Tuesday, July 31, 2018

Hot Wheels® 50th Anniversary Launch Di Art Of Speed 2018, Malaysia.

Hi Korang, 

Minggu lepas memang weekend yang hectic bagi kitaorang berdua, maklumlah memasing ada kerja di event Art Of Speed di MAEPS Serdang. Mr Big dengan volunteering task untuk Art Af Speed 2018 dan kak lily plak as usual dengan media event di Art Of Speed jugak. So dua-dua di tempat yang sama tapi kitaorang tak berapa nak jumpa hahahaha 

kemain besau nak media pass ek, tapi cantik

Kak lily di AOS2018 ni sempena ulangtahun yang ke 50 Hot Wheels tau. Kita hanya ingat Hot Wheels tuh mainan kanak-kanak biasa je tapi bila kita do background check wow its amazing wei. 

Semangat untuk bersaing, kereta lumba permainan (die-cast) dan litar lumba berwarna jingga merupakan ciri-ciri tepat bagi menggambarkan Hot Wheels®. Logo bercorak api merah dan kuning ikoniknya juga menterjemahkan sempurna energi serta keterujaan yang diterajui jenama tersebut. Tahun ini, Hot Wheels meraikan Ulang Tahun ke-50. Sepanjang separuh abad, Hot Wheels menjadi inspirasi kanak-kanak mencabar halangan menerusi perlumbaan di atas litar jingga dengan meluncurkan kereta lumba mereka penuh bergaya. 


Jelajah 50 Tahun Asia Tenggara (SEA) Hot Wheels® yang dilancarkan turut dihadiri Pengurus Rekaan Produk Global Hot Wheels®, Dmitriy Shakhmatov. Malaysia menjadi destinasi pertama dengan pelancarannya diadakan di MAEPS Serdang, sejajar dengan penganjuran tahunan Art of Speed. Acara itu dihadiri ramai peminat automobil dari seluruh negara. Para pengumpul koleksi (collector) pastinya peka bahawa acara tersebut adalah peluang terbaik bagi mendapatkan koleksi istimewa yang terhad keluarannya. 

"Kami amat berbesar hati kerana Hot Wheels® telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada para peminatnya sepanjang tempoh 50 tahun ini. Kami percaya bahawa cabaran perlu dihadapi secara imaginatif dan kreatif. la adalah tanggungjawab kami untuk memastikan manfaat nilai-nilai sebegitu dapat dirasi generasi baharu," ujar Pengurus Cawangan Mattel Asia Tenggara, Ivan Franco. 


"Saya masih rasa seperti bermimpi apabila rekaan peribadi Arista Rat saya direalisasikan. ltulah janji Hot Wheels. Jika anda boleh memasang impian, anda juga mampu untuk menjelmakannya menjadi realiti. Semestinya saya akan menyertai pertandingan sebegini sekiranya saya seorang kanak-kanak. Saya gembira melihat Hot Wheels® bertindak proaktif dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka," kongsi Shakhmatov. 

Pada acara Art of Speed 2018 Malaysia, Shakhmatov meluangkan sedikit masa bertemu sebahagian kanak-kanak, pengumpul koleksi dan peminat Hot Wheels. Beliau juga dilihat menandatangani autograf dan berbual-bual berkongsi minatnya terhadap kereta. Keterujaan beliau dapat disaksikan apabila beliau dikejutkan dengan hadiah berupa kolaj 50 penyertaan terbaik daripada pertandingan reka cipta tersebut. 



Bukan sahaja rekaan kereta yang memenangi pertandingan tersebut diumumkan, malah acara itu turut menyaksikan kemunculan kali pertama rekaan Car Culture 2019 yang ditunggu-tunggu. la merupakan hasil kerja Shakhmatov dengan kerjasama RWB Porsche. Perekanya bersama wakil RWB Porsche, Christian Coujin merasmikan rekaan baharu kolaboratif itu bagi menggandakan keterujaan pengunjung. Mereka turut menunjukkan buat kali pertamanya kepada umum model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels® RWB Porsche 911 bersaiz kereta sebenar. 

pandai anak-anak zaman sekarang ni ek, sambil belajar sambil reka kereta kan

Jenama tersebut turut menganjurkan pertandingan reka cipta dengan meminta pelajar berumur 9 hingga 12 tahun sekitar Lembah Klang menghantar idea reka cipta kereta Hot Wheels terbaik mereka. Ramai yang menyahut cabaran itu dan menonjolkan kreativiti masing-masing. Setiap penyertaan individu diadili Dmitriy Shakhmatov sendiri. Shakhmatov telah bersama dengan jenama tersebut bermula 2015 dan sejak itu berjaya merealisasikan impiannya. 

Sekiranya korang terlepas peluang untuk menyertai keseronokan ini, usah khuatir! Korang masih berpeluang untuk menunjukkan semangat mendepani cabaran pada Jelajah Kejohanan Hot Wheels® Asia Tenggara 2018! Hot Wheels® mengalu-alukan penyertaan berpasukan yang terdiri daripada ibu bersama seorang anak (berumur 5 hingga 12 tahun) bagi menguji ketepatan, kepantasan dan kreativiti. Jelajah ini akan ke 50 bandar-bandar sekitar Asia Tenggara. Hanya enam pasukan akan melangkah ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada November 2018.
 
Tinggi benau Mr Dmitriy Shakhmatov sampai dia kena tunduk nak bergambar ek hhehehee

Selain itu, Hot Wheels® juga akan mengadakan larian santai "Made to Race" pada 12 Ogas 2018 di Kuala Lumpur. 

Pengumpul koleksi perlu memberikan perhatian bagi merebut Set Edisi Terhad sempena Ulang Tahun ke-50: 

  • Hot Wheels® 50th Black and Gold Collection 
  • Hot Wheels® 50th Originals Collection 
  • Hot Wheels® 50th Track Stars 5-car Pack 
  • Hot Wheels® 50th Anniversary Favourites 
  • Hot Wheels® 50th Zamac Flames Collection 
  • Hot Wheels® 50th Stars and Stripes Collection 
  • Hot Wheels® 50th Camaro Collection 
  • Hot Wheels® 50th Throwback Collection 
  • Hot Wheels® 50th Anniversary 10-car Pack 

Yang ni special nie..

pinjam marker pen ruby hah, nasib baik ek

nampak senyum lebarrrr

Yang best tuh, Mr Big hari tuh ada menang contest under ERAFm dan hadiahnya merupakan helmet Hot Wheels limited edition, so tanpa lepaskan peluang haruslah kita suruh Mr Dmitriy Shakhmatov sign pada helmet tuh hehehhe. Cari punya cari dapat gak jumpa dia then mintak dia sign, ermm haruslah indah tidur malam Mr Big ek hhuahauhauahua

Ada can nak jual helmet ni ek, huahauhua korang tengok lah laki ahkak ni lah ya ampun mata duitan sungguhlah..

cantiknya but Not For Sale plak

Untuk keterangan lanjut tentang Hot Wheels dan info berhubung sambutan Ulang Tahun ke-50, layari laman Facebook Hot Wheels atau laman web www.hotwheels.mattel.com
 

#ChaIlengeAcce pted 
#HotWheelsMY 
#HotWheelsSOthAnniversary














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :