Tuesday, April 7, 2015

Majlis Pelancaran ‘KIMBALL’ Sos Pasta Asia Pertama Di Malaysia

Hi Korang. 



Memang kita tak pernah nampak dan perasan lagi sos spagethi atau pasta yang berperisa asia kan, selalu nampak sos tradisional macam Bolognese, carbonara dan fettucine je. 

Itu dulu, sekarang tidak lagi.. 


Hari tu aku sempat ke majlis pelancaran produk terbaru Kimball ni, ishk nasib baik amik cuti sebab event berlangsung di SOGO, KL. TEFAL dan SOGO selaku sponsor/penaja bagi majlis pelancaran Kimball’s Asian Pasta Sauce ni tau. 

Meh lah aku citer ek mengenai majlis ini. 




Kimball, salah satu jenama sos yang paling popular di Malaysia, telah melancarkan produk terbaru Sos Pasta Asia yang pertama. Dalam pelancaran tersebut, acara 'Great Pasta Cook-Off' disertai oleh selebriti berbakat, Yasmin Hani yang mencabarkan pemenang Masterchef Malaysia musim pertama, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto untuk pertandingan memasak. 

Seawal tahun 70-an, Kimball telah mula melancarkan pengeluaran produk pertamanya iaitu sos tomato, diikuti dengan pelancaran sos cili. Kini, jenama Kimball sedang menikmati kedudukan sebagai salah satu jenama yang terunggul antara kalangan masyarakat Malaysia. Ini adalah kerana Kimball hanya menggunakan bahan - bahan yang bermutu dan terpilih untuk menghasilkan segala produknya. 

Gabungan inovatif baharu di antara timur dan barat yang ditemui di dalam sos pasta Asia ini merupakan keluaran terbaru produk Kimball. Rangkaian sos pasta Asia ini dijangka akan menerima sambutan hangat daripada penggemar Kimball di Malaysia. Rangkaian sos pasta Asia Kimball boleh juga didapati dalam tiga bentuk perisa iaitu Tomyam, Kari dan Rendang. Konsep disebalik rangkaian inovatif ini adalah untuk memberi penjimatan masa , lebih-lebih lagi cara baru kepada pengguna dari segi penyediaan makanan dan pemaskan. 



Dalam acara yang mendebarkan ini, pemenang Masterchef Malaysia Musim Pertama, Dr Ezani dan Yasmin Hani, pelakon Malaysia yang digemari ramai, bertanding dalam Cabaran Memasak. Idea cabaran ini adalah untuk mempamerkan kemudahan penyediaan yang Sos Pasta Asia Kimball memberi kepada pengguna, berbanding dengan ciptaan sos pasta Asia mengunakan teknik konvensional yang merumitkan dan mengambil masa yang lama. 



Para penonton digalakkan untuk membantu Yasmin Hani dalam penyediaan hidangan pasta Asia yang menggunakan kaedah lebih lama, berbanding Dr Ezani yang menggunakan Sos Kimball Pasta Asia yang menggunakan kaedah 3-langkah yang lebih mudah. 


"Idea di sebalik Sos Pasta Asia Kimball adalah untuk memanfaatkan rakyat Malaysia dengan pilihan rankaian makanan yang lazat dan inovatif untuk kemudahan memasak mereka. Kami sedar bahawa kebanyakan para pelanggan kami, terutama ibu-ibu di Malaysia, sering mempunyai masalah mencari inspirasi untuk menghasilkan hidangan baru untuk keluaraga mereka. Oleh itu, sos pasta Asia kami menggabungkan kebaikan dari Timur dan Barat," kata Stephan Vilquin, Pengarah Pemasaran Campbell Asia Tengara. 

Siapa yang menang? 


Of courselah Dr Ezani yang menang sebab menggunakan 3 langkah mudah dengan Sos Kimball Pasta Asia tu lah. Yelah kalau aku pun, of courselah pilih yang mudah lagi cepat dan sudah semestinya sedap.




Sudah pastinya ktorang dapat merasai sendiri kesedapan masakan Dr Ezani menggunakan sos pasta Kimball ni, memang betul-betul sedap sampai 2-3 kali aku tambah ek. 

Jom layan video ni iaitu semasa acara 'Great Pasta Cook-Off' tu kan,


Memang sangat-sangat meriah lah. Penuh dengan gelak ketawa sambil dapat makan kan. Ktorang bloggers lagilah happy dapat berselfie dengan selebriti yang gorgeous ni.

Ada 3 tiga rangkaian Kimball Sos Pasta Asia iaitu


Sos Spageti Rendang (350g)
Sos Spageti Tomyam (350g)
Sos Spageti Kari (350g)


pada harga RM4.95 sebotol. Boleh di gunakan terus mahupun kita boleh tambah lagi bahan-bahan yang boleh menyedapkan lagi masakan pasta korang kan.

Untuk info lanjut, korang boleh check it out kat sini ek http://bit.ly/KimballFB

So apa lagi, mehlah dapatkan di pasaran terdekat dengan korang ek




9 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

boleh mencuba ni...selalu beli prego je...

AyuArjuna BiGoshh said...

nyumehhh

hazman fadzil said...

menarik jugak sos perisa ala malaysia nie... boleh beli - tambahan pula spagethi ni kat menu ringkas kan

Alin Marlini said...

dah dekat sangat ngan opis saya ni...hehehe

lieyalatif said...

wow perase kari, rendang dan tomyam.....terbaik laa cik lily...lieya suke yg pedas..selalu buat mmg tumis cili kisar sikit...so lepas ni leh laa try jenis kimball nie....teruja plak lieya.....nak cari le kat alamanda aeon big karang...

Inani Hazwani said...

eksaited nak rasa yang rendang tu. hihihi

Diana Rashid said...

Alhamdulillah..saya dah beli ketiga2 nya..heheheh...mudah nak masak..anak2 cerewet..nak yang sedap2 je..jadi guna je la cara paling mudah..hahahha

Isabel Lee said...

Rendang?! I wonder how it tastes like haha

*JacQueliNe* said...

I love spaghetti! I should buy more during promo time! :D