Tuesday, October 9, 2018

Buffet Hi-Tea Hujung Minggu Di Hotel lstana Kuala Lumpur

Hi Korang, 

Taman Sari, yang dalam bahasa Melayu bererti Garden of Flowers, merupakan restoran di Hotel Istana yang menghidangkan pelbagai jenis makanan bercitarasa Malaysia serta menu-menu makanan lain seperti hidangan barat, hidangan cina, india dan macam-macam lagi. 


Yang cantiknya Taman Sari ni berhadapan dengan taman yang indah berdekatan dengan kolam renang, kiranya sambil makan sambil menikmati keindahan alam. 









Kak lily ke sini adalah untuk merasai sendiri buffet hi-tea hujung minggu yang di sediakan di restoran Taman Sari ni pada setiap Sabtu dan Ahad serta pada Cuti Umum. 

Ok kak lily tunjukkan serba sedikit menu yang di hidangkan ni ek






Ya ampun banyak sungguh sampai tak tau nak makan yang mana satu dulu kan



Para tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan yang bersaiz besar dan mampu mengoda perut korang tuh tau. Tidak ketinggalan juga menu kepakaran pihak chef seperti Braised Biryani Chicken and Cashew Nut, Dhosai and Chicken Murtabak dan terutama yang harus dicuba adalah Chef's Surprise 'Cast Pan' ini yang special ni tau. 



Tidak ketinggalan juga di sediakan ‘Kid's Corner’ yang di sediakan khas untuk kanak-kanak di satu ruangan khas, yang di dalamnya terdapat kaunter buffet mini sendiri dan juga siaran tv khas untuk kanak-kanak. 

Harga bagi "Buffet Hi-Tea" di Taman Sari Brasserie di Hotel lstana Kuala Lumpur adalah 

RM85.00 nett dewasa 

RM43.00 nett kanak-kanak (5 -11 years). 

Kalau nak tau menu bufet Hi-Tea adalah berbeza pada hari Sabtu dan Ahad dan semasa di Cuti Umum, menu akan dibuat mengikut acara perayaan. 

Taman Sari mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 220 tetamu dan dibuka setiap hari. 

geng makan cam biasa kan..

Waktu Operasi: 

Isnin hingga Jumaat

Breakfast : 6.00 am to 10.30 am 
Lunch : 12.00 noon to 2.30 pm 
Dinner : 6.30 pm - 10.30 pm 

Saturdays, Sundays, Public Holidays 

Breakfast: 6.00 am to 11.00 am 
Hi Tea : 12.30 pm to 4.30 pm 

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03 2141 9988 ext 3667 

Jom kita ke: 


Hotel lstana Kuala Lumpur City Centre 
73, Jalan Raja Chulan, 
50200 Kuala Lumpur, Malaysia 

T: 603 2149 5670 
F: 603 2144 0121 

Jom LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook Page : 

Instagram : 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :