Thursday, May 9, 2013

FREE Shopping Di Mercato Supermarket, Pavilion KL


Hi Korang,

Oit supermarket mahal tuh, macam kaya plak aku ni ek.

Insyallah, satu hari nanti ek.

Ada plak nak menunjuk! ada sebab lah ke sini wokeh

Bukan tak mampu nak shopping kat Mercato ni, tapi kita kan ada option so why not pilih supermarket yang bersesuaian dengan kemampuan kita.


Tapi minggu lepas ktorg ke sini jugak walaupun dah tau tak mampu kan.

Sebab apa?


Ermm ktorg dapat voucher shopping di MERCATO secara FREE bernilai RM100


Lepas lah belanja bulanan ktorg untuk bulan ni. Dapat beli beras, sabun basuh, barang-barang kering, segala mak neka sos orang putih dan frozen salmon 2 keping.

Kira banyak gak tuh.


Memang betul Mercato Supermarket ni, barang-barangnya imported dari oversea. Ktorg pun hamper leka duk tengok barang-barang yang tak de di Malaysia ni. Kagum sekejap lah. Organic food bukan main banyak betul.


Total belanje cuma RM102.75. Mr Big cuma top-up RM2.75 je

Sukerlah cam ni

Anyway thanks to BOH coz sudi bagi ktorg shopping voucher ni ek. Kalau bagi tiap-tiap bulan lagi awesome tau!





Wednesday, May 8, 2013

HiShop Beauty Ambassador Welcome Pack


Hi Korang,

Wah jadi ambassador tau aku ni, hebat tak?

Macam tak caya pun ada, bukan ambassador betul-betul lah but more on beauty product. Pertama kalinya HiShop memberi peluang pada aku untuk mereview beauty box keluaran mereka yang pertama

HiShop Welcome Pack


Cantik, warna shocking PINK. Comel je kotaknya.

Meh tengok apa ada kat dalam ni:-


#1 Skin Factory Silk Cellulose Mask Sheet (30ml)
Mask yang sesuai dengan kulit muka sensitive, macam ampoule mask



#2 NSimplySiti Bejeweled Lip Color (Ruby Edition)
Lipstick dari Simply Siti produk, warnanya merah menyala tapi cantik.Sesuai digunakan bagi mereka yang berani mencuba.



#3 Nature & Co Pure White Lotion Light (1ml) @ RM58.90 for 180ml
Whitening skin lotion that penetrates easily into the skin to fill the skin with moisture and make your wish for pure and transparent skin come true.


Nature & Co Pure White Milky Lotion Light (1ml) @ RM58.90 for 130ml
Goes on with a fresh texture and blends delectably into skin. Whitening lotion that leaves skin moist, creamy and exceedingly soft to the touch.


#4 Nature & Co Vital Purity Lift Mask (2ml) @ RM88.90 for 140ml
Tightens pores and smoothens skin texture.This cool-feeling lift mask smoothens out sagging skin. The natural clay ingredients banish dullness to produce soft, smooth skin. 



#5 Vouchers
1. MilkADeal 8% Discount Voucher
2. HiShop RM20 Cash Voucher


Itu je


Rasanya beauty pack ni banyak kepada brand baru yang aku tak pernah kenal, more to Korean product. Mintak-mintak pas ni, kulit muka aku pun macam orang Korea ye tak?



BERITA BAIK UNTUK KORANG YANG TENGAH BACA ENTRY NI! 

HiShop is giving away RM20 off for any purchases above RM100.


Use discount code: LOVEHISHOP (Code expires on 30 June 2013)


HiShop has amazing sales up to 70%, so make sure you keep yourself updated with their latest news by subscribing to HiShop's newsletter for exclusive offers at www.hishop.my/subscribe!

Don't forget to like HiShop Facebook Page at www.facebook.com/hishopmy!


Ok ladies, its shopping time!





Sedap Jugak Makan Di FOOD REPUBLIC Pavilion

Hi Korang,

Aku memang jarang pi makan kat memana food court kecuali KLCC dan PERTAMA Complex. Sebab kat sana ada 2 jenis makanan yang sedap iaitu mee kari kerang lebih dan pan mee untuk orang kurus.

Memang awesome lah!


Last week  masa lepas je shopping barang dapur kat Mercato,tak de menda nak buat ktorg pi cuba makan kat food court ground floor Pavilion ni.

Namanya bukan food court ye but FOOD REPUBLIC.

Barulah nampak high class sket.

Alah bukan makan apa pun, sekadar lepak-lepak je nak hilangkan dahaga bershopping tadi.


Dalam area Food Republic ni ada memacam kedai makan, yelah nama pun food court kan. Korang boleh makan segala jenis makanan baik local food mahupun western food. Ada gak restaurant macam Tony Roma’s, Madam Kwan, JCo Donuts, Ichiban Ramen, Chinese Restaurant, fast food pun ada gak tau.

