Tuesday, November 26, 2013

Wonder FOOD Adventure Di 1UTAMA Shopping Mall

Hi Korang,


Aku kalau tak de keje or event memang tak jejak kaki ke 1Utama Shopping mall ni. Yelah ko, kalau lambat je sampai memang payah nak parking.


Di sebabkan aku ada join FOOD HUNT dengan The Butterfly Project dengan 49 bloggers lain, maka sampailah aku kemari. Sebenarnya event ni untuk single invite je, so Mr Big plan nak pi jejalan dalam 1Utama sementara aku settlekan kerja aku. But at the end, dia jadi seronok plak mengikut, alah tak makan tak per janji dapat gelak-gelak dengan bebudak bloggers ni sudah.


"Tau tak, yang 1UTAMA ni adalah World 4th Largest Mall is listed as ‘World’s 12 Best Shopping Cities’ on CNN AGAIN!"


Ye, aku sendiri pun tak tau!

Jangan nak gelakkan aku ek! korang tau ke?



Sesampai je belum ramai register lagi, so once aku dah register duk borak dengan 2-3 budak kat sini. Dapat passport dan goodies bag siap-siap.Eh ramai plak ikut aku menjelajah kan. So tunggu lagi 5-6 orang so baru ktorang start.


Ada 15 cafe dan restoran yang menyertai kempen Wonder Food Adventures ni. Maknanya ktorang bloggers kaki makan ni boleh mencuba ke semua jenis makanan yang telah pun disediakan dari pukul 11 pagi hingga 4 petang hari tuh (16th November 2013). Tapi tak de lah kena buat kesemuanya, minimun yang kena cuba hanya 5 kedai mengikut passport yang diberikan.

Tapi semua lapar dan tamak, ktorang cuba semua sekali lah.


Kat bawah ni list kedai makan dan restoran yang menyertai kempen Wonder Food Adventures ni

LG Promenade: 
SS2 Goreng Pisang, Ninja Joe, Seaweed Club, I Love Yoo, Eat & Happy Yong Tau Foo, Oyster King, Bisou, Mr Cendol, Pao Xiang Bak Kut Teh, Ko Hyang Korean Country Delights.

LG Highstreet: 
Lameeya, BBQ Chicken, Food Box, Vivo American Pizza and Panini, and Lava.

Jomlah kita intai restoran dan cafe di 1UTAMA ni ek

Ktorang mulakan dengan LG Highstreet. Pi yang jauh dulu coz nak jimatkan masa katanya.


#1 Vivo American Pizza and Panini

Memandangkan ini restoran pertama yang ktorang review, so tuan kedai menghidangkan


1. Baked Chicken Chop with Black Pepper Sauce/Mushroom Sauce - RM16.90

Daging ayamnya sangat lembut dan berjuicy. Di gandingkan plak dengan sos-sos sedap kan. Memang terangkatlah jawabnya sampaikan saladnya pun licin, sedap.


2. Pizza Smoked BBQ Chicken 11" Thin - RM22.90 (8pcs)

Ini pun sama, nampak cam simple tapi sedap ya ampun. Dia punya crust ni nipis dan garing menambahkan lagi kesedapannya


3. Chocolate Volcano with Ice Cream - RM15.90

Giler ko, terbaek. Simple but awesome. Gabungan coklat panas dan ice cream sejuk. Bila kena kat tekak, wow sedap. Makan plak reramai lagi lah syiok.



#2 BBQ Chicken


Ktorang dihidangkan dengan ayam pelbagai perisa seperti Olive Luxury Chicken, Hot Hot Drums, Korean Charboiled dan Jerk BBQ



Family Set ni boleh makan 8 orang dalam RM59.90. Dihidangkan sekali dengan french fries dan coleslaw.


#3 Molten Lava



Kedai ni merupakan kiosk comel menghadap Cold Storage supermarket yang menghidangkan sweet pastries macam macaroon dan churos.



Sweet churosnya sangat lazat bila kita makan panas-panas. Sempat lagi tengok cara diaorang masak Churos ni.


