Hi Korang. 
Memang kita tak pernah nampak dan perasan lagi sos spagethi atau pasta yang berperisa asia kan, selalu nampak sos tradisional macam Bolognese, carbonara dan fettucine je. 
Itu dulu, sekarang tidak lagi.. 
Hari tu aku sempat ke majlis pelancaran produk terbaru Kimball ni, ishk nasib baik amik cuti sebab event berlangsung di SOGO, KL. TEFAL dan SOGO selaku sponsor/penaja bagi majlis pelancaran Kimball’s Asian Pasta Sauce ni tau. 
Meh lah aku citer ek mengenai majlis ini. 
Kimball, salah satu  jenama sos   yang paling popular  di Malaysia, telah  melancarkan  produk  terbaru  Sos Pasta Asia yang pertama. Dalam pelancaran  tersebut,  acara 'Great Pasta Cook-Off' disertai  oleh selebriti   berbakat, Yasmin  Hani  yang  mencabarkan   pemenang  Masterchef Malaysia musim pertama,  Dr. Ezani Farhana Md. Monoto untuk  pertandingan memasak. 
Seawal tahun  70-an, Kimball telah  mula melancarkan  pengeluaran  produk pertamanya  iaitu sos tomato, diikuti dengan  pelancaran sos cili. Kini, jenama Kimball sedang menikmati kedudukan sebagai salah satu jenama yang terunggul antara  kalangan masyarakat  Malaysia. Ini adalah kerana  Kimball hanya menggunakan  bahan  - bahan  yang bermutu  dan terpilih  untuk  menghasilkan segala produknya. 
Gabungan inovatif baharu di antara timur dan barat yang ditemui di dalam sos pasta Asia ini merupakan keluaran terbaru  produk Kimball. Rangkaian sos pasta Asia ini dijangka akan menerima sambutan  hangat daripada penggemar Kimball di Malaysia. Rangkaian sos pasta Asia Kimball boleh juga didapati  dalam tiga bentuk  perisa  iaitu  Tomyam, Kari dan  Rendang. Konsep disebalik  rangkaian inovatif ini adalah untuk memberi penjimatan  masa , lebih-lebih lagi cara baru kepada pengguna dari segi penyediaan makanan dan pemaskan. 
Dalam acara yang mendebarkan  ini, pemenang Masterchef Malaysia Musim Pertama,  Dr Ezani dan  Yasmin Hani, pelakon  Malaysia yang digemari  ramai, bertanding  dalam  Cabaran  Memasak. Idea  cabaran  ini  adalah  untuk mempamerkan  kemudahan  penyediaan  yang Sos Pasta Asia Kimball memberi kepada pengguna, berbanding dengan ciptaan sos pasta Asia mengunakan teknik konvensional yang merumitkan dan mengambil masa yang lama. 
Para  penonton digalakkan untuk membantu Yasmin Hani dalam penyediaan hidangan pasta  Asia yang menggunakan  kaedah  lebih lama, berbanding  Dr Ezani yang menggunakan Sos Kimball Pasta Asia yang menggunakan kaedah 3-langkah yang lebih mudah. 
"Idea  di sebalik  Sos Pasta  Asia Kimball adalah  untuk  memanfaatkan  rakyat Malaysia dengan pilihan rankaian  makanan  yang lazat dan inovatif untuk kemudahan memasak mereka. Kami sedar  bahawa kebanyakan para pelanggan kami,  terutama   ibu-ibu  di  Malaysia,  sering   mempunyai  masalah   mencari inspirasi untuk menghasilkan hidangan baru untuk keluaraga mereka. Oleh itu, sos  pasta  Asia kami  menggabungkan  kebaikan  dari  Timur  dan  Barat," kata Stephan Vilquin, Pengarah Pemasaran Campbell Asia Tengara. 
Siapa yang menang? 
Of courselah Dr Ezani yang menang sebab menggunakan 3 langkah mudah dengan Sos Kimball Pasta Asia tu lah. Yelah kalau aku pun, of courselah pilih yang mudah lagi cepat dan sudah semestinya sedap.
Sudah pastinya ktorang dapat merasai sendiri kesedapan masakan Dr Ezani menggunakan sos pasta Kimball ni, memang betul-betul sedap sampai 2-3 kali aku tambah ek. 
Jom layan video ni iaitu semasa acara 'Great Pasta Cook-Off' tu kan,
Ada 3 tiga rangkaian Kimball Sos Pasta Asia iaitu
Sos Spageti Tomyam (350g)
Sos Spageti Kari (350g)
pada harga RM4.95 sebotol. Boleh di gunakan terus mahupun kita boleh tambah lagi bahan-bahan yang boleh menyedapkan lagi masakan pasta korang kan.
Untuk info lanjut, korang boleh check it out kat sini ek http://bit.ly/KimballFB
Untuk info lanjut, korang boleh check it out kat sini ek http://bit.ly/KimballFB
 
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)
.jpg)
 
 
8 comments :
boleh mencuba ni...selalu beli prego je...
nyumehhh
menarik jugak sos perisa ala malaysia nie... boleh beli - tambahan pula spagethi ni kat menu ringkas kan
dah dekat sangat ngan opis saya ni...hehehe
wow perase kari, rendang dan tomyam.....terbaik laa cik lily...lieya suke yg pedas..selalu buat mmg tumis cili kisar sikit...so lepas ni leh laa try jenis kimball nie....teruja plak lieya.....nak cari le kat alamanda aeon big karang...
eksaited nak rasa yang rendang tu. hihihi
Rendang?! I wonder how it tastes like haha
I love spaghetti! I should buy more during promo time! :D
Post a Comment