Wednesday, April 22, 2015

Makan Tengahari di BOAT NOODLE Empire Damansara

Hi Korang,


Aku selalu dengar pasal restoran Boat Noodle ni tapi tiada kesempatan untuk singgah ke sini walaupun diorang ni dah banyak outlet kan. Majoriti outlet diorang senantiasa penuh, al maklumlah harga makanannya yang cukup murah kan.


So bila ada kesempatan atas ajakan Leon PR tuh, aku heret sekali blogger ayu dan blogger ruby sekali ikut pi makan di Boat Noodle ni. Ktorang pi yang kat Empire Damansara punya, lepas abis event Talent Lounge terus je ke mari, alah sebelah building je.





Boat Noodle ni adalah merupakan ‘Thai street-food’ yang diilhamkan daripada peniaga-peniaga kecil di atas sampan di sungai tengah Thailand ni. Disebabkan rasa yang unik dan cara hidangannya agak special, so mereka membawa konsep mee sampan ini ke Malaysia.



Jom tengok apa yang menjadi hidangan ‘signature dish’ di Boat Noodle ni ye.

Ice-Blended | RM 8.90 
Ice Tea/Coffee | RM 6.90

3 beradik Cha Yen, Kaffe Yen or Cha-Keow-Yen, antara minuman yang menjadi pilihan bagi pengunjung setia Boat Noodle. Of courselah coffee menjadi pilihan aku. Rasanya sangat unik setelah dijadikan ice-blended. Pure, pekat semuanya cukup

Ice-Blended Coconut | RM 8.90

Minuman ini memang sangat disyorkan kepada pelanggan Boat Noodle. Rasa enak sari buah kelapa pandan asli, dikisar bersama susu dan ais. Terutama jika menikmatinya di musim cuaca panas, minuman ini benar-benar memberi kesegaran. Hah minum bercawan-cawan gamaknya.




Inilah dia hidangan utama dan popular di sini iaitu mee beras. Kita boleh pilih hidangan kuahnya samada ayam atau daging, atau lebih di kenali Pathumthani or Ayutthaya. Memanglah nampak sket sebab portionnya begitu. Kita boleh tambah dan tambah dan tambah lagi sampai kenyang. Tapi kalau aku 3 mangkuk pun dah cukup dah sebab rasanya cam dah bermangkuk-mangkuk aku makan kan. 

Grill Beef Meatball | RM 5.90

Rasa dagingnya yang nampak pejal tapi empuk, bahkan sos Thai juga memberikan rasa yang enak dalam setiap gigitan.

Chicken Meatball | RM 4.90

Tidak ada bezanya dengan hidangan di atas, cuma di sini ada pilihan bagi mereka yang tidak menikmati daging. bolehlah mendapatkan meat ball ayam.

Yum Meatball | RM 5.90

Meatball yang dimasak bersama rencah tomyam. Begitu ketara rasa pedas dan masam. Dan ini antara hidangan yang enak di makan begitu sahaja mahupun sebagai lauk sampingan untuk nasi ataupun mee.

Kra-Pow Chicken Rice | RM11.90

Hidangan epik di negara Thailand yang pasti menjadi hidangan ‘favourite’ Mr Big ni. Daging kisar yang dimasak pedas kicap dan juga "kra-pow" (daun selasih dalam bahasa Thai). Kelainan pada rasa kuah daging ini sendiri, dihidangkan pula bersama nasi (beras siam) dan telur dadar. Kena makan panas-panas, barulah awesome.

Thai Popeye's Tempura | RM6.90

Kira macam tempura gituh. Keranggupan sayur yang digoreng ala tempura. Apatah lagi mempunyai sos pencicahnya yang lain daripada sos biasa yang dinamakan sebagai "Soot-Yot"Ahem, "Soot-Yot" yang membawa maksud "terbaik/ohsem" dalam bahasa Thai memberikan rasa lemak dan pedas memang benar-benar menjadikan menu ini salah satu hidangan unik yang hanya boleh didapati di Boat Noodle.

Yum Woon Sen | RM 13.00

Salah makanan tradisi ala-ala kerabu yang boleh didapati di Thailand kini boleh dinikmati di Malaysia. Rasa masamnya mengagumkan hehehhe terus kenyit mata bila masuk dalam mulut

Yun Mama | RM 8.50

Mee yang digoreng bersama isi ketam, hot dog serta sayuran bersama rencah ala-ala rasa tom yam.

