Tuesday, September 19, 2017

Boleh Order Di PAPPADELIVERY Sekarang Ni, Banyak Pilihan Makanan Tau

Hi Korang,

Sememangnya trend order makanan secara online ni dah ramai orang buat dah, lebih-lebih lagi di bandaraya Kuala Lumpur. Yelah dengan masa lunch yang pendek, tempat makan susah nak parking kan, ini adalah cara yang paling senang dan menjimatkan masa.


Bagi menyelesaikan permasalahan ini, restoran Pappa Rich menawarkan perkhidmatan aplikasi PappaDelivery yang di bangunkan bagi memenuhi permintaan orang ramai kan. Even kak lily pun suka order-order online ni, order di internet then tunggu mengikut masa yang di tetapkan then sampai terus depan pintu. 

Tak ke best tuh kan!!

Tak kira apa jua alasan pun, bila ada perkhidmatan penghantaran ni memang sangat bagus tak kira samada di rumah, di pejabat dan di mana jua pun. Dengan servis penghantaran makanan PappaDelivery ni kita boleh mendapat makanan yang sesuai dan sedap tak kira berapa ramai jua orang. Hanya dengan melayari website PappaDelivery ni, cari lokasi korang, lihat menu makan, mulakan pesanan dan tunggu hingga pesanan sampai. 

Tak ke mudah tuh

Lagi pulak, PappaDelivery menjanjikan jaminan bahawa penghantaran makanan sejam daripada waktu pesanan dan pesanan terakhir akan berakhir di antara 9pm - 10pm. Juga terdapat pilihan pra-pesanan

Di antara menu yang sempat kak lily cuba hari tuh, sedap-sedap belaka tau

Pelbagai jenis menu pilihanan makanan


Alasan yang penting untuk korang memilih menggunakan servis PappaDelivery ni , kerana kesemua makananya telah pun mendapat pengesahan sijil HALAL daripada Halal Department of Islamic Development of Malaysia (JAKIM). Setiap bahan-bahan masakan dari PappaRich merupakan hasil daripada barangan berkualiti dan segar-segar belaka.





Pilihan menu terdiri daripada 6 jenis pilihan iaitu:-

1. Nasi

2. Makanan Barat

3. Mee

4. Snek

5. Bakar

6. Minuman

Memacam kan, daripada hidangan klasik hingga ke fusion. Kalau tengok dari website tuh, rasa pening nak fikir yang mana satu nak order.



Kawasan Penghantaran PappaDelivery



Ermm penting jugak informasi ni, yelah kita boleh check samaada lokasi kita ni PappaDelivery boleh hantar ke tak, kang penat-penat order tup-tup tak boleh hantar pulak.

Di antara lokasi penghantaran adalah :

· Ampang
· Jalan Ipoh/Sentul
· Setapak
· Sri Petaling/ Bukit Jalil
· Kepong/Jinjang
· Bangsar
· Ara Damansara
· Kota Damansara
· Batu Caves
· Gombak
· Selayang
· Damansara
· Petaling Jaya
· Bandar Utama
· Cheras

Pesanan minimum bermula dari RM15 termasuk GST dan kos penghantaran adalah RM5.30 termasuk GST.


So apa tunggu lagi, meh check it out di

Website : 
https://pappadelivery.my/

untuk order makanan ek.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com



No comments :