Friday, November 15, 2013

Sokong Atlet Kita Di Sukan SEA ke -27 Dengan MILO FLAME OF ENERGY

Hi Korang,

Tau kan negara kita akan menghantar altlet sukan ke Sukan SEA ke-27 pada 11 hingga 22 Disember nanti di Myanmar. Itulah korang, bab sukan semua tak tau. Makan je ingat.


Sebagai tanda sokongan MILO Malaysia telah melancarkan inisiatif Flame Of Energy ( Kibaran Tenaga MILO) iaitu fasa kedua di dalam Kempen MILO Tenanga untuk Juara yang menyeru kepada semua rakyat MAlaysia untuk menyatakan ikrar sokong mereka kepada Kontingen Malaysia.



Dilancarkan secara rasmi oleh Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura bersama Dato' Wira Amiruddin Embi, Chef de Mission bagi Kontingen Malaysia di Sukan SEA, inisiatif MILO Flame Of Energy mensasarkan untuk mengumpul sejumlah 2.7 juta tenaga di dalam bentuk 'julangan api' sebagai dorongan kepada altet kita.


So kita-kita yang cintakan tanahair ni, boleh tunjukkan tanda sokongan dengan menyebarkan julangan api yang akan menyalakan obor maya di laman web MILO. Hanya dengan sekali calit je, korang dah boleh nyalakan MILO Flame Of Energy ni untuk menyokong dan menyemarakkan semangat kesukanan serta memberi inspirasi kepada para atlet kita yang akan berjuang dengan penuh semangan dan menjadikan Malaysia berbangga dengan pencapaian mereka.



Ada lagi, korang boleh juga tunjukkan sokongan korang dengan menyampaikan ucapan melalui Twitter, Facebook dan Instagram dengan menggunakan hashtag rasmi

#MILOforMALAYSIA

MILO akan menggerakkan Trak Tenaga alah Lori Hijau MILO yang sedap tu untuk menyatukan semua rakyat Malaysia di dalam usaha untuk mempamerkan sokongan padu mereka kepada Kontingen Malaysia. MILO juga akan menganjurkan aktiviti-aktiviti di dalam pasaraya dan hypermarket yang terpilih di seluruh Malaysia untuk kempen ini.



"Berikan sokongan anda kepada juara Negara kita agar mereka boleh melangkah jauh di kejohanan Sukan SEA ke-27 ini yang bergemuruh kepada mereka yang sedang berjuang untuk mencapai kemenangan dan kegemilangan" kata Hofbauer.

meh check out di www.milo.com.my/seagames

2 comments :

hazman aka species1980 said...

sempoi gak t shirt diorang....dapat minum milo time event nie

Myvitrd said...

ada perasan kempen ni tadi dekat churp2.. ada milo free tak