Bangkok Omelet with "Sood Yut" | RM 11.90

Itu bukan telur dadar biasa-biasa tau. Ada pelbagai isi seperti ayam dan sebagainya. Ianya dinikmati bersama kuah khas yang menggabungkan rasa lemak dan pedas (tidaklah berapa pedas). Menu ini boleh diperkenalkan buat anak-anak ya. Confirm anak-anak pasti suka. Alah aku pun suker gak la. Telur dadar kan

Chicken Wings | RM 4.90

Keranggupan kepak ayam dimakan bersama sos Thai.

Ka Num Tuay | RM 1.00

Lepas menikmati hidangan utama, uolls bolehlah mencuba pencuci mulut ini ya. Rasanya seperti kuih pelita tapi ianya versi Thailand yang tekstur agak pejal sedikit.

si adam dah kenyang kan

memain budak ni tau

Hah itulah dia sedikit sebanyak mengenai menu-menu yang ada di restoran Boat Noodle ni,memula ktorang makan nampak cam sket je tapi sebenarnya bermangkuk-mangkuk dan berpinggan-pinggan yang di habiskan. Mana taknya, sambil makan sambil sembang kan haruslah semuanya tak perasan hehehe

Kalau korang rasa yang kat Empire Damansara ni jauh, ada lagi 9 cawangan Boat Noodle di Malaysia, iaitu :-

Empire Damansara, G03a, Heritage Lane 
The School at Jaya One, P2, Same floor as Cold Storage 
Ikon Cheras, G Floor 
Berjaya Times Square, Level 2 
Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a 
Sutera Mall, Johor Bahru, L2-550C 
Gamuda Walk, Kota Kemuning 
Klang Parade, 5th Floor 
D'Pulze Cyberjaya 


Hah pilihlah yang mana satu nak pi ek, alah bukan mahal pun lah harga berpatutan ek. Lepas ni baru aku tahu ada tempat makan sedap dan best di Empire Damansara ek. Kira bolehlah pi singgah lagi kalau ada dekat-dekat situ.


Nak info lebih lanjut, korang boleh check it out di

Ermm selamat makan korang !

Cik Lily Terfikir : alangkah bestnya kalau kedai boat noodle ni ada kat depan mata ek, rasa sekarang gak nak terjah.



13 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

kita pun terfikir benda yang sama..

AyuArjuna BiGoshh said...

comel adam :)

Fisya said...

Oh sedapnya boat noodle..Bla nk dpt repeat lg ni..Mkn 4 mngkuk blm tntu ckop..Haha

hazman fadzil said...

Lepak makan kat sini sambil layan teh ais dia ... memang layan woo....

yana yassin said...

memang sedap , paling suka kra pow dia . Maybe sebab tekak suka pedas. Tapi kecewa lah kalau pi blended mesti takde . apa daaaa, masa review semua ada .

Macikz konah Ias nur hidayahI said...

tak yah tengok gambar adam lah... daripada jauh saya dah kenal tu mulut kak ruby aahahahhahahahahahahaha. kak ruby aku mencarutkan kau kat dalam ni.

wahida said...

wow...i mmg tgh cari org review pasal boat noodle ni...tq beb!!

esok nak terjah!!

Diana Rashid said...

makanan thai ni memang kena je dengan tekak kita orang malaysia..kan?/saya kalau di beri pilihan saya lebih suka makanan thai berbanding masakan melayu..

Izzati Amira said...

aigoo cik lily... pergi boat noodle tak ajakk.. teringin jugak nk kesana... belum ade kesempatan lagi... hmmmmmm.

semua gambar2 tu buat kecur je!! huwaaa

Innanie Ariffin said...

hoii lapar lah kak lily!

peace289 said...

boleh tahan murah hargenye.. aduh.. terliur nih...

aKSARAfENDI said...

baru smlm pekena mee kat boat noodle d'pulze cyber..sdap sgt kuah mee tu.

Cekgu Norazimah said...

Tergodanya tengok ! Nak try outlet baru dekat kota kemuning la