Wednesday, July 19, 2017

Makan Malam Di MENATE Bangi Lagi

Hi Korang,

Memang masalah negara kalau tak de idea nak makan malam kat mana kan!!

Siapa setuju dengan aku, meh angkat tangan wie..

Lagi satu masalah, kalau ko dah plan nak pi makan kat kedai yang menjadi favourite korang then bila sampai depan kedai eh boleh pulak dia tutup so ini menambahkan lagi sakit kepala nak kena cari kedai makan yang lain pulak.

Kalau tak makan lapar pulak malam-malam nanti.

So kesnya minggu lepas lah, disebabkan masing-masing balik lambat so haruslah makan sajor diluar. Of courselah kitaorang akan ke kedai cina muslim Haslinda Sim kat seksyen 9 ni sebab senang dan malas nak fikir dan cepat je diaorang masak. 

Sekali ko tutup!!

Aduiyai pening balik nak fikir tempat makan yang lain pulak. So pusinglah kawasan ni, ermm Abdullah Chan penuh, wadihana tak berapa sedap sekali pusing depan nampak pulak kedai makan Menate ni so malas nak fikir terus je parking. 

Orang tak ramai lagi sebab baru je abis solat maghrib so kedai ada banyak tempat kosong lagi, sesampai je terus pi kat tempat diaorang display daging tuh. Pilihlah daging apa nak makan, aku of courselah daging sirloin and Mr Big teringin pulak nak makan ikan so dia pilih seabass (siakap) seekor. 

Lepas pilih daging dan ikan terus duduk dan tunggu sampai berjanggut hehehehe tak berjanggut pun lah sebenarnya, aku rasa dalam 15 minit kot kitaorang tunggu.

Inilah dia

Sirloin Steak

Medium well je sebab aku tak suka makan daging kering-kering nanti tercekik ooo biar juicy sket baru awesome.

Seabass Grill

Hah amik ko seekor ikan siakap Mr Big makan sorang, memula tuh muka tamak haloba sangat cam kedekut nak bagi aku rasa kemudian baru nak offer kat aku cisss… kecik ati mak nok..

orang kedekut yang amat memulanye

seronok tuh dapat makan sedap

Haruslah aku punya licin kan sebab memang favourite aku but Mr Big tak larat nak abiskan, lagipun sebelum tuh dia melantak mashed potato semangkuk bagai.

Sudahnya kenalah RM103.00 untuk 2 main course, mushroom soup with bread, extra mashed potato semangkuk, nasib air free

Balik dalam kenalan senyummmm




Kaki Bebel,

LILY





4 comments :

Amanda Suria said...

CLP!!!ko kejam la nokk....adehhhh...kenapa la tengok time ni....

Anis Azalea said...

Selalu makan kat Me'nate Ampang je.

mamapp said...

Sedapnya melingakar ikan siakap Tu dgn steak Tu pun nampak sedap. Boleh try lah menate kt Shah alam nanti

dorsett pink said...

Saya stay kat bangi, tapi kalau nak makan menate, sy makan kat KL samaada kat ampang atau kat setapak. Hehe. Saja nak jalan2pusing kl