Tuesday, July 18, 2017

Duta 'De’ Space U.F.O' GINTELL Dato’ Jalaludin Hassan

Hi Koramg,

Event weekend lepas ni, haruslah akak lily menghantar wakil untuk cover citer ni ek hehehe

Dato’ Jalaludin Hassan membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di AEON Shah Alam, untuk bertemu dengan para pelanggan GINTELL untuk melancarkan kerusi urut terbaru GINTELL De’ Space U.F.O.


Bersempena dengan pameran kesihatan ini, GINTELL telah menjemput duta GINTELL Dato’ Jalaludin Hassan untuk menyertai pameran kami pada 16 July 2017, jam 3 petang untuk berinteraktif dengan pelanggan. 

Nikmati Gaya Hidup Lebih Sihat dengan Pelan Peningkatan Kesihatan 8 Hari

Memperkenalkan kerusi urut GINTELL DeSpace UFO, pengurus kesihatan yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif! Pelan Peningkatan Kesihatan 8 hari, yang merangkumi kerusi urut istimewa ini, dirangka untuk membantu anda dan orang tersayang untuk kembali sihat, cergas dan menikmati gaya hidup yang lebih menyeronokkan!

Program Hari #1: Pengaktifan

Kerusi urut GINTELL De'Space UFO menawarkan kaedah pemulihan yang meningkatkan kesihatan anda dengan merangsang 26 titik akutekanan pada bahagian kaki atau tulang belakang yang menyambungkan ke semua saraf organ utama di dalam tubuh, sekali gus menyelaraskan semua fungsi organ. Kerusi urut ini dilengkapi dengan Teknologi Sistem i-Sensing yang pertama di dunia. Teknologi ini menggunakan MRS atau sensor robotik berbilang, untuk mengukur bentuk badan, panjang kaki dan betis anda (pengesanan ketepatan) secara automatik bagi menghasilkan urutan yang paling tepat dan realistik di samping menawarkan sensasi urutan 360˚.

Program Hari #2: Detoksifikasi Tubuh

Toksin adalah penyebab utama kepada pelbagai penyakit kronik. Semakin banyak toksin yang terkumpul dalam badan, semakin sukar proses detoksifikasi. Kerusi urut GINTELL De'Space UFO dengan teknologi inovatif Quad 3 Roller Balls, mengurut secara menyeluruh dan intensif untuk menghapuskan toksin dari badan, mengembalikan kesihatan dan melegakan organ-organ detoksifikasi.

Program Hari #3: Memperbaiki Sistem Penghadaman

Makan berlebihan, waktu makan yang tidak teratur dan pengambilan minuman bergas secara berlebihan memberi tekanan kepada sistem penghadaman, yang menjadi punca kepada masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, kembung, ulser peptik dan sebagainya.

Memperkenalkan kerusi urut GINTELL De'Space UFO, satu-satunya terapi urut yang dilengkapi dengan Quad 3 Roller Balls + Aero V-track. Kebanyakan kerusi urut di pasaran tidak dilengkapi dengan teknologi urutan menyeluruh yang meliputi bahagian bawah abdomen seperti yang terdapat pada kerusi urut ini, iaitu bahagian yang paling penting untuk menjamin kesihatan usus. Program Hari Ketiga menunjukkan kesan positif serta-merta kepada sistem penghadaman pengguna.

Program Hari #4: Meningkatkan Sistem Imun

Program Hari Keempat yang melibatkan urutan Zen Shiatsu, merupakan satu bentuk terapi urutan menyeluruh untuk merangsang keupayaan penyembuhan semula jadi tubuh. Quad 3 Roller Balls, yang pertama seumpamanya di dunia direka bersama kerusi urut, telah mencetus fenomena sebagai bola penggelek serba moden untuk menghasilkan urutan yang paling komprehensif serta urutan akutekanan 90% menyerupai urutan realistik.

Program Hari #5: Memperbaiki Sistem Pernafasan

Kami berbesar hati untuk mengumumkan penganjuran Program Hari Kelima, yang juga dikenali sebagai Tai Ji Breath. Program ini berkesan meningkatkan fungsi pernafasan untuk memperbaiki keupayaan bernafas. Di samping itu, seperti juga penyaman udara, kerusi urut ini bertindak membebaskan ion negatif untuk membersihkan udara sekeliling, menambah lagi kelebihan yang ditawarkan oleh Tai Ji Breath.

