Tuesday, July 11, 2017

Rawatan Satu Juta Ultherapy® Dari Merz Aesthetics Di Raikan Di Seluruh Dunia

Hi Korang, 


Rawatan Ultherapy® dari Merz Aesthetics merupakan rawatan kulit yang menggunakan teknologi gelombang ultrasonik (ultrasound) secara focus yang mendorong mekanisma semulajadi tubuh bagi membentuk kolagen serta elastin baru kepada kulit disekeliling badan kita. 


Wow sesuatu yang bagus harus di kongsi bersama korang pembaca setia www.ciklilyputih.com tak gituh!! 


Semasa berlangsungnya Health, Fitness and Beauty Expo 2017 di Mid Valley minggu lepas, aku berkesempatan untuk mengetahui mengenai rawatan Ultherapy® dari Merz Aesthetics ni. Seriously selama ni aku hanya tau rawatan laser untuk buangkan lemak di badan ni dan sekarang ada rawatan untuk tegangkan kulit muka, leher dan dada pulak ek. 

Hebat sungguhlah teknologi masa kini!


Sejak pelancaran globalnya pada tahun 2008, Merz Aesthetics berjaya mencapai sejuta rawatan Ultherapy® di seluruh dunia dan rawatan ini adalah satu-satunya yang diluluskan oleh pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (U.S FDA) untuk rawatan penegang-kulit tanpa merusak lapisan luar kulit pada leher, bawah dagu dan kening; Rawatan Uliherapy® juga diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (U.S FDA) untuk mengurangkan garisan halus dan kedutan di bahagian dada (decolletage). 

"Ultherapy® sering diminta di pejabat saya kerana ia bukan-invasif, dan ia merangsang pembentukan kolagen secara semulajadi, dan perubahan secara berperingkat memberi hasil yang boleh dilihat. Oleh itu, rawatan ini telah menjadi kegemaran bagi para wanita mahupun jejaka yang mengunjungi pejabat saya dan bukanlah ,satu kejutan ia mampu meraih pencapaian yang amat mangujakan ini," kata Dr 'Cheok Jia Rhong, Pengamal Perubatan Estetik (Pemegang LCP). 

"Rawatan ini bukan hanya memberi hasil yang mangagumkan, ia juga tidak memerlukan masa pemulihan (downtime) yang lama, sesiapa yang mendapatkan rawatan Ultherapy® boleh melakukan activiti harian seperti biasa sejurus selepas sesi rawatan." 



Rawatan ini menjadi kegemaran para pakar perubatan, kerana teknologi pengimejan ultra-sound DeepSEE™ hak-milik Ultherapy® yang membolehkan para pakar perubatan memantau lapisan tisu yang disasarkan semasa rawatan tepat pada lokasi dan lapisan kulit yang diinginkan di mana tenaga ultra-sound yang yang dikenakan memberi hasil terbaik. Teknologi unik ini disokong oleh lebih dari 50 ujian klinikal, dan lebih dari 60 kertas kajian yang disemak dan diterbitkan, dan lebih 100 daftar hak cipta di seluruh dunia. 

"Kami berasa amat berbangga dengan kejayaan mencapai -sejuta rawatan sedunia dengan Ultherapy®," kata Philip Burchard, Ketua Pegawai Eksekutif, Merz Pharma. "Ultherapy® akan terus menerajui kategori rawatan penengangan kulit melalui inovasinya yang canggih dan teriktiraf, berserta dengan dedikasi para pakar perubatan kami, dan ulasan kepuasan rawatan yang konsisten. Kami mengalu-alukan pencapaian sejuta lagi rawatan yang akan datang." 

Cara rawatan Ultratherapy

Merz Malaysia akan meraikan para pakar perubatan yang memainkan peranan dalam kejayaan Rawatan 1 Juta Ultherapy® (Ultherapy's® 1 Million Treatment) di seluruh dunia.

Rawatan ini hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit dan memakan masa hingga 90 minit sahaja bergantung kepada jenis rawatan yang korang pilih.

Di antara testimoni yang telah di lakukan dengan rawatan Ultherapy®


Untuk maklumat keselamatan dan produk, termasuk kemungkinan kesan sampingan rawatan Ultherapy®, sila rujuk pada Arahan Kegunaan Sistem Ulthera® (Ulthera® System Instructions for Use).




###

Berkenaan Kumpulan Merz Pharma (Merz Pharma Group)

Dengan kira-kira 3,000 pekerja dan 34 anak syarikat, Merz adalah pembekal utama global bidang Estetik dan Neurotoksin. Syarikat persendirian untuk lebih dari 100 tahun, ia terkenal dengan bahagian kajian dan penyelidikan dalamannya, kekuatan kewangan yang tinggi dan kadar pembangunannya yang berterusan. Portfolio produk pemulih dan pengetat kulit yang kurang­ invasif dan bukan-invasif, disokong oleh penghasilan terapi nuerotoksin untuk merawat gangguan pergerakan neurologi. Ubatan OTC, penokok pemakanan dan produk jaga kulit juga termasuk hasil syarikat ini yang beribu pejabat di Frankfurt, Jerman. Pada tahun fiskal 2015/16, Kumpulan Merz Pharma menjana keuntungan 1,092.9 juta EUR. Maklumat selanjutnya boleh didapati di www.merz.com.



Kaki Bebel,


LILY





2 comments :

dorsett pink said...

Wow! Menarik ni.

Btw, tq sebab singgah blog saya

mamapp said...

Wow menarik ni