Monday, July 9, 2018

My Fibroid Journey | Tanda-Tanda Fibroid Muncul

Hi Korang,

Sebenarnya dah lama nak citer pasal ni but asyik tak de masa je kan. 

Ermm 

Ramai yang cakap dengan kak lily tak de angin tak ribut tup-tup kak lily dah masuk hospital je kan, sedangkan malam sebelumnya elok bagai kak lily pi event berjimba hahhaha 

Kekadang ada menda kita boleh citer dan ada menda kita tak payahlah citer. 

Kes ni sebenarnya berlaku dalam sekelip mata je 


Memang kak lily period tak menentu sejak dari anak dara lagi but for me alah tak kisahlah janji tiap-tiap bulan keluar kan hahahahha. Dulu-dulu period ada keluar 2 hari je lepas tuh stop then ada keluar 18 hari then stop, but still kak lily tak buat apa pun. Janji keluar kan darah kotor tuh.. 

Lepas kahwin pun sama gak patternnya. Adalah kengkawan suggest makan suplemen untuk betulkan balik kitaran period ni, ye memang kak lily makan sampai habis sebotol then its ok. Berbunga-bungalah hati sebab kak lily dah boleh plan jadual period tuh, senanglah nak buat apa yang patut kan hauhauhauha gatai hang na…. 

Lepas tuh dah terlupa nak makan suplemen.. 

Tapi waktu period tuh nampak cantik dah sebab kak lily dah boleh predict bila tarikh period datang bagaikan, so senang nak standby pad dalam handbag. Then kak lily pun tak delah pi check kat klinik pun kan. 

So inilah ceritanya....

Pastikan dulu korang tau apa itu Fibroid ye, then senang nak citer.


Apa Itu Fibroids?


Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa-apa simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.

gambar amik kat google.com 

Bagi kes kak lily ni punca fibroid tiba-tiba ada cam ni. 

Since dari Februari 2018 harituh kak lily period macam biasa, masa CNY tuh dia datang cam biasa lah. But dia stop 2 hari then datang balik berhari-hari sampai end of March 2018. Bayangkan dekat 2 bulan tuh tapi dia bukan keluar banyak pun kekadang setitis, kekadang setompok tapi siang je malam langsung tak de kering. 

Langsung tak tunjukkan apa-apa sakit pun macam perut krem ke, memulas nak berak ke kan seriously memang tak de. 

Bila hari-hari pakai pad secara automatiknya bontot kita akan meleceh kan sebab berpeluh tak de ruang pengudaraan kat bawah, la penyakit lain pulak datang ‘Gatal’. Dia akan datang gatal bila tengahari time kita mula berpeluh tuh then time tuh jugak kak lily banyak kali kena pi site so of course melelas kulit kat bawah tuh. 

Balik rumah je sapu lotion putih yang baby tuh ek ntah nama dia ntah so sejuk sket, then kurang sket. Tapi on dan off lah penyakit gatal tuh hilang, dengan period non stop lagi dengan gatal lagi kan. Dah tak boleh tahan Mr Big paksa pi klinik untuk check apa yang jadi ni. 

Pi klinik biasa je ni kan, citerlah masalah yang berlaku. 

Then doktor suruh minum air sebanyak mungkin dulu then baru dia scan perut tuh. Mau dalam 2 liter kak lily minum, bila dah rasa nak terkencing sangat je cepat-cepat doktor pun buat ultrasound scan. 

Damm!! 

Memang nampak ada fibroid dalam rahim kak lily 

Dalam 1.6cm. 


Korang rasa, apa perasan kak lily masa tuh?? 

Pucat lesi takut terus tak tercakap dibuatnya. So doktor pun explain, ultrasound dia ni tak berapa accurate sebab based apa yang dia nampak je jadi dia suggest untuk refer to hospital double check on this. Haruslah kak lily rasa takut bila melibatkan hospital ni, yelah orang tak pernah sakit, tup-tup bila kena cam nie kan.

Terus doktor tanya nak pi hospital mana sebab nak keluarkan referal letter. Kak lily terus tak de idealah, then doktor cakap I suggest you ke Columbia Asia Balakong sebab dia ada doktor perempuan melayu gynea. Terus je kak lily cakap ok. 

Balik rumah diam je sebab tak de mood nak citer dengan Mr Big pun. 

Sedih kot kan… 

Dia tanya kak lily tak cakap sepatah pun, malas nak citer. Memacam rasa timbul time dia tanya tuh, ermm nak citer ke tak nak ek..

sobs sobs sobs 😢 😢 😢 😢 😢

Ermm tunggulah..

Nantilah kak lily citer sambungan citer fibroid ni ek.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

2 comments :

unaizah san said...

saya pun bila period takde lepas 2 bulan 2 tahun lepas, risau jugak kalau csan nanti ada cyst ke fibroid ke.. alhamdulillah, scan takde pun ketumbuhan tu.. tapi nak pergi scan pun amik masa sebulan sebab takut kena operate buang cyst/fibroid tu huhuhu

aizamia 3 said...

Kalau saya, #Murung sekejap rasanya bila tau sakit sebab apa.. :(