Monday, July 30, 2018

Manhattan Business Hotel TTDI, Selesa Dan Harganya Berpatutan Untuk Business Traveller

Hi Korang, 


Memang kak lily kalau pi event area-area Damasara tuh, ok je alah bukan jauh pun, travelling pun tak delah lama sangat kalau waktu off peak hour. Tapi bayangkan pepagi buta ada course kat area sana dan kena sampai sebelum 9 pagi 

Malasnya nak bangun pukul 4 pagi kan, then gerak kul 5 pagi semata-mata nak sampai area sana pukul 9 pagi, ermm baik cari hotel dekat-dekat situ then tidur semalam. 

Kebetulan pulak, kak lily ada course kat area Damansara Kim ni minggu lepas haruslah pucuk di cita ulam mendatang, merata jugak cari hotel yang dekat-dekat kawasan ni. Apalagi google punya google terjumpalah dengan ManhattanBusiness Hotel ni hah. 

Curlass nama ko ek hotel, Manhattan gituh. 

Ok book online sajor untuk secure bilik, kang walk in takut penuh pulak. 

Booking thru website hotel ni, ada diskaun 20% tau hehehehe jimat sket boleh makan sedap nanti.


Jadi dari site office kat Nilai tuh, kak lily terus je ke TTDI ni, eh of course baju dah bawak sesiap dalam kereta. Bila masuk area TTDI terus on Waze sekali nampak dah Manhattan Business Hotel ni, la rupanya sebelah Menara Glomac je hah dan dekat pulak dengan MRT TTDI. Kalau kak lily tau tadi baik nak MRT je senang tak yah nak drive boleh tidur dalam train ek hehehehe. 

So sampai-sampai je merapu jugak bila nak cari parking ni, tanya guard oh rupanya kena parking dalam Menara Glomac jugak, naik ke atas then jalan ke hotel ni. Senanglah secure parking. 

check in

Masuk-masuk je ke lobby nampak macam tak percaya, tengok lobby esklusif gituh tapi bila tengok harga bilik sangat berbeza ini namanya ekslusif tapi murah huahuahau. Ok bayar duit deposit RM100, sign registration form terus dapat kunci bilik. 


Manhattan Business Hotel ni di TTDI ni merupakan bangunan 6 tingkat dan setiapnya tingkat di namakan mengikut nama-nama tempat terkemuka di Manhattan seperti Fifth Avenue, Wall Street, Central Park, Times Square dan banyak lagi. Dan bilik kak lily di atas sekali di tingkat 6 iaitu di Wall Street. Ewah gaya-gaya macam broker saham pulak ek. 

Bilik kak lily nombor 602 

headboard kat belakang tuh view Manhattan wokeh

Simple just nice untuk business traveler macam kak lily ni sebab kita ni balik hotel nak tidur je, yelah seharian berseminar kan. Penat, masuk bilik tidur sangat. 

Walaupun simple je biliknya tapi segala amenities tetap di sediakan untuk keperluan pada tetamu. 

lengkap semua, berus gigi, sikat, shaver, shower cap dan memacam lah

haus-haus memalam boleh buat kopi atau teh

selipar pun hado

wei penting ni, nak keringkan rambut kan.


Nak tengok bilik air?

kak lily suka shower kepala besau ni

shampoo dan shower gel siap

sempat selfie walaupun tengah comot time tuh

Bilik air luas dan selesa. Yang penting kepala shower tu besar so boleh cover satu badan bila mandi heheheh itu pun nak citer ke.. 

empuknya wei bantalnya

Masuk je bilik, on semuanya then rehat dulu. Penat tuh drive dari Nilai ke TTDI hah merentasi 3 negeri hehehe itu yang sampai terlelap sekejap di buatnya. 

nampak MRT belakang hotel je hah

Malam tuh keluar makan dengan kengkawan kat sini, eh nasib baik ada MRT so naik je MRT ya udah settle masalah dapat lah merayau-rayau di Ikea E-Curve kan so tak yah nak bawak kereta. 


