Thursday, April 2, 2015

Nervous Sewaktu Penggambaran Rancangan RTM - MENU KITA

Hi Korang,


Nampak macam aku ni pot pet pot pet bila jumpa kan tapi bila orang duk perati je kita terus jadi panic sebenarnya. Aku ni bukan attention seeker so sifat mengelabah tu senantiasa ada je. 

Masa kak Linda PR RTM tu call, cuak kejap di buatnya. 

Mana pulak diorang ni dapat contact kan, la rupanya blogger Kuat Makan Putrajaya yang rekemen. Settle buat appointment dan datang je pada masa yang di janjikan.


Untuk shooting episod Char Kuay Teow di Rancangan terbitan RTM – Menu Kita ni, lokasi shooting di Sham Char Kuay Teow Seksyen 19 Shah Alam. Nasib baik datang ngam-ngam on time, kalau tak mesti kena sound kan. 

Untuk review kedai makan ni, nanti aku citer kat entry yang lain ek

Pengacara Brian Masterchef Malaysia dah sampai pun dan stand by untuk shooting, part aku lambat sket so bolehlah intai-intai cam ne agaknya shooting tv ni di jalankan ye. Walaupun suasana bising but still boleh je shoot ek.

comel plak bahasa dalam skrip ni ek

Sementara tuh, aku kena baca skrip as a guideline. Tak yah ikut 100% pun just kembangkan ayat dan be kreatif. Hah ko, duduk bertakafur kejap ek. Muka nampak rileks je tapi dalam camera nampak cemas hahahaha


Masa rehearsal tuh, 2-3 kali asyik tersasul je, info semua out. Sampai kak linda kena tulis kat kertas besar-besar nak suruh aku ingat semua fakta mengenai makanan tu ek. Lagi satu, rancangan RTM ni mesti kena guna bahasa melayu tak boleh mix language dengan English so ikut lagi kelam kabut tuh.


Bila start shooting tuh, rasa smooth je. Langsung tak de apa problem, cakap pun teratur. Senyum manjang cume jeling-jeling kat kertas info tu je sekali sekala. Sampai Brian cakap, sekali take je. Gilors kentang kan, kalau berlakon telemovie ni sekejap je siap. 

Nasib baik masa shooting makan tak de audio kan, kalau tak lagi serabutlah dengan muka terbobar aku, makan comot lagi kena baju ishkk.. kelakar lah. Part interview nasib baik aku kena 1 soalan je, so senang sket nak hafal hehehehe. Shooting berakhir sebelum kul 4pm hah memang lega lepas tuh coz tak sabar nak balik office sambung kerja balik.

masa ni Brian dah balik coz dia ada shooting tempat lain plak

Ini pengalaman yang menyeronokkan bagi aku lah walaupun rasa nervous tu hado. Walaupun slot bersama blogger tu rasa untuk 15 minit je tapi shootingnya makan masa berjam-jam. Terus terfikir rupanya cam ni para pelakon di set penggambaran ek. Panas, letih, haus, lapar semua rasa ada dan yang paling ditunggu sekali bila producer cakap its a wrap !.. maknanya kerja siap dan boleh balik.

Nanti aku bagitau bila rancangan MENU Kita ni akan mula di siarkan di TV1 RTM ye, rasanya dalam waktu terdekat ni. Tunggu je kak Linda tu bagitau ek..

Mesti mak aku terkejut bila tengok tv nanti, dah lah dia tu peminat tegar RTM huhuhuhuuhu…

credit photo : Abg Sham, tokeh kedai tau



15 comments :

Nuriesya Nadia said...

Yeay ! Boleh lepas rindu kat Kak Lily. Boleh tengok Kak Lily kat tv. Wuuuu. :D

tiga lalat said...

Salam. Hee nape mata si Brian tu asek pejam saja., wah gudjob cik kak lily putih dh jd retis terhebat ini. ;p

AyuArjuna BiGoshh said...

akk nak minta sign plis hahahahah

::EIDA:: said...

curlass kak lily!!!!

hazman fadzil said...

Macam best bila dapat skrip tu ....dah bila shoot dan pandang kamera depan mata timbal perasan macam2 kan....dah settle shooting tu point of view bila tengok drama / filem dah lain , betul tak ?

kak bery said...

untunglah makan free dengan persembahan yang menawan..makin kembanglah akak kalau dapat invitation macam nie.

notie said...

wah tahniah... slot ni masa bila ye? Kalau time pagi waktu kerja.... huhuhu tak boleh lah nak tenguk lily berglemer dalam tv... chaiyok chaiyok

Macikz konah Ias nur hidayahI said...

wah congrats...kak lily muka kau malu ek eheheheheheeheh. apa-apa pun terbaiklah

Amanda Suria said...

Kannn...mmg mula2 nervous...tp bila mood dah ok..sure best..mcm SA dgn Dove sebelum ni...hihihi..

Akak Vitamin said...

Part lauk terhidang tuu memang terliurr. Hehe

Mama Kembar 3 said...

Wahh pengalaman yg berharga tu, congrats!

Unknown said...

Rasa2 nya dah x t lambat dah kot nk keluaq rakaman ni kan??? Hee

Sham Char Kuey Teow 696 said...

Rasa2 nya dah x lambat lagi dah kot nak keluaq rakaman ni kan3??? Heee

Sham Char Kuey Teow 696 said...

Rasa2 nya dah x t lambat dah kot nk keluaq rakaman ni kan??? Hee

Sham Char Kuey Teow 696 said...

Rasa2 nya dah x t lambat dah kot nk keluaq rakaman ni kan??? Hee