Sunday, February 16, 2014

Kehilangan

Hi Korang,

Citer last 2 weeks

Aku memang purposely tak nak citer lagi coz rasa sedih tu still ada lagi.


Now kucing hitam gelap aku, Dak Uban dah tinggal sorang coz Dak Ning dah tak de lagi dengan ktorang.

Akibat main plastik kecik Dak Ning jatuh dari tingkat 9 ke bawah. Memang tragis sangat time tuh. Ktorang berpusing satu rumah mencari, rupa-rupanya bile jenguk balkoni dapur nampak Dak Ning dah terbaring kat lantai bawah tingkat 1.

Cer-cepat turun, siap bawah beg plastik sekali.

Rupanya dia main plastik yang bungkus pau, petang tadi Mr Big pi beli. Agaknya plastik tu ngam-ngam saiz mulut dia itu yang menutup pernafasan dia tuh.  Badan dia tak de apa cuma banyak darah keluar kat mulut dalam plastik tuh. 

Terus je bungkus dan buang dalam tong sampah coz rumah ktorang mana ada tanah kan. 

Dak Uban memang rasa sangat kehilangan coz tak de lagi teman yang dia nak gaduh, main, share makan kan. Duk mengiau mencari Dak Ning, kedepan ke belakang mencari.


Sudahnya dia duk termenung je sampai sekarang ni. Cian plak aku tengok, may be rasanya kena cari kawan baru untuk Dak Uban ni lah..

Itulah citernya..

Walaupun kucing tu binatang tapi bila dah lama bela ni memang rasa sayang yang amat sangat.



Saturday, February 15, 2014

Isu Servis Kereta, Meh Buat Survey Di Paultan.Org

Hi Korang,

Weekend ni sessi entry santai tapi bermanfaat sket lah.


So kalau korang perasan aku ada post entry pasal website penjagaan kereta iaitu Carama.com. rasanya 2-3 bulan lepas kot yang mana korang especially orang-orang pompuan perlu ambil tahu tips penyelengaraan kereta ni.

Isu mencari bengkel kereta ni, nampak banyak bengkel kereta di merata tempat, kita just singgah masuk dan terus pi service kan tapi hakikatnya tidak mudah untuk mencari bengkel di Malaysia yang beroperasi dengan secara jujur dan pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan yang memuaskan. Menurut Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) 2012 laporan tahunan, terdapat 1,695 aduan dibuat berhubung dengan pusat perkhidmatan penjagaan kereta dan 90 peratus daripada rasa tidak puas hati adalah kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan. Tidak syak lagi kita semua telah mendengar cerita-cerita yang sama apabila ia datang kepada penjagaan kereta.

Sekarang, korang perasan tak menda-menda cam ni?

1) Adakah korang membayar harga yang tepat untuk perkhidmatan kereta, atau korang ditipu?

2) Betul ke bahagian ni kena repair?

3) Adakah alat ganti tulen digunakan? Cam ne nak check ek?


So untuk memudahkan korang memahami isu-isu pasal kereta ni, Carama.com bersama dengan blogger kereta Paultan.org menjalankan satu kaji selidik or survey bagi mengenalpasti pandangan korang mengenai isu servis kereta di Malaysia ni.


Aku menggalakkan korang para pembaca yang ku sayangi untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik ini bagi membantu mendapat gambaran yang lebih baik mengenai tingkah laku pengguna terhadap kereta di Malaysia. Pemikiran dan input korang akan dapat membantu Carama meningkatkan kualiti servis kereta di Malaysia.

Wah kemain kan.

Carama berharap untuk memberi keyakinan dan ketenangan fikiran untuk pemilik kereta di Malaysia - dengan membantu mereka mencari bengkel yang betul, dan membayar harga yang tepat. Dalam jangka masa panjang, Carama berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pembaikan di Malaysia dan akhirnya meningkatkan taraf bengkel-bengkel biasa ni.


Apa yang korang dapat?

