Tuesday, November 19, 2013

Guardian Walkathon 2013 @ I-City Shah Alam

Hi Korang,

Walaupun aku ni termasuk dalam kategori comel a.k.a budak gemuk but still energy untuk berlari dan bersenam tu ada ye.


Masa ktorang bercuti di Hotel De Art hari tuh, ktorang berdua sempat gak join GUARDIAN Charity Walkathon di I-City Shah Alam.



Mentang-mentang dekat, lambat ktorang sampai pagi tuh. Nasib baik parking still banyak lagi.


Turun je kat tempat registration, mak oi dah ramai orang. Tak kira tua, muda, kecil, besar, yang dalam stroller pun ada. Memasing bersemangat untuk berjalan kan.









Ada 3 kategori iaitu 8km, 3km dan 1km. Aku join yang 3km lah tapi dek sebab asyik ambil gambar termiss yang 3km, maka berjalan jelah 1km dengan warga senior citizen. Bila tengok diorang ni rasa sebak plak,yelah cuba korang bayangkan parents korang yang mngalami sakit macam stoke, cancer, autism kan. Tapi diorang ni bersungguh-sungguh mengabiskan route 1km tu tau.


Hasil kutipan charity walkathon ni berjumlah RM48,800 keseluruhannya yang berjaya dikutip daripada orang ramai RM24,400 dan selebihnya daripada pihak Guardian sendiri di agihkan kepada NASAM, NASOM dan NACSCOM sebanyak RM16,000 setiap persatuan.




Abis je walkathon ada plak aktiviti macam games kat stage, product samplings, Jazzercise dan lucky draw.


Yang best tu ktorang dapat masuk I-City water themepark secara percuma coz pihak Guardian dah sediakan voucher untuk semua peserta yang dah penat berjalan tadi. Seronoklah memasingkan dahlah dapat makan, dapat goodies dan dapat mandi manda kat dalam water themepark wei.


Terima kasih pada Guardian coz sudi menjemput ktorang ke charity event.Rasa amat berbaloi sangatlah. Selain dapat bersenam dapat gak berlibur sekali..

Yeah.. meh berenang-berenang dengan bebudak kecik kat kolam ni ek

4 comments :

Muhammad Khairuddin Lim said...

Tahniah....

Eliss Mie said...

tak perasan pulak ada event ni. kalau tak boleh pi jugak :)

hazman aka species1980 said...

rajin je ko join walkathon nie yea... tapi best la dapat banyak goodies n sample product tu

Tidiey said...

dua2 comel la kak...hubby n wifey... :)