Wednesday, October 17, 2018

“Siapa Kena the Spicy Bites” Dia Untung Boleh Menang Hadiah Dari Pizza Hut

Hi Korang, 

Minggu lepas rasanya banyak kali betul kak lily pi makan pizza di pizza hut, sebab apa? Sebab nak menang hadiahlah kan.. Sekarang ni Pizza Hut tengah ada kempen “Siapa Kena the Spicy Bites” hehehehe nak tau, baca ni ek


Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1 Malaysia hari ini kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites. Bersama dengan letupan rasa yang tak dijangka, ia pasti menambah keseronokan semasa makan bersama keluarga dan rakan -rakan.


Tersembunyi di antara 18 cheesy bites adalah dua gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya! Bertujuan menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan, Pizza Hut akan menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial. Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.


Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.


Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain. 

“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!” 

GOL dan GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti 

Hadir di majlis pelancaran adalah krew GOL dan GINCU Vol.2 yang menampilkan Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir yang bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili di sambil mempamerkan masa riang bersama. 



Kerjasama Pizza Hut bersama GOL dan GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan. 

Mari pastikan semua kena! 

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”.

kena sey, dapat kak lily voucher hari tuh hehehe. tak delah pedas mana pun semuanya kak lily telan sajorrr

Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan. 

Hadiah yang ditawarkan termasuklah: 

● 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000) 

● Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih) 

● 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2 

Pizza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018. Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan promosi terkini, layari www.pizzahut.com.my dan www.facebook.com/pizzahutmalaysia/.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

20 comments :

Amanda Suria said...

wahh...tergigit cili dapat voucher..menarik..hadiah contest pun menarik la..lama x makan pizza..kena ki makan gak ni

Minionlicious Enterprise said...

Sedapnya kak..heheh kte suka kalo terkena yang pedas tu hahah..tapi paling syok kalo dapat menang tu kak..wahhh kayo den kalo menang hahah leh besarkan lagi bisnes den ni hahahah

Ezna Ahmad Khalili said...

Kena spicy bite maintain je tu. Pedas ke ek?. Kalau dibohnya cili api lagi kawww...hehehe.....Anyway tahniah ek Lily. Nanti boleh try makan pizza ni. Kot terkena spicy bite, berapa gelas air ku telan?.

Cik Tie said...

Wahhh nanti nak pi makan jugaklah. Lama juga tak makan pizza ni..mana tau langkah kanan ke boleh menang hadiah hehe

Aida Sue said...

Kak lily, belanja kita pizzaaaa! Hahaha cantiknya diana danielle dia ni mmg peramah &baik gila. Rindu nak borak2 ngan dia dulu

Cindyrina Rina said...

Aih! lama betul tak makan pizza. Dulu rajin gak order sbb malas keluar weekend. But now weekend asyik bz je. Boleh la try yang ni nanti. Nampak super menarik.

Hanny Abdullah said...

Pizza memang fav kita, tak kiralah apa jenis memang kita ngapp je. Ni dah ada chessy bites ni lagi lah kita suka sebab kita mmg suka pizza yang banyak cheese

Ika Sani said...

Wah sedapnya. Alang-alang office dekat dengan Pizza hut kena cuba ni beli sekerapmungkin mana tahu tetiba menang pula kan

Betty Liew said...

Look spicy to me. But the pizza look tempting to me and fill with cheese sumore. Next round will try it.

Nadia Johari said...

Wah makan pizza dapat menang hadiah..bgusla..oo kene yanga da spicy erk..alamak...hehee..kalau dia buat semua tak spicy acano..hahaha..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

18 bites cheese wahhhh . Memang confirm2 terliur . Mesti sedap ni . Makan sambil menang

Auni Sofea said...

Macam best je contest siapa kena ni. Mesti lawak time makan menjerit2 siapa yang kena. Lepastu takut2 nak makan sebab takut nak makan cili. Nak pi beli la camni..

adianiez AIDA said...

gol&gincu2. tak sabar nak tgk.
tapi tu la, fazura takde plak. frust skit lah...
pizza hut and new pizza. dpt hadiah???
hmmmm mudah sgt ni utk join. ngap aje pizza tu ekk :)

Nadratul Syazwana said...

Ya Allah sedapnya!! Terliur tengok kak Lily makan pizza pagi-pagi ni. Kalau terkena spicy bites taktau nak response camne, Nad dah la tak tahan pedas. Fuhhh.

Along Murni said...

Sedapnya.. AM mmg suka kalu pizza yg melimpah ruah dgn cheese nya.. seharian tak makan pun xper.. asalkan saiz pizza cheazy large milik AM sorg.. hantu cheesy kembali!!!

sya mimie said...

Waaaa.. Sedapnyaaaa.. Tapi ada cili ke.. Pedas sangat tak?.. Haha
Kita jnis takut pedas. Sebab sejenis perut tak tahan pedas. Tapi nak menangggg.. Hehe

alia farhan Said said...

Aduiii.tengah2 ujan ni sedap la kalau dpt makan pizza bites mcm ni...saya suka yg cheezy bites ni...sebb terasa cheese dia...nanti nak ajak suami makan yg baru ni lah

Zayani Zulkiffli said...

Jujur cakap, tak pernah lagi rasa pizza yang ada stuffing macam ni. Next time makan pizza boleh cuba.

Rawlins GLAM said...

Macam nak je join. Hehe. Kenapa la tengok pizza nie pepagi nie. Terus rasa teringin nak pizza for lunch.

rubydotmy said...

Ala akak mesti okay punya dapat kokak chili tu. Celah gigi je kan. Hahaha.. Saya suka la pizza hut buat prank camni. Rasa Nak pi makan sekeluarga dan kita tengok siapa yang terkono