Monday, April 20, 2015

Menu Makanan Ketika Demam

Hi Korang,


Kan aku demam teruk hari tuh yang sampai blog tak berupdate berhari-hari. Ermm walaupun rehat kat umah je tapi satu apa pun tak boleh nak buat. Yelah sana sakit sini sakit situ sakit.

Bila dah sakit, nak makan apa pun tak lalu sebab nak menelan tu tekak sakit so kekadang aku tak makan apa pun. Sampai Mr Big paksa jugak makan walaupun sket, kang makan ubat je menda lain tak makan sebu pulak perut nanti. 

Nak masak pulak, kekadang tak kuat lagi jawabnya ke kedai sajor lah. Beli apa yang tekak agak-agak teringin nak makan so order je. Tapi rasa 2-3 suap sudah tak abis pun, itu yang Mr Big bising tuh. Last-last masak je apa yang ada kat umah. Aku tukang mengarah jelah masuk apa, masuk apa kan so Mr Biglah yang masakkan. 

Di antara menu makanan pilihan ketika musim demam ni adalah

Sup Ayam

Tak kisah bahagian mana pun, janji sup ayam. Makan pun panas-panas ermm hirup cam tu jelah kan. Letak kentang sket, memang jalan terus je makan depan tv

Teh O Panas

Bagi aku, segala air panas memang melegakan time demam-demam ni, badan dah seram sejuk pekena plak air panas ermm sangat-sangat menyegarkan.

Buah Citrus

Orange memang aku beli sebab juicynya buah tu kan. Air dia tu consider dapat menghilangkan haus tekak tuh. Lagipun buah-buah yang bercitrus ni kana da vitamin C kira cam ubat gak lah.

Bubur Nasi

Tak kira bubur ayam ke bibir ikan ke memang wajib makan. Bubur kan nasi yang dilembutkan so senang nak telan tak yah nak kunyah. Letak sket-sket je condiments then terus makan, cepat kenyang makan bubur ni.

Roti

Ini senantiasa standby kat dapur. Tak de selera buat air milo panas ke hah cicah roti. Lega masuk ke tekak. Lagipun bila roti dah kembang dalam air minum tuh, tak yah nak kunyah-kunyahlah telan je terus

hehehehehehhehe teruk benau perangai kan!!

Itulah sebahagian daripada menu aku ketika sakit or demam or flu or panasdalam ermm semua sekali lah. Nak makan pedas-pedas, tidaklah yeop pasti menambah luka je kat tekak kan. Pantang dululah seminggu 2 makanan pedas tuh bukan lari kemana pun kan.

Korang pulak, sama ke menu orang sakit kite ni ek? nanti share-share la sket ye

Anyway, selamat makan korang!

Cik Lily Terfikir : Kalau tak boleh makan langsung camne ek, lagi sengsara!!

pics :credit to google.com 


4 comments :

Farah Waheda Wahid said...

sup ayam dan bubur nasi tu nampak sedap...

hazman fadzil said...

Aku kalau demam kena minum air isotonik macam 100plus , revive ataupun gatorade... tapi kalau bubur skang dah boleh terjah kedai kak laila MMA SANTAI CORNER NILAI kan...

Diana Rashid said...

saya kan kalau demam mesti air yang satu ni saya teringin..masa tak demam tak rasa terliur sikit pun...air sirap makan dengan karipap...heheheh

Macikz konah Ias nur hidayahI said...

pekena singgang ikan pun bagus juga kak. dah sihat ke?