Banyak jugak tempat yang korang boleh pi naik MRT dari sini seperti :- 

· The Curve, Malaysia’s first lifestyle pedestrian shopping mall 
· eCurve 
· IKEA home furnishing store 
· IPC Shopping Centre 
· Tesco Extra Mutiara Damansara 
· Damansara Performing Arts Centre 
· PJ Trade Centre 
· One Utama 
· KL Sentral 


Alah janganlah korang bimbang pasal makan ni, di sebelah menyebelah hotel ni ada tempat makan jugak lah seperti Pedas-Pedas Café, Bijeox Café dan kalau korang rajin sket jalan boleh ke Ben’s Café alah semua tuh sebaris je. Kemudahan ATM seperti Maybank dan Bank Rakyat terletak di dalam Glo Damansara ni. 


Kalau malas nak lagi jalan jauh, singgah je 7-11 selang beberapa pintu dari Manhattan Business Hotel ni, settle!! Dapatkan je apa yang korang nak makan especially Maggie cup hehehhe 

rehatkan muka jugak, letih tuh 

selamat malam sayangku....

Ok tidur dulu lah, aduiyai empuk betul bantal dan katilnya ek

Yang penting Manhattan Business Hotel ni menyediakan sarapan pagi. 


Yesza, I liked it. 

Celik mata je kan fikir pasal makan. 

Masa check in tuh tanyalah receptionist kat mana tempat nak sarapan pagi yang senang esok harinya, tup-tup dia jawab eh jangan susah-susah miss hotel kami ada sediakan English breakfast untuk para tetamunya. 


So pagi tuh, pack barang untuk check out sekali sebab course mula pukul 9 pagi. Turun bawah then terus order breakfast. 


Ada 4 pilihan menu sarapan yang kak lily rasa kombinasinya enak dan lazat. Kalau ada jugak coffee dan tea serta roti bakar free flow, itu buat je sendiri ek hahaha 

Bagi kak lily harga yang ditawarkan memang amat-amat berbaloi bagi business traveler macam ahkak ni. Tak pening kepala nak bangun pagi-pagi untuk travel, mostly guest yang check in sama kak lily ni majoriti orang yang bekerja. Sarapan pakai suite bagai tau, kak lily pulak yang segan sebab pakai simple je 


Jika korang ingin membuat tempahan, kak lily cadangkan agar korang terus ke laman web mereka di www.manhattanbusinesshotel.com.my [klik sini], kerana korang mendapat diskaun antara 20% – 25% untuk bilik pilihan korang tuh. Tambahan pula, hotel ini mempunyai corporate rate untuk syarikat dan korang boleh hubungi mereka di talian +603-7732 2226 untuk bertanyakan tentang perkara ini, lagi banyak boleh jimat ni.

Dan kalau korang nak tau yang Manhattan Business Hotel TTDI ni telah memenangi anugerah 'Best Business Hotel' di Prestigious Developer Awards 2018 oleh Property Insight.


Ini dia alamatnya: 


Manhattan Business Hotel, TTDI 
Lot A-12-G, Block A, 
Glomac Damansara, 
No. 699, Jalan Damansara, 
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia 

Telefon/Fax
+603-7732 2226 / +603-7733 2232





Untuk keterangan lanjut tentang Manhattan Business Hotel TTDI ini, korang boleh check it out info di social media mereka ni tau:- 

Laman Web

Facebook

Instagram


23 comments :

Naz said...

wow sangat ciklily gi seminar dan menginap di Manhattan Business Hotel TTDI ni....kelassssZzzz

Amanda Suria said...

Menarik ni Cik Lily...bukan apa senang kan kalau ada training ke area2 tu..memang convenience la sebab ada banyak attraction..bleh la suggest kat client i nanti...

Mohamad Khairil said...

cantik hotelnya.. menarik. senang jugak nak jalan-jalan sebab ada mrt :) bolehlah stay situ kalau ada rezeki nak ke sana nnti :)

htpps://aerillhassan.blogspot.com

Unknown said...

if i same hotel room with u and tgk u punya masker sure i terjerit kejap heheheh how ruuuuuuu dear

- azkia-

adianiez AIDA said...

bagus ni.
ada mrt.
then nampaknya tempat makan2 pun best.
hi hi hi hi aida pun suka shower kepala besau gitu.
rasa bersih aje kalau mandi ekk :) ha ha ha
tq for sharing. harga pun ok ok je ekk Lily.