Dengan mengambil bahagian dalam survey ini korang berpeluang untuk menikmati perkhidmatan kereta berkualiti melalui bengkel Carama! Setiap daripada korang akan menerima bernilai Dolar Carama 'RM 10 lepas abis je buat survey. Dolar Carama korang boleh tebus apabila korang menempah perkhidmatan seterusnya atau pembaikan melalui bengkel Carama.

1 Carama Dollar = RM1.

Apa lagi moh check it out


Godek-godek ye camne How Carama works di www.carama.com dan cer-cepat LIKE Carama kat Carama Facebook untuk promosi hebat mengenai kereta korang tau.

Isi je apa yang patut dalam survey tu, lepas dapatlah voucher untuk service kereta. 

Ok ape..

Anyway, 
Happy weekend korang..




Friday, February 14, 2014

Awak Buat Saya Happy Bila Minum Di Sini

Hi Korang,

Sekarang rasa lagi happy bila pi lepak kat Starbucks

Bukan apa, sejak bertukar ganti gift card daripada yang biasa ke love design ni rasa cam seronok sangat.


Rasa cam nak pi minum kopi hari-hari kat sini. La dah kenape plak Cik Lily ni kan. Ermm mesti ada something ni rasanya..

Kan..

Kan..

Kan..

Kalau nak tau, dalam love card tu ada RM300 value hehehehehehe

Yesza, banyak kan.

Ada seseorang yang sangat awesome lagi baik hati telah men'top-up'kan sampai jadi sebanyak gituh valuenya. Itulah banyak giler tuh, boleh tahan rasanya 3 bulan tuh kan.

Tapi bukan top-up suka-suka ye, rupanya ada kerja menanti disebalik kad love ni.

Alah tak perlah, janji dapat minum kopi selalu. Lagipun kerja yang dia bagi tu simple nau bagi aku. Kacang putih je tuh.

Ok, balik karang nak singgah Solaris Putra lah pekena hazelnut hot chocolate dulu lah.

Chow...










B’RAMPING COFFEE Untuk Kurus Dengan Mudah

Hi Korang,


Sila tengok saiz badan memasing-masing ek.

Nampak tak lebihan lemak kat tepi pinggang, lengan dan peha? kalau nampak maknanya korang mengalami masalah gemuk sama macam aku. hehehehhehe.


so macam mana nak kurus dengan mudah? ermm satu persoalan yang senantiasa bermain dalam otak aku ni. Korang ingat dengan bersenam dan control makan je dapat membantu bakar lemak dengan cepat ke. No way man!


Walaupun kita dah buat 2 menda tuh tapi kena gak makan bahan tambahan yang lain untuk kurus dengan mudah. Caranya, amalkan supplement tambahan yang dapat membantu lagi proses untuk jadikan badan kurus kan.


Adalah kengkawan aku kat internet memperkenalkan produk B'Ramping Coffee ni. Wah dengar nama pun dah konfiden nak kurus kan. Tapi takdelah kurus macam lidi, alah cuma nak balancekan tinggi dan berat, itu je.

Meh aku kongsikan sket kelebihan B'Ramping Coffee Slimming Solution ni ek

1) Untuk kurangkan berat badan dan shapekan body

2) Dari ekstrak tumbuhan semulajadi, selamat tanpa kesan sampingan.

3) Kurangkan lemak di pinggang, perut, kaki, lengan, 

4) Bukan sahaja hilang berat badan..pinggang, punggung & lengan loose inci!

5) Tiada masalah lesu2 badan lagi

6) Badan lebih bertenaga & rasa ringan 

7) bangun tido pun tiada masalah lagi dan rasa lebih segar. 

8) Tiada effect ciritbirit, pening2 dan kesan2 lain 

9) Tiada effect jangka panjang pada badan sebab dpt kelulusan GMP KKM dan HALAL


Yang penting matlamat utama adalah untuk kurus sambil berdiet tanpa lapar. Maknanya bukanlah langsung tak boleh makan apa pun kan, tapi dengan bantuan B'Ramping Coffee ni dapatlah kurang-kurangkan apa yang patut.


