Wednesday, July 5, 2017

Wedding Terengganu Style

Hi Korang,

Kita sambung citer yang harituh aku nak sembang tuh.

masa ni pukul 7.00pagi simpang nak masuk Gemas

Masa raya kelima (khamis) tuh kitaorang sekeluarga ke Terengganu untuk hantar cousin aku bernikah dan bersanding, yeah Pantai Timur kami datang dapat jodoh dengan orang sana. Mr Big tak ikut sebab dia tak boleh cuti hahahha padan muke tak dapat ikut, tapi memang tak sangka nak kahwin dah budak apiz ni yelah dulu-dulu aku selalu tarik2 pipi dia sebab comey sangat..

Kitaorang mulakan perjalanan pukul 6.30pagi camtuh dari Melaka.

bukak bekal untuk sarapan

Ikut jalan lama, lalu Gemas, Segamat, Muazdam, Gambang then terus nak highway LPT2 sampai ke toll penghabisan sekali iaitu Plaza Toll Kuala Terengganu. Lepas isi minyak kat Gambang naik highway then berhenti rehat di RnR Kuantan, apa lagi bukak bekal lah. Mak siap masak rending, mee hoon, nasi impit, kuah kacang dan sambal sotong. Hah berselera semua orang makan yelah time tuh hujan renyai-renyai pulak.

menu makan tengahari pulak di homestay kampung tok jiring ni

masukkan telur rebus

ICT - ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung


Sampai Kuala Terengganu kul 11.30pagi ermm just nice lah. Lepak kat homestay yang pihak pengantin perempuan sediakan, lepas makan terus tidur dulu sebab penat kot aku drive sorang dari pagi tadi. 

Petang tuh ingat nak jejalan cari ICT ermm sudahnya terlajak tidur sampai ke senja, nak ICT apo kan!!

Hari jumaatnya hari pernikahan dan persandingan Hafiz dan Ainul.

cara ikat sampin orang kawin, aku pun tak reti hehehe

bersama rombongan mak ngah

makcik aku

keluarga pengantin lelaki, mak usu aku

tokeh karaoke bersama isteri tercinta

majlis akad nikah

Nikah 10.30 pagi kat rumah pengantin perempuan, masa kitaorang sampai tuh dah ramai orang dan orang makan pun ada gak so dalam hati ingat makan sarapan pagi ermm salahnya rupanya menu lauk orang kahwin ye. Sekejap je masjlid pernikahan tuh, tok kadi sampai tanya 1-2 soalan, sign borang dan nikah ermm sekali lafaz je. Abis tuh terus je pi makan, kebetulan memang lapar nasi so makan kaw-kaw, terlupa pulak ambil gambar makanan dan lauk orang kahwin diaorang tak sama dengan lauk tempat kita ek, tak de nasi minyak nasi putih dan lauk-lauk kampung tak de lah manis sangat bolehlah adik aku si Boy tuh telan. 

kemain lagi adik aku ni ek, perasan ensem lah tuh

muka happy dapat makan

3 beradik

simple je hantarannya

Lepas makan balik ke homestay untuk rehat, yelah time solat jumaat tuh.

Hantar je orang-orang lelaki ke masjid, kitaorang orang pompuan ni kengkonon nak jejalan pi beli kerepok lekor dan beli barang masak sket ermm jangan tak tau kedai-kedai di Terengganu ni tutup ye even Mydin dan Giant yang beso pun tutup. Dah rasa cam kat Madinah dan Mekah pulak kan, memang ye kedai-kedai tepi jalan tuh tutup dengan kain gituh je. So nak beli apa, pusing jejalan dan balik rumah yolah.




Pukul 2.30petang, kami gerak ke rumah pengantin perempuan untuk acara persandingan. Wow wei pengantin naik kereta kuda ye. Hebat tak?? Kagum aku tau, walaupun majlis kawin nye sunyi sepi tanpa karaoke tapi ada kereta kuda wah memang betul-betul impress dibuatnya. Masa sanding pun tak de acara merenjis tau, just pengantin bersalam dengan tetamu dan bergambar itu je.

Balik tuh, kemas-kemas barang then terus bergerak ke Kuantan.


Sebab malas nak drive direct dari Kuala Terengganu ke Melaka, aku dah siap-siap booking homestay di Kuantan, Damai Homestay. Selesa homestay ni dan murah pulak tuh nanti aku kongsikan di lain entry. 





Balik ikut jalan pantai ni memang seronok berhenti-henti sebab shopping keropok lekor, makan ICT, lepak tepi pantai kan, sudahnya dari pukul 7.00malam kat Marang sampai Kuantan dalam pukul 10.30malam. Betul-betul flat dah badan, yelah lalu jalan lama, lalu kampung-kampung orang, jalan 2 hala je so memang lambatlah sampai. 


Sampai homestay, mak masak dulu then bagi kitaorang makan. Lepas makan semua kepenatan then lepak tidur. 

Esoknya (sabtu), kemas-kemas barang then tinggalkan Kuatan pukul 9.30 pagi cam tuh lalu jalan lama then sampai Melaka pukul 12.00tghari. 

Yang bestnya trip ni, kitaorang langsung tak tempuh jem teruk. Smooth je perjalanan, stop-stop kat traffik tuh biasa lah but still tak jem. Maybe berkat bawah parents berjalan kot hahahahaha


Sekali sekala bawa family jejalan memang seronok, memang spend quality time betul. Ayah aku sentiasa buat lawak je dalam keta itu yang langsung tak de rasa ngantuk masa drive. 

Alah nak jalan jejauh belum mampu lagi so jejalan dalam Malaysia sudahla ye



Dari 


lily



9 comments :

Sheila Adziz said...

wow... seronok n meriah nya... selamat pengantin br buat mempelai... sedap make colek ter

Kakcik Nur said...

Semoga berpanjangan jodoh pengatin hingga ke syurga dan hidup dalam aman bahagia...

ZSeronok berjalan-jalan bersama keluarga. :)

Azian Elias said...

bestnya pengantin.. naik kereta kuda.
cantik pulak tu kereta kuda nya tu.

Ainim Suju said...

selamat pengantin baru buat anak saudara akak

ietams said...

memang ye kenduri kat ganu sunyi sepi..
tu belum lagi bahgian asing laki pempuan time nak makan kenduri.
awkward wehhh kite ni setiap kali attend kenduri belah sana.

Amanda Suria said...

Macam seronok je...macam best jer pi Trengganu..nak plan gak la bawak mak abah....

nini said...

Cantiklah backdrop dia tu tau...

shalimar yusof said...

fuhh..memg penat laa jauh perjalanan kak...

Siti Rohaida Yusof said...

tak aci,pengantin naik kuda,kita naik penat...hahahaha...
seronok makan gulai nih