Mr Big beli KuayToew Goreng dan Rojak Buah . Minum fruit juice dan air kosong je. 

Kuay toew Goreng

Nampak sedap kan. Ternyata memang sedap dan sedikit pedas. Udang beso-beso ada 2-3 ekor. Of course kuayteow lebih banyak dari sayur.

Rojak Buah

Alah sama je cam rojak buah kat tempat lain tapi yang specialnya ada sotong banyak. Rasa macam makan sotong kangkung plak. Kuah rojaknya tak cair dan tak pekat. Ada plak keropok macam papadom 2 keping.


Air order fruit juice dan mineral water. Maklumlah dua-dua minum cam unta kan.




Alah korang tengok jelah Keek aku ni. Kelakar pun aku rasa suara aku cam berdepek je, langsung tak sedap kan. Biasalah aku memang tak reti nak control-control ayu macam kak jem. Dia memang ayu semedang je.  Hkahkahkahakha

Anyway kalau dah nama food court harga boleh kira berpatutan lagi but di Food Republic ni agak pricey sket tapi takde lah mahal sangat. Standard sekeping kuayteow yang aku makan tu dalam RM9.90. Rojak buah tu RM7.90. Rasanya pertambahan harga dalam 2-3 ringgit dari harga asal.

Kira oklah tu, lagipun sedap.

Dah itu je.

Lain kali nak datang ke sini lagi lah, nak cuba makanan lain plak. Nampak stall Little Taiwan tu cam menarik je makanannya.

Selamat Makan Korang!


Info: some photo amik dari google.com



Blogger Coffee Talk 3.0 – Main Bowling Di Hari Pekerja 2013

Hi Korang,

Now baru ada masa sket nak citer pasal ni.

Memang diorg ni (team Blogger Coffee Talk) plan nak beriadah sempena cuti Labour Day 1st Mei 2013 tu kan, memula plan nak main bowling kat Times Square dan tup-tup bertukar venue ke Wangsa Walk.


Oklah Wangsa Walk, senang bagi ktorg nak singgah umah mama kasi kucing-kucing makan nanti.


On that day itself, hati cam berat nak pi coz duk rileks sarapan french toast dengan coffee  dulu kan. Siap kemas umah semua baru keluar. Mr Big cakap, dan lambat ni kita singgah jelah tengok diorg ni main then baru balik umah mama. Aku pun iya kan jelah.



Sampai tempat bowling je, diorg baru je dapat tempat. Apa lagi terus register nama kat pengelola majlis Yana Yassin dan DeqNoor. Bagus budak berdua ni, dedikasi je buat keje. Semuanya diorg yang uruskan, ktorg ni taunya main je kan.

Di antara bloggers yang hadir ialah :

4. Pak Lan
11. Kozumi Ro
12. Deq Noor

Ramai gak lah, ada yang aku dah kenal dan ada gak yang baru first time jumpa.


Tak sempat ice breaking pun, terus je main.






May 1, 2013 | Bowling time by CikLilyPutih on Keek.com


Memasing menunjukkan skill, aku tak de lah sebab aku memang tak reti pun main bowling ni walaupun ada bola bowling kat bawah katil umah. Dulu memang terrer tapi sebab tak praktis kot itu yang tangan jadi pengkar tuh.

1. Pak Lan - 289 mata
 2. Pena Berkala - 252 mata
 3. Melastik Bintang - 244 mata
4. Kozumi Ro - 225 mata
5. Yana Yassin - 216 mata
6. Ziera Zain - 211 mata
7. Deq Noor - 208 mata
8. Syukri Tahir - 193 mata
 9. Big (Hubby Cik Lily) - 165 mata
10. Muhammad Izwan - 159 mata
11. Eazy Izzuddin - 148 mata
 12. Nisa Kay - 117 mata
13. Cik Lily Putih - 99 mata

Tengok ni keputusan lepas 2 game, aku yang paling tercorot sekali hehehehehe… Buang duit je main kan, alah berape ringgit pun nak kira ke. Kira ok lah tu daripada tak de pin jatuh langsung kan




La rupa-rupanya ada hadiah wokeh. Walaupun tempat 13 but still dapat hadiah. Itu lah aku cakap baik pengelola majlis ni. Semua orang dapat hadiah, tak kira apa dalamnya yang penting ada hadiah tau.

Bowler terbaik lelaki dan perempuan Pak Lan dan Yana Yassin dapat hadiah special tau tajaan Kozumi Ro. Diorg dapat duit tuh dan kasut comel. Jeless sangat, kalau ku tau main bersungguh-sungguh tau.

