Thursday, November 28, 2013

Simple Dinner Di Wadihana Islamic Kitchen

Hi Korang,

Bila dah malam dan balik rumah lambat plak tuh, memanglah aku malas nak masak.


Baik pi makan kat kedai, alah yang simple-simple je pun.

Hari tuh ktorang ke Wadihana Islamic Kitchen kat Seksyen 9 Bandar Baru Bangi ni. Lalu lalang bukan main lama tapi tak de masa nak singgah.


Pergilah hari tuh, time tu orang tak ramai lagi may be hujan

Oklah ini yang ktorang order


Creamy Butter Prawn RM16.90

Ishk butter banyak, sedap tu memang sedap tapi cepat muak lah. Rasa cam kembang-kembang tekak bila dah sejuk. So kena makan cercepatlah.

Nasi Goreng Black Pepper RM9.90

Sedap hingga menjilat jari. Aku belasah ayam goreng dulu kemudian baru makan nasi. Nasib baik black peppernya kurang kalau tak harus bersin aku dibuatnya.

Sauteed Mushroom RM8.90

Berminyak sangat, ktorang makan tak abis pun

Fried Squid RM8.90

Guna tepung ala tepun tempura. Tebal nau, sotongnya halusss


Orang yang makan tuh 2 orang tapi bukan main banyak ordernya. Tekak harimau betullah. Semua nak bedal. So far oklah kot menu yang ktorang pilih ni.


Nak singgah, ni alamatnya

Wadihana Islamic Steakhouse
No. 26, Jalan Medan Pusat 2D,
38 Curve Business Park,
43650 Bandar Baru Bangi


Maybe ktorang akan datang lagi untuk cuba western food dan tepanyaki. Dengar-dengar main dish diorang ni siap dah masuk Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) TV3 lama dulu kan.

Foodblogger HazmanFadzil.com jom pi makan sini nak tak? sedap ooo




5 comments :

Dkna Abza said...

wah.. ingat menu tuk 4 orang.. hihiii

Kisah Si Dairy said...

sedapnya hidangan makanan nie...lapar pulak

Amanda Suria said...

Lagi sedap kalau bwk SA sekali tau.....

hazman aka species1980 said...

Okey jugak beb.... aku dah 2,3 kali makan.... sekali makan ngan famili aku...best gak tempat sebab banyak pilihan

Papa-NtiQ said...

Hi Cik Lily...saya pun baru jer upload pics masa makan kat wadihana steakhouse....not bad