Sunday, September 24, 2017

DASHING Anytime EDT - Khas Untuk Lelaki Ganteng Di Luar Sana!

Hi Korang,

Ada produk istimewa di luar sana untuk lelaki kacak masa kini.

Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari. 


Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja. 

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

Cool
 

Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik korang. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

Active


Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif korang.

Ultimate Kick


Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 

Hattrick


Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. 





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


1 comment :

Eliss Mie said...

laki aku punya yang cool.dari zaman bercinta sampai skang setia dengan cool.