Wednesday, November 20, 2013

BONJOUR Garden Bakery Cafe, The Intermark KL

Hi Korang,

Wah sekarang ni dah pandai plak ber'Bonjour' bagai ek.

Itulah lifestyle blogger katanya.

Ermm jangan nak perasan bagai lah Cik Lily woit, ini semua poyo hahahahha


Aku belum pernah pi makan kat famous bakery yang siap ada cafe dalam KL ni. Selalunya beli roti or pastry then terus balik, makan dalam kereta je untuk hilangkan rasa ngantuk.


Bila dapat jemputan ke BONJOUR Garden Bakery Cafe kat The Intermark KL ni rasa macam 'sudah ngantuk disorongkan bantal' plak. Haruslah terkinja-kinja nak pi kan. Lepas keje terus je zass ke Jalan Ampang. Nasib baik tak berapa nak jem ke sana dari opis ni.

Tengok nama pun dah boleh agak yang BONJOUR Garden adalah bakeri dan kafe yang berkonsepkan gaya hidup dalam taman dan berinspirasikan masakan ala Perancis.

Kerlass kan!

Bonjour Garden adalah untuk mereka yang menggemari makanan sihat dan kreatif dari bakeri asli Perancis tapi dibuat dengan cara Jepun dan kesemua bahan dari Jepun. Wah, rasa cam kepelikkan sekejap ek

Rupanya Bonjour Garden menawarkan aneka makanan bakeri dan pastri Perancis yang paling asli dan original. Konsep menunya tertumpu kepada 3 elemen utama – “Sihat”, “Kreatif” & “Chef Jepun” – mengilhamkan 5 makanan bakeri utama (5’C’s) – iaitu caramel cheese raisin (roti mentega gulung), Ciabatta (roti keras), Croissant, Campagne (roti levain), cranberry cheese (roti levain) yang diperkenalkan kepada ktorang masa launching hari tuh. 









Terdapat lebih lebih 100 jenis makanan yang merangkumi pelbagai makanan konfeksi, pastri dan sajian utama yang pasti dapat menambat selera pelanggan macam aku yang kuat makan ni.







Yang ni plak, hidangan dinner kitaorang pada malam tu. Ye ada lagi sebenarnya tapi tak sempat nak amik gambar.


3 orang chef yang menjadi tulang belakang bagi Bonjour Garden di Intermark Mall ni iaitu Chef Yukichi Matsubara sebagai Grand Chef/Managing Director dan di bantu oleh Chef Darren Chin (Chef/Manager) dan Chef Shigeru Hashizume (Pastry Chef). 





Tengoklah sempat gak aku join Chef Matsubara buat roti Ciabatta. Mak oi memang susah kalau tak de skill baking ni. Tapi best ooo.



Nanti time Christmas, bolehlah beli kek kat sini. Sedap ooo aku dah rasa dah.




Bonjour Garden di Intermark Mall ni merupakan kafe ke-5 yang dibuka sejak kafe pertama memulakan perniagaan di Kota Damansara pada tahun 2011, kemudian di Bukit Jelutong, Mutiara Tropicana (kiosk) dan Valencia Sierramas (kiosk)


Nak datang, mehlah ke sini


Bonjour Garden Cafe
Lot LC01 – 08, Intermark Mall
The Intermark
No. 348 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel (03) 2181-1822

Waktu operasi = 8:00 pagi hingga 10:00 malam


Untuk details, sila ke www.facebook.com/bonjourgarden

Seronok ko bila tengok sekeliling korang roti, rasa cam nak sumbat semuanya ke dalam mulut. Sedap uollss.


Agaknya rezeki ktorang malam tuh, Chef Matsubara siap bekalkan roti sekali untuk bawak balik, walhal baru je lepas makan time tuh. Seronok yang amatlah.



5 comments :

Farah Waheda Wahid said...

biasanya memang beli dan makan kat dalam kereta atau rumah jer kak lily...tapi boleh cuba ni lepas confinement nanti...

zulieta said...

tempatnya cantik kan..
bila sampai je esculator kat floor situ
terus Wahhhh cantiknya tempat ni..
ekslusif sangat. hado-hado gitu gayanya

Rosmadi Shakri said...

selalu aku makan roti croisant jerrrr

hazman aka species1980 said...

memang enjoy la makan roti kat sini... sumenya sedap laaa

Anonymous said...

Ada HALAL cert tak?