Abis tu pi makan tapi aku tak join pun coz sibuk pi cari usb cable untuk iPad punya charger ni, duk pusing-pusing sampai terlupa nak call bebudak ni diorg pi makan kat ner. Sudahnya ktorg pi makan kat tempat lain.


Anyway thanks to Blogger Coffee Talk punya team coz sudi arrange program beriadah untuk ktorg bloggers ni kan. 

Hopefully lepas ni ada lagilah event sebegini ek.

info link: TQ DeqNoor tau..


Tuesday, May 7, 2013

[REVIEW] Nature Republic Blackhead Brake


Hi Korang,

Thanks to OnlyBeauty coz sudi kasi aku peluang untuk review barang baik ni

Aku baru je pi collect 3-Step Kit dari Nature Republic di Berjaya Times Square sama-sama plak deng budak almari jambu nie

So inilah dia BLACKHEAD BRAKE 3-Step Kit


Actually produk ni berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan minyak-minyak yang terdapat di liang pori-pori kat hidung kita ni. Ianya juga membantu untuk membersihkan kulit, memberi khasiat dan melindungi kulit daripada melarat.

Terdapat 3 jenis bahan iaitu

Pore-opening toner (30ml)

Sebum-cleaning nose pack (50 ml)

Pore-tightening serum (30 ml)

Amat sesuai di gunakan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak macam aku

Cara nak guna Nature Republic Blackhead Brake 3-step Kit ni senang je. Meh tengok cam ne aku gunakan ye


1. Cuci muka dulu, sebersih mungkin lah



2. Sapukan Pore-opening toner ni  kat hidung korang so liang-liang pori akan terbuka, jadi senang lah segala jenis daki nak keluar.


3. Kemudian sapukan Sebum-cleaning nose pack kat batang hidung macam korang pakai mask tapi kat hidung je. Sapu setebal mungkin lagi bagus. Ianya akan menyerap ke dalam liang pori yang terbuka tadi dan boleh terus menyedut kotoran degil tu semua ye



4. Biarkan kering selama 10-15 minit cam tuh. Sementara nak tunggu tu boleh korang buat keje lain




5. Bila dah kering, korang kena tanggalkan nose pack tu dengan cara menarik dari bawah ke atas. Jadi banyakla yang boleh tertanggal kan. Tapi aku buat terbalik plak, dari atas ke bawah. Alah tak perlah first time cuba, so next time tidak lagi.


6. Last sekali, sapukan Pore-tightening serum kat hidung supaya liang pori kat hidung tu akan tertutup dan  tak de dah kuman masuk kan.

Barulah hidung cantik hehehehe

Memang ianya 3-step kit tapi aku biasalah PROPA je lebih untuk sedapkan ayat. Blackhead Brake ni elok digunakan 2 kali seminggu untuk menampakkan kesan yang baik.

So korang yang ada masalah whitehead or blackhead ni aku syorkan gunakan produk ni. Hasilnya amat memuaskan hati aku.

Nak dapatkannya? Moh ke Nature Republic Outlet yang berdekatan dengan korang.



Facebook Page: Nature Republic Malaysia
Facebook Page: OnlyBeauty




Thanks to http://www.onlybeauty.com.my/ kerana beri aku peluang untuk mencuba product dari http://www.naturerepublic.biz. 


Apmacam? cantik tak? ehehehhee



Pilihan KEEK Blogger Terbaik Di Denaihati.Com

Hi Korang,

Bila bro Ilham post something pasal video keek kat Denaihati Network aku terus je join.

Alah suka-suka je nak bagi orang view keek aku yang tak semegah tuh.

Tup-tup tercalon plak sebagai one of the Keek Terbest Pilihan Pembaca

Tak caya, meh KLIK dan BACA kat entry di Blog DENAIHATI ni. Baca tau

Ini plak Keek yang aku buat tu

Ayam menari poco-poco sebelum makan.

So apmacam, ok ke tak?

Kalau korang rasa kelakar ke ok ke, korang boleh lah tolong VOTE penyertaan aku. Ini aku tunjuk cara nak VOTE ye

1. Klik kat (link denai hati)

2. Kat dalam entry tu ada cari perkataan SINI dan kemudian TEKAN.

3. Hah, korang dah boleh vote aku dah.

Itu je, mudah kan.

Aku tak delah harapkan kemenangan sangat for to suka-suka je. Lagipun aku rasa majoriti yang bertanding tu semuannya mempertaruhkan video anak-anak diorang, so may be diorg dapat undi lebih berdasarkan ke’cute’an their kids kan.

Lagipun sapo lah den nak di bandingkan diorg yang kaki mengejarkan alexa ranking dan pandai bermanifesto di dalam blog.

Aku ni sekadar malay lifestyle blogger picisan sekadar dipinggiran dalam blogging world ni

Hehehhehehehe

Pilihan di tangan korang!