siap mangkok tingkat lagi. Terbaik la