Wednesday, July 4, 2018

Pelancaran Dunia Sinema Saluran Filem 24 Jam Pertamanya Di UNIFI TV

Hi Korang, 


Mostly korang mesti pengguna Unifi kan ?? 

Yelah internet paling laju masakini kan untuk pengguna kat rumah, betul kan betul kan…. 

So secara automatik korang akan dapat perkhidmatan Unifi TV secara percuma jugak, alah basic channel kan. Oklah tuh daripada tak dapat apa-apa, ini ada jugak hasilnya.


unifi TV, perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), meraikan pelancaran Dunia Sinema (Saluran 128), saluran filem 24 jam pertamanya, yang menawarkan pelanggannya filem tempatan terbaik dan seleksi filem Asian kegemaran ramai dari pelbagai genre antaranya Romantik, Seram, Aksi, Komedi dan banyak lagi. 

Ya ampun 24 jam tuh, pengsan dibuatnya kalau duk mengadap depan tv je kan heheh 

Saluran berkenaan yang sebelum ini ditawarkan sebagai saluran atas permintaan (VoD) di unifi TV, Dunia Sinema kini boleh ditonton 24 jam tanpa henti sebagai salah satu saluran filem linear dan boleh dilanggani menerusi Pek Aneka dan Pek Ultimate atau secara ala-carte dengan hanya RM9 sebulan. 

Dengan slogannya "imaginasi tanpa henti", para peminat filem tempatan pastinya akan terhibur dengan filem-filem tempatan popular kegemaran ramai yang boleh ditonton di saluran Dunia Sinema antaranya Pekak, Ophi/ia, Adnan Sempit, Wawa Semput, Mendam Berahi, Mat Moto dan banyak lagi. Peminat filem popular dari negara Asia juga tidak harus melepaskan peluang untuk menonton filem popular arahan barisan pengarah terkenal antaranya filem 'Ketika Cinta Bertasbih' dan 'Dalam Mihrab Cinta' dari Indonesia serta filem blokbuster antaranya 'Suddenly 20', 'May Who?', 'Ghost Ship' ,'The Couple' dari Thailand yang boleh ditonton dengan sarikata Bahasa Malaysia. lstimewa pada bulan Julai ini, pelanggan boleh menonton filem blokbuster tempatan antaranya Isteri Untuk Dijual, Abang Lejen, Nasi Tangas, Black Maria, Driving School, Make Me Shudder 2 dan banyak lagi. 



Kak lily sempat hadiri majlis pelancaran saluran Dunia Sinema yang telah berlangsung dengan bergaya di acara Fiesta unifi bertempat di Alamanda Putrajaya yang dianjurkan dari 28 Jun hingga 4 Julai, acara yang berlangsung sepanjang minggu lepas bersempena dengan sambutan Hari Raya.

Sebelum event start, kita bergambar duluan hehehhe

Pelanggan unifi serta orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti, yang mempamerkan himpunan perkhidmatan unifi yang menawarkan pengalaman konvergens termasuklah unifi Home, unifi Wifi, unifi Mobile, dan unifi TV. Acara itu juga membolehkan pengunjung memenuhi keperluan mereka terhadap rumusan komunikasi terkini dan hiburan terhebat dari unifi.




Fiesta unifi juga menampilkan persembahan istimewa, permainan dan promosi khusus untuk pengunjung dari saluran-saluran tempatan unifi TViaitu HyppSensasi HD, Hypplnspirasi HD, Salam HD dan Pesona HD. Pelakon dan selebriti terkenal yang hadir antaranya Liyana Jasmay, Amar Asyraf, Syazuwan Hassan dan Aisya Hasnaa turut memeriahkan pelancaran saluran Dunia Sinema (Saluran 128), apabila mereka juga menyertai aktiviti di acara berkenaan serta beramah mesra bersama peminat.


Fiesta unifi turut menyajikan persembahan muzikal istimewa dari penyanyi sensasi Indonesia, Virgoun yang dibawakan oleh Pesona HD (Saluran 141), saluran hiburan Indonesia di unifi TV. Peminat penyanyi Indonesia itu amat teruja dengan persembahan lagu-lagu beliau yang popular. Di samping itu, artis dari Sony Music Malaysia, antaranya Dato' AC Mizal, Sufian Suhaimi, Farisha Aisha, lnsomniacks dan Bahiyya Hanessa juga membuat persembahan di pentas pada acara yang sama.