Kemudian ktorang ke LG Promenande. Kat sini lebih kepada makanan ringan gituh coz semuanya dalam bentuk kiosk. Memang memacam local food yang korang boleh rasa.


#4 Seaweed Club

Ini kedai jual sushi. Yeah i love sushi. Tapi diorang improvise sket.





Tak tanye plak aku tapi sedaplah kena dengan tekak kan. Ye, makan lagi.


#5 Bisou Bake Shop

Ini sebelah kedai sushi tu je. Kedai cupcake, memang dah terkenal pun Bisou cupcakes sedap. Ktorang dapat Cake of the Month iaitu Chocolate.



Tengok coklatnya.. melimpah!


#6 Mr. Cendol

Dah penat berjalan, ktorang duk singgah plak di kiosk Mr Cendol ni. Hebatkan dalam shopping mall ada kedai cendol yang rasanya macam kita makan cendol bawah pokok.


Semangkuk cuma RM4.50 je


#7 Eat & Happy Yong Tau Foo

Mari makan yong tau foo, makanan sihat untuk orang nak diet. Pilih je bahan yang mana satu korang nak makan, dihidangkan sekali dengan sup.




Pekena time hujan best ooo 


#8 I Love Yoo!

Aku order kuih cakoi. Mudah. Tak payah makan dengan bubur. Makan cam tu je, sebab panas-panas kan.



Sedap masuk mulut. Ada lagi makanan berasaskan cakoi, macam pau goreng. Ada jugak tau foo fa.


#9 Oyster King

Agak payah nak dapatkan fried oyster ni, selalunya kedai cina banyak lah. Tapi kat sini ada gak lah. Aku order oyster goreng, sangat lazat.


#10 SS2 Goreng Pisang

Ini satu yang best gak, goreng pisang dalam shopping mall. Macam goreng pisang yang jual kat tepi jalan tuh.


Tepungnya sangat ranggup. Ada pelbagai jenis pisang yang digoreng mengikut citarasa korang.


#11 Ko Hyang Country Delights

Sarahee. Feeling-feeling RunningMan bila masuk kedai ni, yelah kedai makanan Korea. Ramai gak orang melayu mencuba makanan ni. Sedap.


Bi Bim Bap - RM16.90


Goon Mau Du - RM9.50


Pa Jeon - RM11.50

Kat bawah ni, restoran non-halal. Tak de lah ktorang masuk wei. Tapi sekadar pengetahuan. So korang boleh alert lah, jangan pakai redah je tau.

Restoran Non-Halal


#1 Ninja Joe – (Non Halal)


#2 Pao Xiang Bah Kut Teh 宝香绑线肉骨茶 (non-halal)


#3 Lammeeya (non-halal)


#4 Food Box (non-halal)

Ada 4 restoran je kena pi amik chop. hehehhe masa ktorang pi amik chop ni pun takut-takut gak yelah kan. Orang melayu pi kedai cina buat apa plak.


Hah ko begitulah citer kisah makan-makan aku ni, kira cam senak gak perut makan kesemuanya ni dalam satu hari. Ada setengah kedai tu kasi ktorang tapau bawak balik. Yehoo, bestlah. Yang makan ktorang makan, makanlah. Yang bawak balik, terus masuk dalam beg.


Dapat plak goodies bag dari 1Utama. Ada bath towel, Christmas pillow, powerbank dan juga ONECARD voucher.


Abis je makan semua tempat, terus je pi buat ONECARD ni. Alah senang je pi kat 1Utama Customer Service, amik nombor dan tunggu untuk di panggil. Kejap je. So lepas ni tak delah Mr Big membebel tak de parking bila pi tengok wayang kat sana nanti kan, coz ktorang dah ada ONECARD siap dengan top-up lagi RM50 je.


Terima kasih kat The Butterfly Project dan 1Utama for this WonderFood Adventures. Lepas ni, confirm akan lepak ke sini selalu. Rupanya banyak kedai makan yang aku tak explore lagi dalam shopping mall ni.










2 comments :

Muhammad Khairuddin Lim said...

Terbaik...

hazman aka species1980 said...

serius beb.... inilah event makan marathon yang sungguh genius...puas hati dan mengenyangkan