Fadzi Razak said...

Cantik gila hotel ni kak lily. Tengok gambar macam masuk apartment mewah dekat new york. Biasa tengok dalam tv je la kan bukan pernah pergi pun new york tu hahahahha

syiera firdaus said...

Bilik nampak selesa betul. Tido lena kalau syira yang stay situ. Hehe

tenku butang said...

O>. mati2 TB ingat kan Manhatan betul tadi.. Hotel Manhattan rupanya.. bestnya dapat bermalam kat hotel kan.. sejuk.. nak pulak rasa selsa je kat hotel tu.. alamak.. TB pun suka pancuran air ber kepala beso gitu.. puas mandiii wooo

Bhanu Anasamy said...

Nice hotel with so many good facilities. Plus very near to public transportation. Looks like a great stay and suitable for relaxing staycation.

alia farhan Said said...

Wah kelassss la hotel ni...serius harga dia murah mcm ni? Adudu...kdg2 org bisnes ni dia nak blik selesa utl tidur ja kan..tpi bila tgk gmbar2 kak lily rsa mcm haih xnak keluar hotel la pulak

Lia Hasty said...

Eh lia penah stay sini lah baru-baru ni masa event butterfly project .Hotel baru di kawasan baru sebab banyk kedai x buka lagi time tu . Tak tahu lah skrg dh banyak kedai kan.

yaya_flanella said...

Cantik hotel ni dan nampak selesa sangat untuk bermalam. Boleh masuk dalam list ni kalau nak tidur hotel ala ala di Manhattan hihi

Rawlins GLAM said...

Bestnya dapat staycation sebegini. Rawlins also wants a staycation. Dan kita sama - ada showerhead besau gitu, memang seronok duduk mandi bawah tu kan. Hahaha

Hanny Abdullah said...

Cantiknya tempat ni kan. Beruntunglah dpt dok kat sini. Walaupun dok kl tapi sesekali mmg teringin dok hotel, sesaja nk lepak n tenangkan fikiran..lbh2 lg dpt dok kat hotel mcm ni..fuhhh syiok sgt

Ainyy Zain said...

bestnya hotel. nampak simple tapi bila masuk ha selesa - pada ainy okay sangat dah ni kak. sebab ainy kalau travel pun tak carik hotel mahal-mahal, carik hotel yang semampunya bayar je. janji dapat rehatkan diri yang penat lepas berjalan.

Wawa Ashihara said...

Cantikla manhattan ni cik lily... Ssuai sgt buat bisnes travel ke sini kan... Citarasa dia pon ok... Design dia simple & unik juga..ada konsep tersendiri... Bila masuk rasa mcm msuk hotel luar negara..hehehe

Jia Shin Lee said...

Nice hotel, I like the toilet too so pretty overall looks nice a nice and comfy stay next time if I need a place can gv it a try.

Mazni Azmi said...

Ramai yang review hotel ni baru baru ni. Boleh lah bagi mereka yang teringin nak pergi manhattan. lepas tinggal di hotel manhattan, pergi singgah manhattan fish market pulak

Ibu Syurga said...

Wah wah, merasalah sis lily putih jadi warga new york manhattan sekejap. Hehe. Tak perlu susah susah pergi sana kan

AyuArjuna BiGoshh said...

Bestkan hitel ni.. mmg perfect utk org yg datang meeting dan aras urusan kerja dab perlukan penginapan sangat direkomenkan

rubydotmy said...

Tengok ramai review hotel ni. Cantik konsep hotel ni. Lg pula ada di bandar. Memang tempat sesuai utk staycation. Nanti saya cuba

Zayani Zulkiffli said...

Suka betul dengan dekorasi bilik dia. Memang macam kat Manhattan betul.

Mimi Azirah said...

Nampak menarik dan best je Kak Lily hotel Manhattan ni...Semua kemudahan ada dan memudahkan kita kan. 7E pun dekat tak jauh mana. Kalau lapar boleh singgah beli makanan kan