Monday, November 18, 2013

MasterChef Malaysia ALL STARS Plak Dah

Hi Korang,


Last week aku dapat invitation ke press conference untuk rancangan favourite mak aku dan mak-mak korang pun kan iaitu MasterChef Malaysia



Sekarang ni plak MasterChef Malaysia kembali lagi dengan penampilan selebriti ALL STARS. Wah ni sudah grand kan.



Yang lama dan baru di gandingkan sekali lagi. Dah kali ni, para selebriti akan bertanding di antara satu sama lain mewakili badan-badan kebajikan yang mereka wakili.


Juri plak still sama seperti musim terdahulu iaitu Chef Johari Edrus atau Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran. Aku suka Papa Joe, nampak cam garang tapi baik orangnya.

Rancangan ini akan mula setiap hari Sabtu sehingga Selasa, jam 9.00 malam pada 23 November 2013. Korang boleh tengok kat channel 104 Astro Ria dan Maya HD Channel 135 secara serentak.

Korang rasa siapa akan jadi peserta 'favourite' yang akan jadi pilihan ramai. Kalau mak aku, dia mesti nak tengok Michael Ang dan Azwan Ali. Tapi yang muka jambu-jambu pun dia minat gak macam Zamir, Along dan Brian gak.


Ni aku dah listkan para selebriti yang akan bertarung dalam MasterChef Malaysia ALL STARS dan Badan Kebajikan yang diwakili adalah:

1) Azwan Ali – RUMAH SERI KENANGAN CHERAS
2) Karl Shafek – PUSAT KANAK-KANAK ISTIMEWA KAJANG
3) Soo Wincci – PERSATUAN ORANG PEKAK MALAYSIA/ KUALA LUMPUR
4) Raja Azmi – RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH (RACTAR)
5) Kenchana Dewi – PISAT JAGAAN WARGA TUA SRI TANJUNG
6) Celina Khor – PERTUBUHAN PERTOLONGAN WANITA
7) Sharifah Shahora – RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BUDRIAH
8) Michael Ang – PUSAT JAGAAN RUMAH KEBAJIKAN WARGA EMAS ST MARK
9) Syanie – PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM / MISKIN KLANG
10) Enot – PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSPIRASI ANAK-ANAK
11) Brian – PERTUBUHAN PENDIDIKAN ANAK YATIM SELANGOR
12) Imelda – LEMBAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM SARAWAK
13) Zamir – PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK YATIM/MISKIN RUKAIYAH
14) Che Lah – PUSAT JAGAAN RUMAH NURHASANAH
15) Ah Hong – RUMAH PENYAYANG BISTARI
16) Along – PUSAT JAGAAN ORANG-ORANG KURANG UPAYA DAN TERBIAR LOVELY
17) Azlina – TAMAN SRI PUTERI CHERAS
18) Azni – PERSATUAN SINDROM DOWM MALAYSIA
19) Ary Malik – RAUDATUS SAKINAH
20) Shahriah – PUSAT JAGAAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHUWAH ANAK YATIM MISKIN DAERAH SABAK BERNAM





Kita tengoklah nanti sapa yang keluar dulu, sapa yang kecoh masa cabaran luar, sapa yang propa dan siapakah yang akan menjadi juara.


Untuk info terkini dan video eksklusif MasterChef Malaysia ALL STARS, sila layari www.masterchef.com.my dan di laman  www.facebook.com/MasterChefMalaysia serta twitter Https://twitter.com/MasterchefMY

Jeng jeng jeng......




4 comments :

hazman aka species1980 said...

rugi sesangat tak dapat datang aritu... kalau nak nak je aku pulun bergambar ngan Che Lah... hehehehe

Liza Licha said...

mesti best nnti :) lagi banyak drama lah kn

JMR said...

pasni jadi feveret channel la plak ni..

Eliss Mie said...

boleh laa layan lepas ni :)