Cara pengambilannya?

alah macam korang minnum kopi biasa je. Cam aku untuk first week ni aku cuba minum 2 sachet sehari, iaitu waktu pagi sebelum sarapan pagi dan sebelah malam lepas makan malam cam tuh.

Lepas seminggu tuh, baru aku plan nak amik 1 sachet sehari je.


Kesannya?

Ok tak tipu baru je dekat seminggu aku cuba dari last week. Walaupun berat memang lah nak turun sket, al maklumlah tengok saiz perut kan hahahahaha but bentuk badan nampak susut sket kata Mr Big. Lagi plak, ada beberapa baju dah boleh pakai balik ye.

Itu yang aku kagum gak tuh, Agaknya kalau aku consisten minum je B'Ramping Coffee memang mau turun kg banyak kan. Tak de plak aku rasa kesan sampingan setakat ni, tak de pun asyik nak ke toilet 24 jam kan.

Selera makan memang agak kurang selama seminggu ni, memang lah kalau korang tengok instagram aku asyik gambo makan je kan but aku tak makan beria pun setakat jamah sket je. Memang rasa lapar tu tak de langsung terlintas kat kepala, cuma air masak je bergelen-gelen aku minum.

Selain daripada tu, B'Ramping Coffee ni sesuai untuk orang-orang nak perutnya buncit kerana ianya dapat melancarkan pergerakan usus sekaligus memudahkan kita mengeluarkan toksin dalam badan melalui perkumuhan.

Ermm dah tergodalah dengan citer aku ni ek, kalau nak korang boleh contact tokeh B'Ramping Coffee ni


N AND N MINI SHOP 
( STOKIST MELAKA AND JOHOR)

· COD @ SELECTED AREA FOR MELAKA AND JOHOR BAHRU

· FREE GIFTS GIVEN

· WHATSAPP: 0137157572

· BLOGSHOP : www.nadiasecreto.com

· HOTLINE: 0197727572



· INSTAGRAM OWNER:@naddyshaira


Harganya:

1 KOTAK RM85.00 untuk Semenanjung Malaysia
                  RM95.00 untuk Sabah dan Sarawak

Dalam 1 kotak tu ada 20 sachet ye

UPDATE :

Ada promosi hingga 28 Februari ni je 

2 kotak RM16o Semenanjung RM180 Sabah & Sarawak
4 kotak RM300 Semenanjung RM340 Sabah & Sarawak



Ok ok lupa plak, B'Ramping Coffee ni sesiapa pun boleh minum, baik lelaki mahupun perempuan. Lagipun ianya adalah produk halal dan selamat. Yang mana badan kembung manjang pun boleh gak minum coz ianya produk untuk buang angin dalam badan.

Banyak testimoni yang aku badan, kalau kita minum secara konsisten baru nampak perubahannya, kurang-kurang kena abiskan 1 kotak gituhlah.


Tak salah mencuba yang kita nak yang terbaik untuk diri kita kan, wah ayat-ayat racun bukan main lagi ek..


























Thursday, February 13, 2014

Resipi Ikan Siakap Stim Asam Boi Dengan Pemanggang Ajaib

Hi Korang,

Aku dah lama dapat pemanggang ajaib ni. 


Hasil berblogging dengan LAZADA so dapatlah ni pemanggang ajaib ni secara FREE. Just redeem je voucher then tada terus sampai ke office barang ni

Hari tu Giant ada buat sale barang-barang basah ni. Nampak plak ikan siakap dalam RM6.00 seekor kan. Terus je beli walaupun tak tau nak masak apa kan. Balik citer dengan Mr Big, dia cakap la kenape tak beli 2-3 ekor. Murah sangat tuh. Mintak maaflah sayang, isterimu bengong dalam bab-bab beli ikan ni.

