Wednesday, September 6, 2017

Konsert Terunggul AFGAN & UNGU 2017

Hi Korang,


Ada beri gembira bagi peminat Afgan dan Ungu tau...

Meh baca sini.


Buat julung kalinya, Popcorn Studio akan membawakan bukan satu, tetapi dua gandingan sensasi genre ‘pop/balada’ dan ‘rock/balada’ Indonesia di dalam satu konsert yang pastinya mengegarkan dan ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan.

Konsert Terunggul Afgan & Ungu akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal menampilkan Afgansyah Reza atau Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.

Kali ini dan berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu-lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini. 


Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka mengambil masa dua (2) jam akan menyenaraikan lagu-lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuk Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya digubah semula.


Tidak dilupakan persembahan Kumpulan Ungu yang pastinya akan mencipta mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hari dan Aku Tahu.

Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my dan diskaun sebanyak 20% ditawarkan sehingga 31 Ogos 2017 kepada pembeli terawal tiket Platinum dan VIP.

video credit to : www.nazlannasir.com


Ini merupakan langkah pertama Popcorn Studio Sdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun 2009 untuk meluaskan empayar dan meneroka persembahan muzik peringkat antarabangsa melalui penganjuran konsert ini. Popcorn Studio berpengalaman dalam menganjurkan beberapa persembahan seperti Konsert Raya @Oasis yang menampilkan artis lokal seperti Anuar Zain, Ella dan Man Kidal serta Laugh Die You – sebuah ‘stand up’ komedi menampilkan artis komedi ternama tanah air dan luar negara dalam satu pentas. Antara artis yang pernah membuat persembahan di Laugh Die You ialah Gurmit Singh, Kumar, Douglas Lim dan lain-lain mendapat sambutan luar biasa penggemar ‘stand up’ komedi di Malaysia dan juga Singapura.

Penganjuran konsert ini diharap dapat membawa peminat muzik tanah air menikmati alunan muzik dari sisi yang berbeza dan meluaskan jalinan kerjasama industri muzik serantau selain meninggalkan momen indah buat penonton dan peminat yang hadir.








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


3 comments :

dya bunga said...

menarik ni..dua2 dya minat.. ungu & afgan..

Hasliynda Umairah said...

jom tonton

Siti Rohaida Yusof said...

kita suka suara afghan ni..best.