Monday, July 23, 2018

Jadikan Mengisar Satu Keseronokan Buat Anak Korang



Hi Korang,

Dengan cuaca panas tropika Malaysia, minuman sejuk sentiasa menjadi pilihan. Daripada usia muda, anak-anak kita sudah biasa mendapatkan kelegaan apabila menikmati minuman sejuk bila cuaca panas terik. Walaupun biasanya mereka akan meminum air kordial sejuk atau jus yang dikilang, ada yang risau akan kandungan gula dalam minuman berkenaan, dengan pakar nutrisi menyarankan kanak-kanak mengurangkan pengambilan air manis seperti itu[1]


Untuk meraih keseimbangan lebih baik antara rasa sejuk yang menyegarkan dan nutrisi, smoothie beku lazat boleh menjadi pilihan yang tepat. Anda mungkin merasakan smoothie beku sukar disediakan di rumah, jadi anda pasti akan rasa gembira dengan pengisar semua-dalam-satu yang secara efisyen mengadun kesemua bahan dan menghancurkan ais dengan cepat untuk menghasilkan smoothie beku sempurna tanpa memakan masa lama, dan anda dapat mengawal sepenuhnya kesemua bahan yang digunakan. 

“Tugas menyiapkan makanan boleh dijadikan sesi menggembirakan bagi ibu bapa untuk membina ikatan dengan anak, selain mengajar mereka mengenai nutrisi dan melatih mereka supaya cekap di dapur – pastinya kemahiran hidup yang berguna. Tugasan dapur rutin seperti mengisar bahan boleh menjadi sesi menyeronokkan bila anda mempunyai alat hebat untuk digunakan. Dengan Pengisar Koleksi Viva Philips, anda boleh jadi kreatif dan berseronok bila membuat smoothie sihat dan menyegarkan. Balangnya yang berjenis Duravita Tritan amat tahan lasak dan kalis pecah membebaskan anda daripada sebarang kegusaran meskipun ketika anak sedang membantu. Tidak perlu takut jika perlu menggantikan balang pengisar dengan yang baru jika ianya terjatuh,” kata Encik Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara Philips Malaysia. 

Memecah bahan keras dalam balang pengisar tahan lama 


Pengisar Koleksi Viva Philips HR2157/91 diperhebatkan dengan bilah pisau yang menggunakan teknologi ProBlend 5, yang membolehkan anda menghancurkan ais 20% lebih cepat berbanding pengisar lain. Ini bermakna anda tidak lagi perlu menggunakan teknik memecah yang sukar seperti menukul atau mengetuk untuk memecahkan blok ais. Lebih baik lagi, pengisar ini hadir dengan balang Duravita Tritan, diperbuat daripada copolyester yang menambah kekuatan, versatiliti dan fleksibiliti pada balang itu. Dengan elemen tambahan ini, balang pengisar ini adalah kalis pecah dan takkan berbau atau ada kesan kotor, menjadikannya mudah dicuci dan tampak seperti baru setiap kali dibersihkan. Ia juga tahan tekanan dan halaju bila bahan padu seperti ais dan sayuran atau buahan jenis keras dikisar. 

Dengan semua ciri-ciri ini, anda tidak perlu mengisar bahan lain berasingan daripada ais untuk membuat smoothie beku yang diidamkan. Melakukan kesemuanya dalam satu alat mempercepatkan tugasan dan membolehkan anda menikmati smoothie beku anda dengan lebih mudah dan cepat. Contohnya, jika anda mahu membuat smoothie beku buah menggunakan pisang dan strawberi, anda hanya perlu mencampurkan buah itu dengan sedikit susu, yogurt dan madu sebagai perasa, kisarnya bersama-sama menggunakan Pengisar Koleksi Viva Philips HR2157/91. Kemudian, tambahkan ais yang akan dihancurkan dalam beberapa saat sahaja, dan smoothie beku anda sedia dihidang. 

Mulakan kembara #PhilipsPerfectBlend anda dengan Philips dan ubahkan dapur anda menjadi “tempat permainan” bagi pembelajaran sementara anda dan anak anda bergembira semasa menyediakan makanan dalam cara yang selamat, mudah dan menyeronokkan! 

Harga dan ketersediaan 

Pengisar Koleksi Viva Philips dengan balang Duravita Tritan (HR2157/91) boleh dibeli pada harga RM376 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk Mall, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; di kedai rakan runcit dan pengedar seluruh negara, dan dalam talian melalui Philips Online Shop di http://www.shop.philips.com.my/

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips, sila layari www.philips.com.my

[1] Panduan Diet Rakyat Malaysia bagi Kanak-kanak dan Dewasa 
http://nutrition.moh.gov.my/wpcontent/uploads/penerbitan/buku/MDG_Children_adolescent_2014.pdf
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

2 comments :

Aerill Hassan said...

menarik. pengisar dkt rumah pun dh berapa tahun dh tak tukar baru.

https://aerillhassan.blogspot.com

adianiez AIDA said...

philips memang terbaik.
blender aida skang pun philips.
but too early utk beli baru :)