Tak tau nak masak apa dengan ikan siakap ni, aku google je kat internet to gain some idea. Ermm ramai plak orang buat siakap masak stim kan. So apa lagi, terus teringat kat pemanggang ajaib, hah kan dah senang kerja. 

So masaklah resipi Ikan Siakap Stim Asam Boi dengan Pemanggang Ajaib HappyCall dari Lazada ni.

Bahan-bahan 

ikan siakap ( ikan lain pun boleh ye)
1 batang serai ( dihiris)
2 inci halia (dihiris)
3 sudu besar jus limau ( aku perah limau purut boleh!)
1 sudu besar garam
1 labu bawang besar dipotong bulat
3 sudu sos tiram
asam boi beberape biji
tahu jepun, ikut suke korang lah

tahu jepun, beli sebatang je

asam boi yang dah direndam air panas

tomato la ni

Bahan-bahan tumbuk / hiris


bawang putih
bawang besar
1 batang serai ( dihiris)


Cara-caranya:-


lumurkan sebati semua bahan-bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, jus limau, sos tiram dan garam lalu perapkan ikan sebentar.


Letakkan ikan bersama bahan-bahan lain untuk di stimkan. Tengoklah bukan main banyak lagi kuah kan. Budget ada kuah-kuah sket baru sedap la kan.



Kukus lebih kurang 20 hingga 30 minit. Lepas tu hidang jelah dengan nasi panas.


Tengoklah hasilnya


Hah amik ko.. betapa banyaknya kuah sampai ikan siakap pun tak nampak kan. 

Komen Mr Big : rasa dah sedap tapi kuahnya bertakung ooo

Ok ok nanti aku masak lagi untuk kasi improve la. Practice makes perfect kan. Lagipun senang masak dengan pemanggang ajaib ni. Letak semua then tutup, tunggu je masak kan. Boleh buat keje lain sambil tuh.

Anyway, jemput makan korang..





Wednesday, February 12, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

HARUM MALAM Sesuai Untuk Keperluan Dalaman Wanita

Hi Korang,


Aku kan pernah citer sket pasal produk kesihatan Harum Malam ni kat korang kan. Itu pi klik kat Link Harum Malam ni.


Ini ada lagi sedikit info mengenai produk Harum Malam.

Bila dengar nama je mesti korang dah seriau coz ingatkan ini adalah produk untuk orang dah kawin ek. Sebenarnya tidak, anak dara, mak janda, bini orang even mak-mak kita yang dah berumur pun boleh cuba makan coz ia adalah untuk kesihatan dalaman wanita.

Ianya di hasilkan daripada Ramuan Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica

Memang bahan untuk kesihatan wanita ek


Di antara khasiat yang terdapat dalam produk Harum Malam ni adalah : 

1.Membantu menyihat dan menyergarkan badan
2. Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
3. Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
4. Melegakan panas badan.
5. Menegangkan payudara.
6. Memulihkan rasa rapat.
7. Mengencang otot kewanitaan.
8. Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
9. Menambah keharmonian suami isteri.
10. Menyihatkan rahim.
11. Mencantikkan payudara agar sihat dan montok. 


Ok cam best je, cam menarik je ek

Ok cara pengambilannya :

Minum supplement ni 2x sehari

Satu sudu besar sebelum sarapan dan satu sudu besar sebelum tidur


Aku kan dah cuba produk ni lebih kurang dalam seminggu lebih cam tuh. Itulah kejap je rasanya lah

So hasilnya? 

Meh check it out kat simple video aku nie ek



hehehehhe kelakarkan video aku ni. Yelah baru first time buat video, haruslah tonggang langgang sket. Mak bukan pandai nau kan, nasib baik ada kengkawan youtubers power ni ajar sket-sket.

Memang yang aku cakap tu betul lah, rasa perubahan yang ketara lah. Lagipun badan pun semakin sihat, so boleh kehulur kehilir buat kerja. Bau-bau badan ni memang langsung tak de walaupun asyik duk panas terik bawah matahari kan.