Mengulas mengenai acara berkenaan, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, TM berkata, "unifi akan terus menerajui penawaran baharu yang membawakan pengalaman konvergens terbaik buat para pelanggan kami sama ada untuk melayari internet tanpa gangguan di rumah dan menggunakan peranti pintar atau menonton program kegemaran terbaharu mereka di unifi TV, walau di mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV, menepati janji TM, "Hidup Lebih Mudah"," 

Di antara barisan artis dan pengarah serta penerbit filem yang turut hadir di majlis pelancaran Dunia Sinema ni

Para pelanggan sedia ada unifi boleh mula menikmati saluran Dunia Sinema dengan melanggan pek unifi TV menggunakan alat kawalan jauh unifi TV. Jika korang bukan pelanggan unifi, kunjungi cawangan TMpoint yang berdekatan untuk menikmati penawaran perkhidmatan konvergens yang menggabungkan perkhidmatan akses Internet dan juga hiburan, semua dalam satu pakej Saluran Dunia Sinema juga boleh ditontoni di mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV.


Informasi Untuk Korang ni tau...


Unifi TV kini menawarkan kepada pelanggan sebanyak 115 saluran secara keseluruhan dengan 67 saluran definisi tinggi (HD) - terdiri daripada 62 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif dalam pelbagai pakej yang berpatutan atau melalui pilihan ala-carte. Pada bulan April 2018, pek-pek Aneka Plus, Ruby Plus dan Varnam Plus ditambahkan kepada senarai pilihan pakej dengan 20 saluran tambahan yang merangkumi saluran kanak-kanak, hiburan umum dan gaya hidup bagi memberikan pengalaman yang lebih dipertingkatkan kepada para pelanggan. Untuk menonton saluran kegemaran anda di mana sahaja, muat turun aplikasi unifi PlayTV melalui Apple Store dan PlayStore atau layari playtv.unifi.com.my untuk versi pelayar di komputer.


Untuk informasi lanjut, meh klik di official website : www.unifi.com.my

Jom korang check it out social media UNIFI TV ni ek: 

Facebook Page :

Twitter :

Instagram :

Youtube :



11 comments :

ejulz said...

terbaek.. tp ada sesetengah tempat blm ada unifi.. :(

Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

Hanny Abdullh said...

Syiok lah dah ada 24jam cite2 tempatan hebat. Mana2 cerita yg x sempat tengok dulu, bolehlah tgok skrg..sambil2 makan koci..hehehe

Suria Amanda said...

Best la..ada banyak saluran kan..sure ada je rancangan yang boleh menambat hati,cuma tak boleh leka la lepas ni..kalau tak sure ada yang malas pi keja nanti

adianiez AIDA said...

hmmmm aida masih lagi setia dgn astro & streamyx yg kian menyakitkan hati ni, lily. lom ada unifi kat area ni. ada jugak survey. katanya bila ada, akan diwar-warkan. tapi, agak mahal jugak ekk pakej unifi. more than RM200. aduhai :(

Tengkubutang said...

amboih.. ada 20 saluran tambahan yang merangkumi saluran kanak-kanak.. huhu.. abes la di konker nya tv oleh anak teman.. hahaha

Khairul Zamri said...

Menarik juga tu saluran tv macam ni, harap banyak cerita menarik yang dipertontonkan kepada kita semua

Mouse Mommy Treats said...

wah! Dunia Sinema hanya RM9 sebulan utk 24jam. Berbaloi tu!

yanmie said...

Tq ciklily share. Waahhh boleh buka dari apps ya. Bagusnya, takdelah tumpu ke tv je. Dah lah anak2 yang kecik ni kejenya nengok kartun je.

www.yanmieonline.com

Emily said...

As a UniFi subscriber, I can't wait to have access to these channels, especially the HD ones. Movies galore, bring them on!!

Betty's Journey said...

Seem Unifi has attractive package. I thinking to install in my new house. The line stabil sumore and you get to watch your favourite movie.

Nadia Johari said...

Kita pakai unifi..memang laju..ada juga untuk tv..tapi tv rosak, so tak boleh tengok rancangan unifi ni..huhu..best juga cerita dekat unifi ni..siap 24 jam tu..syokla..