Wednesday, October 10, 2018

Philips Viva Collection Airfryer XXL Sangat Besar Dan Lebih Sihat

Hi Korang, 

Minggu lepas kak lily berkesempatan ke Philips Roadshow di IPC Shopping Centre, lama betul tak kesana rasa cam sesat-sesat dibuatnya hehhehe 


Ini kali ini Philips memperkenalkan Philips Airfryer yang terbaru iaitu Philips Viva Collection Airfryer XXL. Hebat tuh dah ada saiz besar pulak kan, kagum kagum ek 

Siapa yang tak suka dengan makanan bergoreng kan? 

Tapi adakah korang menginginkan rasa enak yang sama namun sedang mencari cara yang lebih sihat untuk menikmati keunikan rasa makanan bergoreng? 

ada sharing session daripada beberapa influencer dan celebrity chef mengenai cara pemakanan harian mereka


So hari ini, rakyat Malaysia semakin peka tentang makanan yang kita ambil. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan kegemaran tempatan adalah bergoreng, daripada ayam goreng berempah hinggalah ikan sumbat sambal, maka kita memang sudah biasa menggoreng makanan setiap hari. Ini bermakna, ramai rakyat Malaysia mengalami dilema ketika menyediakan makanan iaitu sama ada mahu menurut selera atau membuat pilihan yang bertanggungjawab demi menjaga kesihatan keluarga. 

“Bagi ibu bapa, si kecil sering menjadi pengkritik makanan terhebat di dalam keluarga, dan apabila anak-anak amat menggemari makanan bergoreng, ibu bapa biasanya akan menurut sahaja kehendak mereka. Sementara ramai ibu bapa cuba memastikan hidangan yang disediakan dimasak sendiri demi menjaga kualiti serta bahan-bahan yang digunakan, namun ramai rakyat Malaysia yang sibuk lebih mengutamakan kemudahan apabila memilih makanan. Akan tetapi, makanan yang diproses mungkin mengandungi kadar kalori, lemak, gula dan garam yang tinggi. Kesannya terhadap kesihatan dapat dilihat apabila 47.7% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes, di mana berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko besar bagi penyakit kardiovaskular, iaitu punca kematian nombor satu rakyat Malaysia tahun demi tahun.[1],[2] Terdapat keperluan yang mendesak untuk membantu rakyat Malaysia menyediakan hidangan sihat dengan cara yang lebih mudah,” kata Pengurus Negara Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel. 

nampak seekor ayam dalam airfryer ni kan

Lebih besar – Masak lebih banyak hidangan enak 

Peralatan yang perlu dimiliki untuk menyediakan hidangan yang enak lagi menyihatkan di rumah ialah Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan korang memasak hidangan untuk seisi keluarga. Saiznya yang lebih besar direka agar korang boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga 1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini. 

ayam goreng yang tak de rasa minyak at all

Lebih menyihatkan – Menyingkir sehingga 50% lemak daripada makanan ketika memasak 

Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa [3]. Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali. Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah. 

kemain sedap Cinnamon Roll yang Chef Marina buat ni, sebab kak lily rasa sampai 2 ketul sekali ek hehehe

Lebih baik – Pelbagai guna dan memudahkan 

Bagi mereka yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci juga perlu mudah dan cepat. Untuk memudahkan para pengguna, Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk. 

Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan pengguna memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak buat seisi keluarga. Dengan kuasa 2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan anda memasak dengan lebih cepat [4]. Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna anda tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada anda memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, anda boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, anda boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan anda lebih kemudahan. 


bersama Chef Marina, tq Ruby for the photo

nampak tak kitaorang yang makan non stop heheetq Ruby for the photo

Untuk membantu pengguna baru, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Mahu lebih lagi? Anda boleh mendapatkan lebih banyak panduan, tutorial serta resipi mudah diikuti menerusi aplikasi Philips Airfryer yang disediakan untuk peranti iOS atau Android anda. 


Harga dan ketersediaan 

Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan, di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, dan Wangsa Walk, semuanya di Kuala Lumpur; di Sutera Mall, Johor Bahru; dan di Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), sila kunjungi https://www.philips.com.my/c-p/HD9630_99/viva-collection-airfryer-xxl


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkain produk Philips di Malaysia, sila kunjungi www.philips.com.my






[1] Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia, http://iku.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/2015/NHMS2015CompiledPoster.pdf 

[2] Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia, http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/2015/NHMS2015CompiledPoster.pdf 

[3] Daripada 3 bahagian kaki ayam, dimasak pada suhu 180°C selama 24 minit 

[4] Dibandingkan dengan penggoreng tradisional Philips












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


1 comment :

Azian Elias said...

orang rajin masak, memang berbaloi beli ni. kalau cam akak yg rajin makan je ni, alahaiiii.. tak payah lah kan. hehehehe