Program Hari #6: Mengurangkan Stres

Kami turut menyediakan Program VVIP pada hari keenam, dengan objektif untuk mengurangkan tekanan fikiran. Program istimewa ini merangsang urutan pada titik akupunktur yang berfungsi melegakan kesakitan bahu, kekejangan leher, sakit kepala dan migrain. Urutan diiringi dengan muzik yang menenangkan sebagai ciri tambahan yang terdapat pada kerusi urut GINTELL De'Space UFO untuk membantu membina persekitaran yang benar-benar mendamaikan. Anda kini boleh menikmati urutan leher dan bahu yang berkesan di samping ketenangan yang sempurna! Anda pasti akan berasa lebih segar, bertenaga dan lebih ringan!

Program Hari #7: Pengimbangan Hormon (wanita)

Ketidakseimbangan hormon lazimnya berpunca daripada kandungan toksin dalam badan, gaya hidup yang tidak seimbang, tekanan dan sebagainya. Dalam kalangan wanita, hormon yang tidak seimbang sering membawa kepada haid yang tidak teratur, senggugut, sakit kepala, keputihan yang tidak normal dan pelbagai lagi masalah kesihatan.

Memperkenalkan Program Hari Ketujuh, iaitu Program Pinggang & Punggung. Dengan GINTELL De’Space, titik akupunktur dirangsang untuk mengembalikan keseimbangan hormon. Keserian anda kini lebih terserlah, anda lebih bertenaga dan berkeyakinan – impian anda untuk menjadi wanita hebat kini terlaksana!

Program Hari #8: Urutan Penjagaan Tulang Belakang

Postur yang tidak betul (semasa berdiri, duduk dan berbaring) dalam jangka masa yang lama atau kecederaan semasa bersukan boleh menyebabkan anjakan tulang belakang, atau istilah perubatannya, skoliosis dan pelbagai masalah berkaitan seperti sakit kepala, tendonitis, sakit belakang dan sebagainya.

Atas kesedaran tentang kepentingan penjagaan tulang belakang, kami telah merangka Program 180˚ Space Stretch dengan objektif utama untuk membetulkan postur badan yang lemah. Program ini merangkumi regangan memanjang untuk meregang seluruh badan dengan fungsi Beg Udara Titan dan regangan ke bawah untuk unjuran kaki sepenuhnya dengan fungsi Auto Footrest.


GINTELL De’ Space U.F.O

GINTELL De’ Space kerusi urut U.F.O adalah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya GINTELL Dé Space, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa. Penggelek QUAD 3D akupuntur diperkenalkan untuk memenuhi keperluan setiap orang. Ciri-ciri ini memberi urutan wisdomatic yang disesuaikan dengan saiz badan anda. Selain itu, pengesan pintar dengan tepat mengikut titik Akupuntur badan anda yang dapat menyenangkan seluruh badan. Selain itu, Aero V-Trek akan mengikuti setiap lengkung badan anda bagi menyediakan urutan yang persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke paha. Aero V-Trek ini akan membantu melegakan sakit belakang dan pinggang dan melegakan sengal otot. Selain itu, Regangan 180 Space Stretch akan membantu melegakan dan menghilangkan penat anda setelah seharian penat bekerja.

GINTELL De'Space adalah kerusi urut ikonik yang menggabungkan urutan manual dengan teknologi moden, dengan tujuan untuk menawarkan kelebihan bersifat pemulihan – melegakan ketegangan, sakit-sakit badan, kebimbangan dan pelbagai ketidakselesaan minor dan major - secara privasi di rumah anda. Ia memberikan manfaat kesihatan jauh lebih baik berbanding urutan biasa! Selamat datang ke Pelan Kesihatan 8 Hari, pengurus kesihatan anda yang komprehensif!

Untuk maklumat yang terlanjut, hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1800 88 6332 atau layari www.gintell.com, GINTELL MALAYSIA Facebook, Instagram #GINTELLMALAYSIA dan juga GINTELL WeChat.





Kaki Bebel,

LILY

6 comments :

Azian Elias said...

Tell u the truth..masa memula beli, mrmang kemaruk makai nya..lepas tu siap berlapuk kerusi tu you..siann.

nini said...

Tu dia...nama dia ufo...hehe

Shalimar Yusof said...

terbaik ciri2 nyaa.,,.berbalai klu dapt

mamapp said...

Bestnya kalau dpt bawa balik seketul ni

dorsett pink said...

Bestla dato J jadi duta, makin murah rezeki dia.. Beras pun dia duta jugak.. Alhamdulillah

sitirohaida said...

uihhh...dapat letak kat rumah sebiji nik..memang tak keluar la gamaknya...hahahah