Monday, April 27, 2015

REDANG DE RIMBA Pulau REDANG, Seronok Bercuti Di Sini

Hi Korang,


Lambat sangat citer pasal percutian ktorang ke Redang De Rimba ni. Ini first time ke pulau Redang, never in my life tau.

lalu LPT 2, toll free lagi tau

Asalnya dah lama plan nak ke mari tapi masa memang mencemburui aku sungguh, bila nak pi ada je yang menghalang until 1 week before nak pi tuh, terus je buat booking dengan tokeh resort. Sebenarnya tempat ni kepunyaan family kawan aku so dia yang beria-ria ajak ktorang ke mari. 

So pi gak la hujung bulan March hari tuh. Aku rangkumkan dalam 1 entry ek coz malas nak tulis 2-3 entry, letih ooo..

The Trip / Journey

Jadi jumaat tu ktorang bergerak ke Kuala Terengganu. Makan masa 4-5 jam gak, ikut LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) ni memang sangat cepat tapi bosanlah coz pemandangan tengok hutan jelah. Sampai Kuala Terengganu nothing to do so jejalan kat bandar, pi makan kepok lekor dengan ICT itu jelah.

bandar Kuala Terengganu dari dalam feri

amik tiket dulu ek

bersama tokeh pulau resort

Sabtu pagi, ktorang naik feri di Jeti Shahbandar Kuala Terengganu dekat benau dengan Pasar Payang. Parking kereta dalam Jeti Shahbandar tuh then terus jalan kaki bersarapan di Pasar Payang. Pukul 9.30 dah standby kat dalam tempat menunggu coz feri dah nak sampai kan. Tips : Sebaiknya datang awal.. seawal 7.30pagi untuk parking kereta bagi mendapatkan tempat redup.. kalau tak cepat penuh nanti.. dan terpaksa parking di tempat yang panas.

siap plastik muntah tau

nampak tak ombak sampai ke tingkap feri

Feri memakan masa lebih kurang 2 ½ jam. Kebetulan ombak kuat pulak masa ktorang dalam feri tuh, jawabnya feri rasa macam nak terbalik bila di pukul ombak. Bila dah macam tuh, aku pulak pening sapu minyak angin dan tidur je. Ada orang siap muntah-muntah bagai, eee memang kuat. Aku siap buat instavideo pasal ombak kuat ni.


Akhirnya sampai jugak di Pulau Redang besar. Jeti ferinya sempoi bebenau, yelah kawasan kampung nelayan kan. Kat Pulalu Redang besar ni ada 3 je hotel or resort yang besar iaitu The Taras, Pulau Redang Resort dan Redang De Rimba. Homestay kecik-kecik memang banyak la

Redang De Rimba Resort


Dah ada orang tunggu pi ktorang kat jeti tuh, terus naik van comey ni. Rupanya Redang De Rimba ni terletak betul-betul dalam kawasan kampung tapi nak ke pantai dekat jugak lah.



cantik kan..

Masa memula sampai, tak sangka aku resort ni cam ni, sebab ianya di bina di lereng bukit. Seriouslah sangat cantik. Tersusun je bilik-biliknya, cuma penat sket kena naik tangga je. But don't worry tangga bukan curam pun. 

Dah layan je gegambar resort ni ek










Kagum kan, kagum kan.. ermm kagum tak..

Sebab tak ramai orang ktorang dapat bilik yang bawah tuh. Actually bilik tu untuk 4 orang tapi pujuk baik dengan tokeh resort dapatlah bilik bawah. Takdelah letih nak panjat ke atas tu kan.



ini bilik untuk 4 orang ye.. tapi ktorang dapat bilik ni

baru sampai muke selenge



ini bilik untuk 2 orang katil queen

bilik katil single

Semua gambar bilik aku amik, senang korang nak refer nanti bila nak bercuti ke mari. Oh ye, nak bagitau lagi ni WiFi sangat awesome. Laju semedang, kat bilik laju, kat tempat makan laju, kat bawah tempat lepak-lepak kat wakaf pun laju. 

Redang De Rimba ni jugak ada Dive Centre, so kalau divers nak menyelam di pulau Redang ni, diorang ada sediakan facilities menyelam gak tau.

Ke Marine Park Pulau Redang.

Apa lagi nak buat kalau bercuti di pulau kan, of courselah mandi laut. Untuk hari pertama tuh, ktorang di bawa ke Taman Laut Pulau Redang. Alah dekat dengan dengan resort ktorang ni but still kena naik boat jugak unless korang nak berenang kann hahahahah 








Sangat seronok main ikan tepi pantai je, memang beli roti sesiap so seronoklah bagi diorang makan. Sampai ada yang gigit jari gak tau hehehehe bestttt..

2nd Day – Snorkeling Trip


Inilah yang di tunggu-tunggu, snorkeling trip yeahhh. Lepas je breakfast ktorang ke jeti balik untuk bermandi-manda dengan ikan comel. Ada 3 tempat snorkeling kalau ikut standard pakej yang di tawarkan di Redang De Rimba ni. Ktorang ke Long Beach, Paku Island dan Kerengga Island.