Cara nak order, cam ne plak? check it out kat link bawah ni



FACEBOOK : 






Kalau nak tengok testimonial lain boleh ke instagram : www.instagram.com/Harummalam_official

contact no : 016-4460677 (whatsapp,wechat, sms, call)


Kan, penting ni semua ye tak kira lah yang belum kahwin atau dah kahwin. Luar dan dalam mesti kena jaga untuk kesejahteraan kita-kita ni di masa depan.

Apa lagi, meh la cuba ek..



Wordless Wednesday - Ubah Gaya Hidup Sihat

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


ermm

Asyik minum kopi sampai jadi ketagih plak kan. So why not change to Tea plak, betul kan

Tapi tea pun kena tengok tea yang mana, betul tak

Tuesday, February 11, 2014

Makan Di Papa John's Pizza, Sunway Piramid

Hi Korang,

Ini kira second time aku pi makan kat restoran Papa John's Pizza ni. 


Tapi masa dulu bukan makan pizza pun, just try set lunch murah diorang je kat Equine Park kan.

oh ni tokeh papa john... ok ok

Masa jejalan dengan Mr Big hari ke Sunway Piramid pi cari rumput untuk letak kat balkoni depan rumah ni, ternampak plak Papa John's Pizza. 


Tup tup teringat plak food blogger Hazman ada kasi aku worthy book tu, hah terus selak-selak ada tak include sekali promotion untuk pizza ni.

Ok ada, terus masuk kedai then duduk.

Sekali imbas tengok apa yang worthy book tu kasi offer dulu, lepas tu duk tanye kat waiter boleh guna atau tidak. Haruslah boleh kan, order je ikut sesuka hati kata Mr Big janji mesti nak makan pizza coz ni kan kedai pizza katanya.


Ktorang order Set Meal A untuk 2 orang.

breadstick, sedapla gravy kuning ni

regular pizza satu!

potato wedges panas-panas masa dia hidang

Amik ko, memacam ada.

chicken wings ni Mr Big yang order coz dia nak rasa sedap ke tak


perasa hawaiian chicken kot, lupa la

Lepas tu guna voucher worthy book tu untuk beli pizza harga murah. yeah bertambah lagi makanan kat meja kan.



Makanlah sambil tengok diorang buat pizza kat dapur. Yelah ko dapur diorang ni transparent so nampak diorang uli doh, bakar pizza bagai kan.


Now berjalan bawak je Worthy Book ni, untung sungguh rasanya.

Ok jemput tengok ye korang...




Pasir Putih Tepi Pantai

Hi Korang,

Cuti raya cina hari tuh tak de plan apa pun. Asalnya nak pi picnic je somewhere dekat-dekat ni.

Tup-tup terholiday ke PD plak.


MIL dapat bilik kat Avilion Admiral Cove untuk semalam, so apa lagi terus cakap tanda setuju.

Ktorang pi sabtu balik ahad.

Prepare barang BBQ sket untuk ktorang berlima tapi bawak makanan macam 10 orang yang makan. 

Sesesampai PD ktorang jejalan dulu, makan-makan then beli apa yang patut kan. Balik je hotel, apalagi terus tukar baju its mandi pantai time.


Alah dekat ke jalan kaki je private beach yang Avilion dah sediakan.



Letak barang je, terus terus mandi. Walaupun air lautnya bukan main gelap ya ampun but still bukan main ramai lagi orang mandi termasuklah ktraorang berdua ni.


Rasanya ada 1 jam ktorang mandi laut, lepas tu sambung mandi plak kat swimming pool. Terus je terjun sesuka hati dalam pool coz tak de orang pun.


Alah tak de buat apa pun, sebab plan nak mandi laut je. So tertunailah hasrat di hati kan.

Oh ye, nanti bulan depan nak pi mandi laut lagi yeah!...