Wednesday, November 27, 2013

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Hi Korang,

Malas nak citer berat-berat dan ke arah pengiklanan so aku citer kat korang pasal makan-makan. Mesti korang suka kan. Yelah makan, sapa tak suka.

Resipi daging salai masak lemak cili api ke cili padi ni, aku amik dari cara mak aku masak. Kemudian aku modified sket dah terus jadi. Resipi tradisional orang Negeri Sembilan, rumah mak aku ni kira sempadan N9 dan Melaka but ktorang memang more into N9. Sebab tu aku pandai speaking nogori nieh.

Daging salai ni mak aku yang bagi, dia beli berkilo-kilo daging lembu je then lepas je bersihkan terus salai kat belakang umah. Salai original tuh, asap-asap bagai. Semerbak je bau masa time salai tu tau.

Dapatlah sorang sket coz makcik-makcik aku ni pun kaki pau gak. Nak buat sendiri malas kan. Dengan alasan salai atas dapur tak sama salai pakai kayu api ni. ishkk sungguh derr tau..

Ini bahan-bahannya:-

4 je bahan yang penting

Daging salai dihiris
Cili api ditumbuk
Santan kotak KARA + air
Kentang
Bahan perasa korang pepandailah sendiri ek

Cara-caranya:

1. Daging salai direbus dgn sedikit air bersama cili api. Sekejap je. nakkan bagi rase.

tengok dagingnya, isk bertambah lapar la

2. Masukan santan, air, asam keping, garam. Kacau-kacau selalu

3. Masak sehingga kentang empuk.

4. Kacau-kacau rasa garam ikut kesedapan korang

Tada....

kuah je tinggal dengan kentang, daging ielek... dapur pun bersepah lagi belum lap. lapo punye pasal

Gambar kuah yang dah siap masak tak sempat nak amik coz perut dah lapo. Siap masak terus hidang dan ngappp.

Ishk pelahap sungguh kan, la mana tak nye time tu dah kul 4ptg baru dapat makan. Siapa yang tak lapar kan.

Lain kali aku letak je gambar yang dah siap ek

6 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah sedapnya menu ini...:)

eray ayang said...

sedapnya...memang hantu skit lemak cili api nie
wow, lagi2 if yg gile pedas, mau berair hidung

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/10-cara-berhenti-merokok-selamba-tapi.html

msredcheesecake said...

baru tengok daging salai dah terliur...

Sherry said...

wah best ni!

dah lapar :D

Amanda Suria said...

Masak lemak cili api mmg sgt2 awesome...lamanya x mkn daging salai...

hazman aka species1980 said...

tengok kuah pun dah tahu sedap tu.... nanti boleh la jamu kengkawan... heehhehe