Ntah aku sendiri tak tau yang mana satu ktorang pi dulu, janji dapat snorkeling sudah. Ya allah, memang sangat awesome ikan-ikan di sini. Jinak-jinak pulak tuh, bagi je makan roti berkerumun datang makan, seronok amik gambar time ni.



Dekat ada pitstop ni, ktorang berhenti di pantai. Specialnya pantai tuh hanya untuk divers je tapi adik jaga boat tu baik bawakkan jugak ktorang kemari. Hah mandi-manda di pantai lagi. Siap jumpa track penyu naik kedarat tau. Agaknya malam semalam diorang naik untuk bertelur kot tapi tak jumpa pulak kat mana diorang tanam telur-telur ni, ishk pandai sungguh penyu nie.


Abis snorkeling trip dalam kul 2 cam tuh.


Lepas makan tengahari, naik bilik mandi dan terus tidur. Penat ooo mengayuh-gayuh tangan berenang kan. Hahahahahaha poyo tau..






Petang tu plak, ada trip ke Teluk Dalam Besar Beach. Dekat je, naik motor yang disediakan. Main-main air sket then terus pusing satu kampung pulau Redang ni. Ala hai cenonet je tempat ni tapi memang menenangkan. Pi makan kapok lekor dan sotong goreng tepung tepi jeti, tengok orang tangkap kambing, selfie di Redang Island Resort sangat-sangat rileks. 

sebelum makan, update dulu kan




sarapan pagi sebelum pi snorkeling




Malam lepas makan, lepak depan bilik menikmati keindahan kampung pulau Redang ni. Kengkonon feeling nak baca buku bagai ermm sudahnya tertidur kat kerusi depan tuh. Sampai bebudak front office ni ajak karaoke kat bawah pun malas kan. Hehehehe

3rd Day – Trip Back to Kuala Terengganu

Ktorang balik first feri pagi tuh kul 6.30 pagi van dah datang jemput. Naik feri kul 7 pagi dan kul 8.30 pagi dah sampai Jeti Shahbandar balik. Sebab ombak tak de cepatlah ktorang sampai kan. Ermm rasa sedih benau nak tinggalkan Redang De Rimba ni sebab tempatnya yang sangat cozy dan peaceful. Tenang yang amat lah. 

Ok nak sambung citer lagi ni. Ktorang pi ikut pakej yang disediakan oleh Redang De Rimba tu sendiri, ni hah pakejnya

nampak muka sama je kan, adik-beradik je jaga resort ni. bagus diorang ni

Pakej termasuk 

Return ferry transfer (Jetty Shahbandar - Jetty Redang - Jetty Shahbandar) 
8 Trip Transportation 
2 Night Accomodation with aircond, hot shower & LED TV Astro 
2x breakfirst, 2x lunch, 2x dinner 
1x snorkeling trip (3 stop) 
1x snorkeling trip (Marine Park) 
1x beach trip 

Semua sekali masa tuh early bird punya harga dalam RM760 untuk 2 orang. Kalau korang pi reramai boleh dapat lagi harga murah dan diorang boleh sediakan BBQ night dinner gak ye. So kena call dan discuss gak la, kalau bagitau korang pembaca CIK LILY PUTIH lagilah special treatment korang boleh dapat. hehehehhe

Hah inilah tempatnya ye


ADDRESS:

Redang De’ Rimba Resort
Lot 171, Kg Baru Pulau Redang,
21090 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

PHONE:

+09 630 2887 (Office)
+6014-293 3131 (Nita/Sue)
+6013-967 4545 (En. Rusli)

E-MAIL:



Cik Lily Terfikir : mesti korang teruja nak pi Redang De Rimba masa cuti panjang Labour Day nanti kan, ermm dah penuh ye

11 comments :

tiga lalat said...

Salam. Hee entri terbaik ., suke tenok baju tshirt 'malaysia airlines' seragam tuu ;D

Sally Samsaiman said...

alahai...bestnya berjalan ke Redang...masih tak sampai lagi yg dalam negara...takde geng nak ke pulau :(

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bestnye jenjalan..jeles nie

hazman fadzil said...

Owwhh....okey , nie resort yang lain dari aku pergi dulu...maybe area yang tak sama...tapi pusat taman laut tu memang laut dia cantik betul kan....

Anonymous said...

nak tanye. depan die ade beach? so takya g beach lain2. keluar bilik je ade beach.
atau pun kite kene pergi naik ferry untuk ke beach lain?

Borneo Kinabalu said...

Assalamualaikum..
JOM BERKUNJUNG KE SABAH
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com

Black Yellow said...

slm..
tumpang iklan tuanpunya blog....

sy seorg runner pekej bercuti ke pulau redang dn pulau-pulau lain di tererngganu..
sesiapa yg berminat boleh call/wasap sy..0179799773 atau ....
lawat blog sy di...blackyellowholiday.blogspot.com

Pakej Cuti Bajet said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke destinasi dalam dan luar negara SERENDAH RM299, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

Wassalam

mu az said...

pakej family day paling murah unt 3h 2m bajet berapa?
22dewasa
8knk2

Cik Ana said...

bestnyee