Sunday, July 9, 2017

Suka Pulak Dengan Perfectly Matte Lipstick Dari Avon

Hi Korang,

Lipstick memang menjadi aset yang penting bagi aku yang pemalas nak makeup bila pi kerja ni. Yelah at least muka nampak bercahaya sket kan hehehehhe

Lipstick pun kena pilih jugak yang sesuai dengan bibir kita, kalau tak betul pilih kang baru 2-3 jam pakai dah hilang dari bibir huahauhauha 

So kenalah cari lipstick matte yang tahan lebih lama kan


Memperkenalkan Perfectly Matte Lipstick diformulasikan secara esklusif dari 100% matte tulen agar bibir tampak lebih terbentuk dan bebas kilau serta lebih va-va-voom!

Pilih tema warna kegemaran untuk gaya matte kesukaan anda. Gincu Avon Perfectly Matte membawakan korang  12 warna baru yang sesuai untuk setiap mantra gaya personaliti anda. Jadi apa yang korang tunggu lagi? Pilih untuk jadi paling matte antara semua dengan Avon Perfectly Matte Lipstick!


Turut bekerjasama dalam pelancaran ini ialah jurumekap selebriti Avon, Ayangkamell yang turut mendemonstrasi nilai bebas-kilau yang tinggi pada Avon True Color Perfectly Matte Lipstick berbanding gincu matte jenama 'M' kepada pelanggan dan rakan seindustri.

"Gincu ini juga mempunyai kemasan licin yang boleh dipekat dengan setiap sapuan, malah tidak merekah atau merebak. lnilah jawapannya untuk mengecapi rona-rona matte berpigmen tinggi yang kekal sepanjang hari... inilah keselesaan ulti-matte!"


Menurut Ayang, kehebatan gincu matte Avon jelas dilihat pada kelancaran liputan matte pada bibir yang tidak merekah atau bercapuk demi keselesaan berpanjangan.

Avon juga turut teruja untuk melancarkan rangkaian mekap terbaru - Avon True Color- yang terdiri dari barangan wajah, mota dan bibir yang sesuai untuk tona kulit Asia. Dirumus oleh ara saintis di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Avon di Suffern, New York, rangkaian baru ini menjanjikan warna dan kemasan yang mudah digunakan, tahan lama dan kekal anggun untuk wanita masa kini.

PALING MATTE ANTARA SEMUA Memperkenalkan Perfectly Matte Lipstick dari Avon, True Color Perfectly Matte Lipstick BARU

• Gincu matte terhebat dari Avon

• 12 warna kemasan licin

• Lebih matte dari jenama pilihan kebanyakan jurusolek profesional

• Sebahagian dari rangkaian baru Avon True Color

• Dilancarkan 1 Mei 2017

• 3.6g, RM23.90 WM I RM27.50 EM setiap satu

• Dapatkannya dari Avon Dealers, Avon Beauty Boutique

ni lipstick lelain keluaran Avon gak tau

Avon Perfectly Matte Lipstick dan koleksi Avon True Color bakal dipasarkan bermula 1 Mei 2017. Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi fallon bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com



Kaki Bebel,


LILY